BAB 51: Arief

83 7 0
                                    

1915, sebuah ceruk kampung.

"Arip... Teruskan berlatih silat dengan abang adnan. Ingat, jangan fikir nak main saja. Kamu tu mudah lupa.." kata datuknya.

"Mana ada.. Arip ingatla.. Abang Adnan tu yang malas ajar." kata Arief.

"Iyalah tu. Bukankah kamu yang selalu lari bila waktu latihan...?" kata Datuknya.

"Betul tu tok.. Dia ni memang suka lari.. Konon dah cukup hebatlah tu.." kata Adnan.. Adnan adalah abang seguru Arief.

"Memang hebatkan, cubalah.. Bukankah selama ini Arief yang kalahkan abang Adnan.." kata Arief.

"Bongkak.." kata Adnan.

"Atok nak ke mana.. Pakai baju silat. Dan kenapa atok bawa lembing sri bulan ni.." Soal Arief.

"Atok ada pertemuan dengan kawan-kawan pendekar Atok. Adnan, jaga Arief. Latih dia.. Kalau Atok tak balik dalam masa seminggu, tolong beritahu pada Tok Jalak. Nanti dia akan ambil alih." kata Datuknya.

"Atok, nak ikut.." kata Arief.

"Mana boleh, atok banyak hal la.. Dah, pergilah main ke apa.. Petang nanti jangan lupa. Balik turun gelanggang." kata Adnan.

"Alah, atok pergi seminggu saja... Bukan lama.." kata Arief.

"Atok nak lawan jembalangkan..? Habis kalau bukan, kenapa bawa lembing ni.." soal Arief. Datoknya pandang Adnan. Dia angkat bahu.

"Datukkan nak jumpa kawan-kawan pendekar atok. Takkan berlenggang saja. Bukannya, nak beraya. Lagi pun, datuk nak berjumpa di belakang gunung saja, kan di situ ada gua. Tak ke mana pun. Tinggal ya.." kata datuknya lalu melangkah pergi. Tangan kiri membawa bekal dan sebelah kanan membawa lembing.

"Sudahlah Arief. Abang Adnan mahu ke sungai. Abang pulang dulu. Nanti jangan lupa, turun gelanggang.." kata Adnan sebelum pulang.

-------------------------------------

"Mak, datuk ke mana?" soal Arief.

"Berjumpa dengan kawan-kawannya. Lama benar to dak bertemu. Ah, janganlah kamu risaukan, datukkan pendekar. Ingin bersua muka dengan sahabat lama. Pasti, ada yang mahu dibualkan." kata Maknya.

"Oh, begitu.." kata Arief.

"Jadi, betullah atuk bertemu rakannya."kata Arief dalam hati.

"Hah.. Apa dimenungkan lagi tu, mari makan. Sudah tengahari, lepas tu rehat. Jangan lupa, turun gelanggang petang nanti." pesan Maknya.

"Baik mak." kata Arief.

-------------------------------

Hiap! Hak! Heyah!! Ark!!

"Aduh..ark" pekik Adnan.

"Arip! Kenapa kamu kasar sangat..!" kata Tok Jalak.

"Tak sengaja tok.." kata Arief.

"Sudah, angkat ke tepi.." Arah Tok Jalak. Dia periksa kaki Adnan.
"Terseliuh ni.. Kau, kau. Angkat naik ke atas. Arip, teruskan latihan." sambungnya lagi.

Agak lama berlatih.

"Assalamualaikum. Arip, datuk kamu ada?" soal Tok penghulu.

"atok takda. Dia ada urusan di luar kampung." jawab Arief.

"Oh, begitu. Tak mengapalah, katakan pada Tok Jalak, tok nak jumpa di rumah tok selepas tamat latihan nanti. Jangan lupa ya. Tok balik dulu." kata Tok penghulu.

"Baik Tok." jawab Arief. Dia naik ke rumah di mana Tok Jalak sedang mengurut kaki Adnan. Tiba-tiba langkahnya terhenti bila terdengar sesuatu..

"Apa tok!!!? Datok Arief pergi berperang dengan jembalang?" Soal Adnan terkejut. Arief pasang telinga.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now