BAB 10: Rebah

145 5 0
                                    

Hari di sekolah yang memenatkan, seawal pagi Muzamil sudah kena bebel dengan cikgu kerana mengantuk dan tidur didalam kelas. Malah apa yang di ajar langsung tidak ditumpu. Dia hanya melayan dunianya sendiri. Dia benar-benar letih pada hari itu.

"MUZAMIL! PERGI BERDIRI DEKAT LUAR KELAS SAMPAI SAYA HABIS MENGAJAR!"

Dengan langkah longlai dia berdiri diluar kalas. Akhirnya dia dapat bersendirian. Dia pandang langit, melayan perasaan. Dia tenggelam dalam dunianya. Jiwanya bersatu diawan melangit.

Kriiing!

Masa berlalu pantas. Waktu belajar telah tamat. Kini diganti waktu rehat. Semua pelajar berpusu ke kantin, seperti biasa mengejar ayam. Entah kenapa hari ini dia rasa lapar pulak. Dia gagahkan diri ke kantin walaupun dia tak menggemarinya kerana keadaan yang sesak dan berebut-rebut. Di pertengahan jalan dia terserempak Gibran and the gang.

"Ala semaklah diorang nie... Tepilah aku nak makan.. Aku makan hangpa satgi karang..." kata Muzamil dalam hati.

"Hoi.. Gi mana? Hah!" soal Gibran.

"Nak gi makan la..!" kata Muzamil lemah.

"Wei belikan untuk aku!" arah Gibran.

"Ha.. Belikan kitorang punya sekali." kata Geng Gibran.

"Malas ar.. Gi la beli sendiri.." kata Muzamil nak tinggalkan diorang. Tiba-tiba ada orang tolak dia.

"Wei! Kitorang suruh tu buat jela.. Nak kena ke..!?" kata kamal. Jai tarik baju Muzamil sambil buat acah-acah nak tumbuk. Gibran perhatikan jer.

"Kau ni pekak ke!? Orang suruh pergi je la.. Woi.. Woi!" jerkah Jai. Budak tu terhoyong hayang sebab perlakuan Jai.

"Aku malas la.. nak.." balas Muzamil tersangkut. Tiba-tiba pandangannya kabur. Tubuhnya melemah, matanya kelam dan..

Gedebuk!

Muzamil rebah secara tiba-tiba. Jai terkejut dan mula panik. Masing-masing dah buat muka cuak.

"Jai! Apa kau buat?" Soal Kamal.

"Maa.. Mana aku a..ade buat ape? Te.. Tetiba je dia.." Jawab Jai gagap.

"Apasal korang pandang aku? Korang yang buat. Aku tak tahu.." kata Gibran tak mahu terlibat.

"Hoi Gibran! Apa kau dah buat hah!" pekik Daniel berlari ke arah mereka. Dia terus mendapatkan Muzamil. Muzamil tak sedarkan diri. Dia bangun dan terus tolak-tolak Gibran.
"APA KAU DAH BUAT HAH GIBRAN!? APA KAU BUAT KAT ZAM! HAH!!? KAU MEMANG DAH MELAMPAU!" marah Daniel pada Gibran.

"KAU NI APASAL NAK MARAH AKU? BUKAN AKU YANG BUAT! KAU TANYALAH BUDAK DUA EKOR NI..! DORANG YANG BUAT BUDAK NI JADI MACAM NI! BUKAN AKU! YANG KAU NAK MARAH-MARAH NI APASAL..!?" marah Gibran.

"OFF COZ LA! DORANG PON GENG KAU KAN!? ADA DORANG ADA LA KAU! DORANG TERLIBAT KAU TERBABIT SAMA! SEMUA ORANG TAHU LAH!" balas Daniel.

"Yang kau nak care sangat dengan budak ni apahal. Mana budak ni ada mesti kau akan ada. Kau ada apa-apa scandle ke hah dengan budak ni!? Daniel Ozoora!" Tanya Gibran.

"Kau silap! Di mana ada kau, di situ ada aku! Ungku Gibran!" balas Daniel sambil berentap mata dengan Gibran. Jai dan kamal hanya diam membisu. Tidak berani berkata sepatah pun kerana kedua mereka berpengaruh kuat. Ditambah pula mereka sepupu.

"So.. From now. Get off from me." kata Gibran sebelum berlalu pergi. Daniel perhati mereka dari jauh sebelum membantu Muzamil bersama rakan-rakan yang lain ke bilik rawatan.

*****************

"Apakah jawapan yang kamu cari? Adakah ianya jawapan, atau pun sebuah persoalan yang tidak memerlukan jawapan. Bagai mana buah fikiran kamu." soal Ratu Dewata.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now