Bab 40 taruhan
"Hah!!! Dia.. Dia.. VAMPIRE!!!" terpacul perkataan tu dari mulut Razak. Tak sangka yang anak Dato' Ridzuan adalah Vampire. Dan paling tidak diduga, setelah sekian lama, dia bertemu lagi dengan kaum spesisnya yang mana dia pernah berharap tidak akan bertemu lagi dalam kehidupannya. Kerana sumpahan yang dilakukan kedua ibu bapanya dahulu, dia dipulaukan keluarga. Dan kerana itu, dia hidup dalam buangan selama bertahun. Hanya kerana dia memiliki darah keturunan vampire. Biarpun dia bukan makhluk ganas seperti yang digambarkan. Menurut ibunya ayahnya bukan makhluk jahat tapi makhluk paling baik di dunia. Oleh sebab itu, dia bunuh diri dengan membakar diri di bawah cahaya matahari. Demi kebahagiannya dan mempercayai rumur bahawa anak kacukan manusia dan vampire dapat dihapuskan bahagian Vampirenya dengan menghapuskan titik punca, orang yang mewaris genetik tersebut. Namun, sia-sia. Atas rasa bersalah keluarganya menerima kembali, tapi tidak datuknya. Untuk mendapatkan kepercayaan, dan keyakinan. Ibunya telah berkahwin dengan manusia pilihan datuknya. Seorang pemburu vampire. Orang kebanggaan datuknya. Tapi tak lama, sepertimana sumpah seorang hunter, dia akan mati dalam keadaan ngeri. Ayah tirinya mati dalam perang vampire-Lycan pada tahun 80-an. Biarpun begitu, datuknya tetap menyalahkan dia, hingga dia membawa diri ke kota dan menjadi anggota polis. Pernah datoknya menghantar pemburu untuk membunuhnya tapi kesemuanya dibunuh Sarjan Razif ketika itu. Berita tentang kematian mereka tersebar dikaca tv, dan Razif diangkat sebagai wira ketika itu, kerana berjaya membunuh pemburu yang dianggap sebagai pengganas militan. Hanya kerana kelengkapan mereka yang sedikit canggeh dan ketua polis ketika itu akan menghukum sesiapa yang cuba membunuh anggota keselamatan. Mereka akan dianggap sebagai pengganas. Maka sejak itu datuknya tidak lagi menghantar mana-mana pemburu. Kali terakhir dia bertemu dengan datuknya ketika pulang sempena majlis pernikahannya. Pada mulanya dia menghalang tapi atas keberadaan Inspektor Razif dan beberapa pegawai tinggi dia akur. Itulah kali terakhir dia bertemu orang tua tu. Dan dia belajar hidup normal seperti manusia biasa, semuanya demi anak lelakinya, dia tidak mahu anaknya menerima nasib yang sama. Dia juga berharap tidak lagi terlibat dengan dunia underworld dan memutuskan nasibnya dan hidup sebagai manusia. Tapi apakan daya, takdir penentu segala. Malam ini takdir menemukan kembali dengan kaumnya lagi.
"Tak kira dia Vampire atau tidak. Membunuh adalah perkara salah! Abang akan halang..!" kata Razak.
"Abang Jangan!!!" rayu Maya.
Menggelupur budak lelaki tu kena gigit dilantai. Perempuan itu baling pisau kearah Tengku Affie tapi selamba ditahan dengan dua jari. Razak lari ke arah mereka tapi sempat dipeluk Maya. Razak pandang mereka, perempuan itu nak lari, tapi dia perasan budak lelaki tu dah hilang. Terdengar jeritan perempuan itu apabila budak lelaki tu sedang mencekiknya dari belakang. Perempuan itu ternganga dengan mulut berdarah, dadanya juga berdarah dan tersembul jantung yang masih berdegup. Tangan budak lelaki itu, sudah tembus ke dalam tubuh perempuan malang tu, kepalanya teleng digigit hingga mati. Wajah budak tu dah tak seperti sebelum ni, sugul dan nampak innonsent tapi kini berubah seratus peratus dengan wajah jahat. Kelihatan keluarga perempuan tu dan Dato' Ridzuan serta Datin Tengku Kaisarah tiba terkejut dengan apa berlaku. Keluarga perempuan tu dah marah-marah, dato' dan datin terkelu diam membisu. Budak lelaki tu datang dan cekik kedua suami isteri yang marah tapi dihalang Tengku Affie. Anak Dato Ridzuan dan Datin Tengku Kaisarah, Tengku Izzuan tiba sambil menangis. Dia marahkan Tengku Affie. Tapi dibalas sesuatu menyebabkan budak tu lari kebelakang. Sekelip mata Tengku Affie menangkap adiknya dan mendapatkan leher lalu digigit hingga adiknya kelihatan pucat.
"Budak tu terlalu muda dijadikan mangsa! Tak guna! Lepas Maya! Abang akan.." kata Razak terhenti apabila ada suara dalam kepalanya.
"Akan apa? Bunuh aku? Kau half Vampire tak setaraf dengan aku! Kenapa kau nak musnahkan kebahagiaan yang dah kau kecapi selama ini. Jika ingin hidup seperti manusia jadilah manusia. Jika kau campuri urusan puak vampire.. Jadilah vampire. Kau akan diburu nanti." kata Tengku Affie telepati.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.