""AZAM... Pak Long harap Azam dapat terima dengan tabah. Cekalkan hati dan jangan putus asa. PakLong akan ada bersama kamu, takkan tinggalkan kamu. Yang sebenarnya.. Ada satu rahsia... Yang Pak Long sorok dari kamu. Ianya berkaitan.."
"Soal hidup mati kamu..." ⚡🌩️⚡
Muzamil tercengang mendengar apa yang diperkatakan PakLongnya. Bagai halilintar membelah bumi. Rahsia yang mengejutkan hati samubarinya. Soal berkaitan hidup dan mati. Soal nyawanya sendiri. Cuma sebuah pembuka bicara, sudah mengerunkan hati, tiada kata mampu dibicara, lidahnya kelu bak orang bisu. Namun, dia menunggu dengan sabar.
Melihat tiada sebarang kata bicara dari mulut anak saudaranya, dia meneruskan bicara.
PakLong memang sengaja mengajak kamu ikut belayar sama kerana pakLong lihat kamu sudah besar. Sesuai benar keluar untuk menimba ilmu dan belajar perkara baru. Tapi, PakLong silap. PakLong tidak jangkakan perkara ini boleh berlaku. Kami sudah merencanakan pelayaran ini dengan teliti tapi.. PakLong sendiri tidak mengetahui bagaimana berita itu tersebar hingga di ketahui orang. Lagi-lagi orang yang tamak." kata PakLong. Muzamil hanya diam mendengar. Tidak pasti samada acuh atau tidak. Dia menyambung..
"Sebenarnya Pak Long ditugaskan untuk mengambil barang dagangan dari Negeri China di terengganu bersama barang dagangan lain oleh Majikan PakLong. Tengku Juragan. Sudah menjadi adat jika membawa muatan berharga sudah tentu berselindung di balik urus niaga lain. Dan hanya orang tertentu saja yang mengetahuinya. Tentang batu itu, ia bukanlah batu yang mempunyai kuasa sakti seperti yang dicanang lanun dan kebanyakan orang. Cuma, PakLong akui ianya bukanlah batu biasa. Ia batu dari langit, erti kata lain tahi bintang." kata Paklongnya, Muzamil angkat kepala tanda dia mendengar dan memberi perhatian.
"Tahi bintang!?" kata Muzamil perlahan.
"Ya, tahi bintang. Seperti mana yang PakLong katakan batu itu tidak punya apa-apa kuasa kesaktian atau penunai hajat. Ianya seketul batu yang berbahaya biarpun kelihatan tidak ada bahayanya melainkan jika dilempar ke kepala.." kata PakLongnya cuba berseloroh. Namun, tiada senyuman diwajah Muzamil. Niatnya menceriakan budak itu gagal. Dia tarik nafas dalam.
"Batu itu, punya bahaya yang tidak terlihat oleh mata kasar. Malah mata batin pun belum tentu terlihatkan. Seperti mana bara api. Belum disentuh terasa bahangnya, apatah lah lagi jika disentuh. Kelak membakar. Sama seperti batu itu, berbahang diluar berapi di dalam. Batu itu, punyai sinar yang membunuh. Kerana itu ia disimpan di dalam peti besi istimewa, ia bukanlah peti besi biasa. Ianya logam khas yang mampu menghalang pancaran sinar pembunuh itu. Sinar itu seperti wabak yang menyebar penyakit. Dan boleh menyebabkan orang itu jatuh sakit jika terdedah lama pada batu itu. Sememangnya batu itu bukan untuk disentuh tangan-tangan khurafat manusia. Ianya batu larangan, batu puaka." kata PakLongnya lagi.
"Jadi sebab itulah PakLong suruh tidak dekati batu itu..?" kata Muzamil.
"Ia Azam. Batu itu batu durjana. Kesannya tidak seberapa jika batu itu masih berkeadaan asal. Tapi sinarnya amat berbahaya jika ia pecah. Kerna sinarnya halimunan biar indah dipandang, kesannya lebih buruk jika sinarnya terpancar terus tanpa perlindungan. Untung saja mereka mati dalam serangan itu, jika tidak apalah yang terjadi pada mereka kelak." kata PakLong.
"Jadi, ini merupakan kesan sampingan daripada sinar baru itu?" kata Muzamil sambil menunjukkan tangannya yang berurat biru itu. PakLong hanya diam sambil usap kepala Muzamil.
"Maafkan PakLong." kata PakLong kesal.
"Apa jadi jika penyakit ini merebak?" soal Muzamil. Berat PakLongnya mahu jawab. Muzamil seperti dapat mengagak jawapan kepada persoalan itu. Dengan perlahan PakLongnya berkata.
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
