BAB 35: Khemah

94 5 0
                                    



"Alkisah, maka bermulalah perjalanan merentas hutan belantara yang masih dara menggunakan kaki masing-masing, di tanah hutan sepi nan sunyi ini.. Hanya ditemani unggas dan.. Ulat beluncas..!!" salah sorang dalam kumpulan B.

"Aaaaaaaaarr!!!" jerit pelajar Perempuan.

"Hoi..!! Jaga Mulut tu.. Di kokak harimau karang?? Yang pompuan tu.. Tetapkan iman jalan elok-elok!" Marah Muzamil pada Ahli kumpulannya. Bengang dengan ahli kumpulan yang main-main.

"Haha.. Kau pun tak pandai jaga mulut... Ade ke sebut pak belang tu. Betul-betul dia muncul karang.." kata Olaf yang ikut berjalan dengan Muzamil.

"Why.. Memang ada apa? Cuma siang-siang ni dorang tidor. Diorangkan aktif malam." kata Muzamil.

"Haha buat lawak.. So kau nak cakap yang kat hutan ni ade harimau la.. Hahaha.." kata Olaf. Tiba-tiba Muzamil berhenti mengejut. Tak semena Olaf terlanggar Muzamil.

"Oit apasal!?" tanya Olaf. Muzamil angkat tangan dan memberi isyarat diam.. Ahli kumpulan semua berhenti dan senyap. Masing-masing terpinga-pinga. Muzamil. Memberi isyarat tunduk. Masing-masing semua ikut.

"Ke.. Kenapa..?" kata Olaf.

"Ada tetamu tak diundang.." jawab Muzamil.

"Tetamu tak diundang..? Hah! Ed ker? Mesti Ed ni.. Aku dah pesan jangan buat masalah.. Ish dia nie.." kata Olaf sendiri.

Tiba-tiba ada bunyi dari semak berhampiran. Masing-masing dah gelabah dan bergerak rapat dengan Muzamil. Olaf pulak hampir tersungkur sebab kene tolak. Tiba-tiba..

Ssst..ssst..

Keluar beberapa ekor landak melintas depan mereka.

"Catwalk! Dah bangun kita terus jalan... Tu la mulut celupar lagi.. Nasib en. landak melintas... Jom..!" arah Muzamil.

"Huh! Ingatkan apa tadi.. Eh tapi mana kau tahu ada landak kat situ?" kata Olaf.

"Entah.. Manala aku tahu.. Tak tahu pun tu landak, aku ingat gajah tadi." kata Muzamil.

"Serious la gajah!?" kata Olaf.

"Yup.. Sebab aku dengar bunyi ranting patah. Biasa sesuatu yang besar je yang boleh buat ranting patah dipijak." kata Muzamil.

"Ooo.." balas Olaf.

"Eh biar betul.. Rasanya aku pun dengar ranting patah. Tapi.. Perlahan kot. Tak kan dia boleh dengar.. Bukan calang-calang budak nie... Macam askar." kata Olaf dalam hati.

"Ok!! Seperti mana taklimat awal tadi, setiap orang telah diberi tugas masing-masing. Tapak kita ni spesial sikit berbanding tapak lain. Kita diatas bukit. So takda sesiapa kacau. Dan segala yang berlaku dibawah kita boleh nampak. Jadi kita agak privacy. So, ini tapak khemah kita." kata Muzamil sambil menunjuk jari ke tanah.
"Ok, first. Kemaskan kawasan, lepastu baru naikkan khemah. Cepat siap, cepatlah kita lakukan tugasan seterusnya. C'mon.. Move.. Move!!" Arahnya.

"Haha.. Bengkeng jugak kau nie erk..." kata Olaf pada Muzamil.

"Of coz i'm. I'm a leader.. So, you guys task obey the instructions! And.. OLAF? apa kau buat? Bukan ker kerje kau bantu Odie pasang khemah..? Yang kau tercegat lagi apasal!?" kata Muzamil.

"Abis kau buat apa!?" Soal Olaf.

"Aku pantau korang..! Tunggu apa lagi.." kata Muzamil tegas.

"Wei Olaf! Kau buat apa meh tolong aku sini.. Takkan aku nak pasang sorang.." kata Odie selaku ahli kelab kembara.

"Ceh.. Aku ingat ade la kerja dia nak buat.. Rupanya tengok jer.. Hampeh! Nyesal aku puji. Macam nie rupanya perangai dia. Patutla tak berkawan.. Puih!!" bisik Olaf.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now