BAB 44: Koyak

107 8 0
                                    


Grrrrrrr... Garrrrhh..

Dari atas pokok yang berselindung, Ed perhatikan kelakuan Muzamil di atas batu. Bercakap sorang sorang. Telinganya peka mendengar setiap butir bicara Muzamil tapi langsung tak difahami. Bercakap sorang bagai orang gila.

"Huh.. First time aku jumpa vampire gila. Tu lah, hidup alone forever memang la gila. Kemurungan hahaha.. Grrrr.. Erh! Ganggu betullah impak ni." Kata Ed yang bengang dengan pengaruh bulan. Baginya pengaruh ni sangat menyebalkan. Akal fikirannya juga tak terlepas dari pengaruh, tak ubah seperti haiwan. Jika bukan berkat latihan yang jitu. Tak mungkin dia dapat kawal diri sebegini. Biasanya waktu bulan purnama, hanya emosi saja yang terganggu. Tapi jika berlaku fenomena fullmoon, kekuatannya berlipat ganda dan tak terkawal. Jadi, untuk mengatasi mereka akan kurung diri sehingga fasa bulan penuh tamat. Jika tak dapat mengawal mereka akan membahayakan sesiapa saja. Walau puak sendiri. Sifat manusia mereka hilang dan bertukar menjadi haiwan.

"Aku kena blah dari sini. Petang ni mungkin bayang bulan akan keluar. Aku kena waspada. Bahaya kalau aku tak dapat kawal." kata Ed sebelum berangkat ke dalam hutan yang agak jauh untuk mengelak sebarang rangsangan bahaya.

Olaf yang mengesan pergerakan Ed yang kian menjauh, hanya perhati saja ke arah hutan tebal. Dia tahu Ed makin menjauh.

"Nampaknya pengaruh kali ni kuat..." kata Olaf sendiri. Dia pandang ke arah Muzamil yang masih duduk diatas batu tinggi. Dari tadi dia cuba kesan yang budak tu benar-benar Muzamil. Harap sense dia tepat. Dia tengok makanan budak tu langsung tak bersentuh. Dia mengeluh berat.

"Hah.. Kau punya merajuk mengalahkan orang tua. Zam.. Zam..." katanya sendiri.

* * *

"ZAM.. Mana kau! Weh mana Zam?" sapa Daniel.

"Nape?" soal Olaf.

"Sukahati aku la... Kawan aku!" kata Daniel.

"Sukahati kitorang jugak la.. Ketua kitorang." kata Olaf.

" Ye la tu. Sampai merajuk korang buat tu apahal..?" kata Daniel salamba. Olaf dah tersentap.

"Ish mana dia tahu ni..!?" katanya dalam hati.

"Haha gurau jer.. Ha! Mana dia.. Cikgu nak panggil meeting pasal malam ni." kata Daniel.
"Pasal ape?" tanya Olaf lagi.

"Night walk.. Hahaahahhaha... Tak sabar nak tengok kau nangis malam ni hahahhahaa.." kata Daniel cuba takutkan Olaf.

"Weeeek. Dia kat batu sana tu. Tengah merajuk... Gi la pujuk.. Kau kan laki dia.." kata Olaf sambil mencebik.

"Ehh sesuka hati je... Bukan aku laki kau ker?" kata Daniel.

"Ehhh habis laki aku kat rumah tu nak campak mana? Sangkar anjing?" kata Olaf membalas.

Krekk! Hancur hati daniel.

"K.. Fine.. Aku panggil dia sendi.. Arh!!" teriak Daniel terkejut Muzamil ada kat belakang. Dengan basah kuyup tanda baru lepas mandi. Tanpa sepatah kata pun dan tak peduli dengan orang sekeliling. Dia salin baju. Tracksuit dan t-shirt putih. Belakang baju terserlah gambar hati di cucuk pisau. Olaf perasan gambar tu..

"Weh lawa gambar baju.. Hati koyak ke bro.. Hahahahaha..." kata Olaf. Namun, Muzamil buat tak layan. Seolah lawak hambar. Memasing yang ada kat situ tak cakap apa-apa. Lagi-lagi Odie, seakan faham yang budak tu sedang lancar perang dingin. Tapi, sebahagian lagi diam kerana takut, berkemungkinan makhluk yang jadi ketua diorang bukan Muzamil yang sebelum ini. Kelakuan sangat aneh. Memasing curiga. Daniel dah kerut dahi seperti dapat menghidu sesuatu.

"Jom!" kata Muzamil pada Daniel. Itulah kaki pertama dia bersuara sejak kes tak sungai tadi.

"Er.. Oh.. Okey..." kata Daniel dengan pandangan curiga. Budak tu dah jauh turun bukit meninggalkan Daniel.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now