BAB 56: Simpul Kembali

72 5 0
                                    





Suasana petang yang damai dan sungguh syahdu. Angin bertiup lembut, burung-burung berkicauan. Langit yang redup sangat menyamankan.

Tengku Zaleha turun dari bilik. Mengenakan kebaya merah, kini lebih ayu dan nampak seperti anak gadis yang lebih dewasa. Umurnya juga sudah mengjangkau 21 tahun dan lebih matang.

Ditangannya menjinjing satu bekas, hadiah untuk Arief yang dah lama tidak berjumpa. Dia harap yang Arief tak sedingin dulu. Tambah pula ada berita gembira yang hendak di kongsi bersama. Lagi pula perkara lama, dia dah (move on).

"Encik Kadir. Ada nampak Arief?" kata Tengku Zaleha setelah mencari di biliknya. Namun tak ketemu.

"Oh, rasanya di kebun, tapi biasanya pada petang begini, dia ke taman bunga."kata Kadir.

" Terima kasih" ucap Tengku Zaleha. Lantas segera ke taman bunga. Kelihatan kelibat seseorang berbaju putih dan bertopi jerami sedang berkebun. Duduk membelakangi Tengku Zaleha.

"Abang Arief.." tegur Tengku Zaleha. Lelaki tu berhenti dari lakukan kerja. Seperti tergamam.

"Abang Arief sihat? Tak gembirakah Leha pulang. Tahukah, Leha rindukan Abang Arief. Lima tahun kita tak berjumpa. Leha risau jika kita tak dapat bertemu kembali. Leha takut yang abang dah tinggalkan Leha. Lima tahun bukannya sekejap. Dan, maafkan Leha tentang dulu. Leha masih mentah waktu itu. Leha harap kita boleh kembali seperti dulu. Sewaktu kita berkenalan dahulu. Seperti mana abang melayan Leha seperti seorang adik perempuan abang. Kitakan seperti adik-beradik. Leha rindu seperti waktu dulu." kata Tengku Zaleha.

"Anjing kurap, jika tinggal di istana sekali pun tetap anjing kurap. Aku tak layak menjadi abangmu. Aku cuma kuli saja. Kerjaku hanya menurut arahanmu. Antara pekerja dan majikan. Itu aturannya." kata Arief yang berselindung wajahnya dibalik topi jerami.

"Selalu saja berkata begitu, masih tak berubah. Adalah hak majikan menganggap sesiapa sahaja yang di kehendakinya. Jika itu mahunya apa orang bawahannya masih menolak..?" kata Tengku Zaleha.

"Memang itulah hakikatnya. Tapi, bergantung juga pada apa yang di kehendakkan, jika bercanggah dengan prinsip maka ia berhak menolak." kata Arief.

"Tapi, bukankah ayah sudah memberikan hak istimewa pada abang untuk Leha. Makanya, selagi arahan itu tidak bercanggah maka abang perlu menurutnya bukan. Jadi, Leha menganggap abang Arief seperti abang sendiri tidak salah bukan. Bukankah itu juga kehendak ayah? Selama ini pun, abang yang menjaga Leha, gembirakan Leha. Selamatkan Leha, Leha takkan lupakan jasa abang. Tahukah, jika Leha bersama abang, Leha rasa selamat. Kerna, kitakan adik dan abang, seorang abang perlulah melingdungi adiknya. Seperti mana seorang ayah melindungi keluarganya, seorang ibu melindungi anaknya, seorang ketua melindungi anak buahnya, seorang perkerja kebun takkan lakukan itu." kata Zaleha." kata Tengku Zaleha.

"Benar, itulah tugas seorang abang. Tapi, malang sekali, aku bukan abangmu. Makanya, akulah pekerja kebun tu.." kata Arief dan berlalu meninggalkan Tengku Zaleha.

"Abang.." Tengku Zaleha kejar hingga ke atas jambatan kecil yang merentangi kolam ikan.

"Abang tunggu!.... Arrrhhh!" tak semena kakinya tersadung, imbangan hilang dan tumbang ke arah kolam..

Cap!

Tangan dicapai pantas oleh Arief tepat masanya lalu merangkul dari belakang. Entah dari mana, angin bertiup kuat menerbangkan topi Arief. Terserlah wajah suci anak muda yang pertama kali bertemu sejak lima tahun lalu walau sedikit comot.

"Terima kasih abang..." tetiba wajahnya tergamam sebaik bertatap wajah.
"Er... A.. Bang?"

Tengku Zaleha duduk di bangku sambil urut-urut kakinya. Kesan tersadung di jambatan tadi. Untung saja Arief sempat menyambutnya. Jika tidak ada yang kebasahan walau tidak hujan. Dia perhati pada jejaka di bangku sebelah. Duduk berlutut sambil tutup muka dengan tapak tangan.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now