Klak!
.
.
.
."Hah!!? Kunci terbuka!!" katanya gembira dalam hati. Dibukanya peti dan..
Dalamnya ada.. Seketul batu... 😑
Batu biasa tapi.. Hitam seakan besi.
"Ini jer.. Batu? Ini yang mereka kehendakkan. Apakah..urrh?" tapi dia ambil juga batu dan buat seperti yang dipesan Pak longnya. Balut dengan kain dan di selempang ke tubuhnya. Dia mahu keluar itu jendela tapi kedengaran suara orang bersorak di luar. Dia cuba intai di luar, rupanya mereka sedang beradu kekuatan siapa yang mampu membuka kotak besi berisi kunci itu.
Aaaaa!! Haha!!! Haaaaaaa!!!
Masing-masing mencuba nasib tetapi semua gagal. Ada yang berang lalu diambil matul dihempas ke kotak. Tetap gagal.
"Kau akan merosakkan kunci itu, ianya tak boleh dipaksa. Perlu ikut aturannya. Kau fikir mengapa kotak itu dibuat padu sebegitu..?" kata PakLong pada ketua Lanun. Semua orang bawahannya diam. Ketua lanun merenung tajam ke arah Pak Long.
"Kau bisa membukanya?" soal ketua lanun.
"Sudah 10 kali ku lakukan percubaan. Apa kau tidak perasan ianya satu permainan minda. Kalian tidak berilmu andai hidup seribu tahun pun tidak mampu membukanya. Sedangkan orang punya akal bijak sana pun mengambil masa berbulan untuk cuba merungkai rahsia. Inikan pula kongkang di tengah lautan." kata pakLong perli lanun.
"Biadap loh! Biarku kerat lidahmu. Kamu tidak berguna disini. Baik kamu ma.."
"Nanti!!" kata ketua lanun mencelah.
"lepaskannya. Ikat pada tong itu. Ikat kakinya supaya tangannya tak dapat capai. Pastikan tangannya dibebaskan." orang-orang bawahan menurut perintah.
"Nah.. Ku berikan masa padamu untuk membukanya. Jangan cuba bercanda denganku. Aku sentiasa perhatimu. Selagi kotak ini belum dibuka, jangan harap ku beri makan minum. Lakukan demi nyawamu. Dan berharaplah aku tidak jumpa kapal lain.. Jika ku jumpa orang yang lebih baik darimu... Nyawamu habis.hahahahhaha.." ketawa ketua lanun sambil tunjuk isyarat potong leher.
"Tak boleh jadi. Aku mesti selamatkan PakLong. Apa pun aku mesti selamatkan juga." kata Muzamil dalam hati sambil mengintip. Dia bercadang tunggu sehingga waktu sesuai. Memandangkan barang dalam peti itu ada bersamanya. Dia lihat Pak Longnya berusaha cuba membuka kotak tu.
"PakLong, tunggu akan ku bertindak saat malam menjelang" katanya sendiri di depan peti besi kosong tu. Dia sudah bulatkan tekatnya. Tak kan di biarkan PakLongnya bersama lanun keparat itu.
Pap!! Kletak!
Peti ditutup.
* * *
Lautan pada malam itu tenang tak berangin. Air pula kelihatan merah seperti darah. Seperti mana kata lanun siang tadi. Malam ini bulan purnama berdarah. Cahayanya bersinar merah.
Keadaan dek kapal agak lengang. Hanya beberapa orang saja yang berani duduk di bawah cahaya bulan. Sedang yang lain percaya perkara tahyol bahawa cahaya bulan itu membawa musibah. Jadi mereka berlingdung dalam kapal.
PakLong masih menyelesaikan teka-teki. Dan tak semena.. Klik!
Bunyi tu menarik perhatian ketua lanun. PakLong terkejut kotak itu terbuka. Ketua lanun juga sudah tersenyum sampai ke telinga. Lalu berteriak memanggil orang bawahannya.
"Bawa peti itu ke mari." arah ketua lanun pada orang bawahannya. Dengan pantas dia rampas kotak itu dari tangan PakLong Salim dan keluar kunci idamannya.
"Pandai juga kau ya.. Nampaknya ugutan kau benar. Jika aku berkasar mungkin aku takkan mampu buka peti itu untuk selamanya." kata ketua lanun. Dia angkat kunci kelangit. Anak kunci berwarna hijau. Ia diperbuat dari jed.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.