BAB 24: Farh'ien Muzamil - IV

67 5 0
                                    


"Malam ini..?" Soal Muzamil terkejut..

"Ya.. Malam ini, kita belayar selepas Isyak.." kata Pak Longnya. Dia ke bilik mengemas apa yang patut. Dia simpan elok-elok barang yang di beli tadi ke dalam satu bekas.

Sudah seminggu mereka belayar. Muzamil duduk di hadapan kapal sambil menikmati pelayaran tersebut. Suasana malam sangat sunyi. Hanya berteman angin, bulan dan bintang. Dia hanya melayan perasaan ketika itu. Dia sebenarnya masih memikirkan sesuatu. Satu persoalan yang masih belum terjawab. Dia duduk berhampiran ukiran burung dekat hujung kapal yang dipanggil Jentayu itu. Dia pandang kearah dek, ramai dah tidur. Hanya beberapa orang saja yang tinggal.. Terus dia pandang ke arah bilik nakhoda. Kosong, tapi bermakna. Ada sesuatu dalam bilik tu yang menjadi punca kepada kegusaran dirinya sekarang. Hingga hilang semua mabuk laut yang sebelum ini pengganggu hidupnya sepanjang pelayaran ini.

Flash back

Waktu ini di pelabuhan, mereka sudah siap di atas kapal. Tiba-tiba mereka didatangi beberapa orang cina, gayanya seperti pedagang. Entah apa yang di bicarakan Pak Long dengan pedagang cina tu. Selepas itu mereka bersalam, sebuah kotak besi dibawa naik ke kapal dan disimpan di dalam bilik nakhoda. Peti besi tu nampak aneh. Sebaik saja mereka turun, seorang yang lebih tua menyerahkan sesuatu pada Pak Long. Seperti kotak kecil. Langsung dia tak tanya Pak Longnya kerana masing-masing semua sibuk.

Hampir sehari baru dia ingat akan peti tu. Dia pergi melihatnya. Kotak itu tak berukir tapi badan peti besi terdapat motif. Dia periksa peti tu, sangat padu. Ada lubang kunci tetapi di kelingnya ada corak-corak aneh. Seakan corak teka-teki. Dia cuba main, boleh di gerakkan. seronok pula. Tapi tiba-tiba..

"AZAM!!!!" Pekik Pak Longnya keras. Azam terkejut lalu berpaling ke belakang. Pak Longnya kelihatan marah.

"Jangan main peti itu, bahaya!!" kata PakLong.

"Tapi kotak ini aneh, ada permainan seperti teka-teki.. Sikit lagi nak.." kata Muzamil tapi dipotong Pak Longnya.

"Azam! Dengar cakap Pak Long. Jangan sentuh peti ini lagi. Peti ini bahaya. Sudah keluar!" arah PakLong.

Muzamil tak puas hati. Selama ini tak pernah PakLongnya marah seperti itu. Entah apalah isi kandungannya. Bukan boleh buka pun sebab tiada kunci. Takkan rosak peti itu jika setakat menyentuhnya.

"Apa di dalam peti itu? Emas.. Intan, Zamrud?" soal Muzamil tapi dia seperti teringat sesuatu.

"Entah, Pak Long tak tahu, tapi apa pun yang ada dalam peti ini, ianya sesuatu yang tak patut di buka. Ada sumpahan. Sudah jangan dekati peti ini lagi. Jika tidak mahu hidup kamu disumpah sepanjang hayat. FAHAM!!" kata Pak Long tegas.

End Of flash back

"Haih.. Apa la yang rahsia sangat dengan peti tu. Nak kata harta karun, taklah besar mana. Kalau isi emas sekalipun, tak ingin pun nak ambil. Eh.. Yer ker tak ambil. Hahaha.. Ingat pesan Mak. Jangan ambil barang yang bukan hak milik kita biar pun harta dalam gua." kata Muzamil sendiri melayan perasaan sambil teringat pesan ibunya.

"Baik Mak, Azam ingat pesan mak. Anggap je dalam peti ada buah betik.. Eh.. BETIK!!?" kata Muzamil teringat sesuatu. Peristiwa di kedai kopi semasa dia membeli jagung bakar. Tentang apa yang diperkatakan oleh dua orang dalam kedai tu. Tentang batu berkuasa, seketul batu sebesar betik. Dan kotak besi yang tebal serta padu. Menjadi idaman para pendekar, lanun dan penjahat. Dia bingkas bangun, lalu memandang ke arah bilik nakhoda.

"Mustahil, tak kan lah..." katanya sendiri.

* * *

Di Kampung.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now