PANG!!!!
Tak pasal Arief kena lempang.
"Kau ni Jembalang...! Jembalang...! Tak habis-habis jembalang.. Aku bukan jembalang. Aku cuma nak tahu siapa lagi keturunan Farahin Satin yang masih hidup. Itu saja.. Kau beritahu aku.. Aku pergi. Selesai.." Kata budak tu..
"Kau.. Jembalang! Jangan fikir aku bodoh! Kau boleh berselindung dibalik wajah budak belasan tapi aku tahu rupa sebenar kau.. Iblis!" kata Arief.
"Kecik hati aku bila cucu cicit saudara aku cakap macam tu. Penjajah tak guna. Ah.. Mengapa aku buang masa layan kau. Kita teruskan saja agenda kita. Siapa lagi keturunan Farahin satin. Cukuplah satu nama saja.." kata budak tu..
"Kau tahu apa satu perkataan yang orang putih selalu kata pada melayu yang ingin merdeka..? NEVER!!! " kata Arief. Dengan ilmu silat dia berputar lalu sepak kepala budak tu. Tangannya terlepas. Dicapai pisau di dapur lalu dilempar sekuat hati.
Cap!
Terpacak pada dada budak tu..!!
"Arrhhh sakit!!! Arrghh!!" desah budak tu kesakitan.
"Matilah kau jembalang..." kata Arief.
"Kau nie!!!! Arrhh!" sepantas kilat budak tu tolak Arief ke dinding. Tersentak kuat hingga Arief rasa tak mampu berberak..
"Kau tikam jantung aku!!! Sakitlah!! Eeerrrghh!! Aku tak patut banyak bicara dengan kau.. Ayuh kita selesaikan. Tak salah pun kalau setakat seorang dua keturunan Farahin mati... Kan?" kata budak tu lagi. Taringnya memanjang. Dia dekatkan pada leher Arief.
Ngap!
Taring terbenam, beberapa saat, dia lepas.. Sisa darah masih mengalir.
"PakLong Salim... Kau.. Kau keturunannya?" kata budak tu. Arief terduduk bersandar.
"Aku dah hilang selera nak bunuh kau.. Dah la comel, geram pulak aku. macam anak siam. Dan kau ni.. Apa hah!? Aku tak rasa kau Vampire macam aku! Ilmu apa kau pakai.. Aku tahu umur kau dah dewasakan. Tapi tubuhmu seperti anak remaja. Sesuatu yang baru..." kata budak tu.
"Kenapa kau tak bunuh saja aku? Hah.. Jembalang jenis apa kau ni.." kata Arief.
"Aku takkan bunuh keturunan yang sama dengan aku, leluhur kita sama. Alang-alang biar aku kenalkan diri.. Sekurangnya kau ada cerita untuk disampaikan pada anak cucu kau nanti." kata budak tu sambil cabut pisau di dada. Arief pandang kerana dia cabut begitu saja, dan lukanya kembali pulih.
"Janganlah pandang aku macam tu, Aku Muzamil, Farh'ien Muzamil. Moyang saudara kau. Dilahirkan tahun 1779 dan mati.. Belum mati kot.. Anak Farh'ien Mu'ammar dan Farh'ien Melur. Oh, biar aku betulkan tanggapan kau pada aku. Aku bukan jembalang. Aku Vampire. Orang melayu panggil pontianak. Tapi macam tak sedap. Ingat baik-baik. Dan lagi satu, kau nak balas dendam pada datuk kau kan yang tah sape-sape tu? Aku boleh beri kau kuasa. Jika kau nak. Cari aku. Atau pun kau nak bunuh aku, pun boleh cari aku. Kalau kau nak tahu, akulah puaka keturunan Farahin Satin yang ayah kau sebutkan tu. Baik, sampai di disini saja.. Aku nak cari yang lain pula. Selamat tinggal." kata Muzamil sebelum pergi."OH, lagi satu, berani kau pecah tradisi, keturunan kita adalah dukun. Tapi, tak mengapalah, sampai bila nak jadi dukun bukan.. Moyang kau pun seorang pelayar. Jumpa lagi. Penentang Jembalang.. " kata Muzamil.
Pandangan Arief semakin kabur.
* * *
"Abang Arief..." seru Tengku Zaleha.
"Kat..kat mana ni.. Hah... Mak! Mak mana!?" kata Arief.
"Jangan risau. Mak abang selamat.. Apa yang berlaku sebenarnya. Siapa yang serang abang.." kata Tengku Zaleha.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.