BAB 81: Buruan Bermula

98 4 0
                                    





"Ggib.. Gibran? Apa kau buat kat sini!?" soal Daniel terkejut!

Gibran tak peduli.. Dia hanya semak fail yang ada depan matanya.

"Hoi! Apa kau buat kat sini? Aku boleh report sebab kau ceroboh pejabat! Kau jangan ingat ayah kau penaung terbesar kat sekolah ni kau boleh buat sesuka hati..?" kata Daniel.

"Kau diam boleh tak.. Aku ada misi.. Kau blah! Jangan sebuk!" kata Gibran.

"Misi apa? Ceroboh pejabat sekolah? Apa kau dah miskin sangat ke sampai nak mencuri harta sekolah.." kata Daniel.

"Hoi! Kau ni nama je budak pandai sekolah tapi bengap! Keluarga kita.. Ayah aku, datuk, termasuk bapak kau.. Bakal jatuh miskin tau tak!? Takkan tu pun tak tahu?" kata Gibran.

"Kau mengarut apa? Apahal pulak?" soal Daniel tak mengerti.

"Haish!" kata Gibran bengang!

Bam! Dia hentak meja.. Dia tunduk kejap lalu angkat muka.

"Daniel.. Kau tak tahu ke.. Papa, datuk, ayah kau semua tengah cari anak arwah aunty Maria. Kau tau tak.. Kita ada masa kurang dari tiga tahun untuk cari anak Aunty Maria. Kalau tak, separuh daripada harta syarikat akan diwakafkan. So, apa yang tinggal..?" kata Gibran..

"Eloklah tu, apa kena-mengena pun dengan kita? Macam la tak boleh hidup dengan separuh harta.." kata Daniel.

"Eee.. Bangap la kau ni.. Tu harta syarikat tau.. Kalau dah tinggal separuh, maknanya kita dah tak kukuh! Syarikat dah tak kukuh. So maybe pelabur akan lari. Yang sedia ada ni pun lari?" kata Gibran.

"Eh sedar pulak kau.. Dah tu kenapa joli tak beringat. Hei tak payah bergantung pada harta tu la.. Cari harta sendiri.. Kita tak pasti bila kita akan jatuh.." kata Daniel.

"Sedap kau je? Kau fikir datuk nak terima..? Dia halau lagi ada. Papa dan ayah kau pun terkelu bila berdepan datuk! Kau fikir kau cucu kesayangan dia la.. Dia tak peduli doh.. Memang tak pasal-pasal kena cop cucu tak berguna..!" kata Gibran.

"Lain benar Datuk. Penting sangat ke anak Aunty Maria tu sampai kau pun cari sama.. Tapi apa hal kau cari dalam bilik ni.. Cari la kat kubur.. Tah pahape tah.. Kan diorang dah mati" kata Daniel.

"Datuk kata anak Aunty Maria masih hidup! Lepas kemalangan tu.. Ada orang ambil dia.. Dan sampai sekarang mereka hilang jejak. Keluarga yang ambil sepupu kita tu tak dapat dikesan. Dan orang yang ambil dulu dah meninggal, tambah lagi ada mastermind.. Ada orang lain jadi dalang. Datuk, papa dan ayah kau dah cari bertahun-tahun. Tapi gagal. Seolah mereka tak wujud. Sebab tu aku cari kat sini.. Aku nak pastikan sesuatu.." kata Gibran.

"Kau kenal ke siapa? Yang aku tahu.. Ayah dengan mama aku pun tak kenal nama budak tu..?" kata Daniel.

"Aku syak, Muzamil.." kata Gibran.

"Muzamil? Mustahillah.. Apa bukti kau..?" kata Daniel.

"Aku dengar datuk cakap dia dari keluarga Farahin. Siapa lagi Farahin kalau bukan Muzamil?" kata Gibran.

"Itu tak membuktikan apa-apa! Ade ramai kot Farahin.." kata Daniel.

"Kau fikir Datuk dengan bapak aku tu sape? Takkan perkara kecil tu pun tak boleh cari.. Dan kalau betul takaan aku, sekarang ni aku syak zam adalah budak tu..!" kata Gibran sambil belek fail.. Dan matanya tertancap pada satu nama..

"Got it!" kata Gibran. Dia ambil helaian biodata budak tu.

"Farh'ien Muzamil bin Farh'ien Mu'ammar? Kenapa lain?" kata Gibran.

"Maknya?" soal Daniel.

"Farh'ien Melur.. Huh.. Ape ke pelik nama.. Macam orang dulu-dulu.." kata Gibran.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now