Muzamil pandang kiri kanan. Dia mahu pastikan tiada orang yang dia sepatutnya berada disitu. Clear. Dia naik tangga menuju kelas. Sekali lagi dia perhati sekeliling terutama kelas Daniel. Dia terpaksa menempuh kelas itu dahulu sebelum ke kelasnya. Sekali lagi clear. Leganya dia rasa, dia melangkah ke kelas dengan tenang. Kelibat Daniel tak kelihatan.
"Woi.. Kau terhendap-hendap pasal apa. Mana kau pergi semalam hah!? Pandai kau kan. Buat-buat pengsan. Hah! Kau saja nak kenakan aku kan!" marah Gibran.
Baaamm!!
Gibran tolak Muzamil dengan kuat pada papan hitam. Bunyi tu menarik perhatian yang lain. Kali ini kepala Muzamil pula dihantuk dinding. Pelajar yang lain semua marah Gibran bila dia buat Muzamil begitu.
"Kau ni kan, memang sengaja cari pasal!" buuk! Gibran tumbuk perut Muzamil. Dia mengaduh sakit. Padahal tak sakit pun. Gibran tolak badan dia ke papan hitam semula. Dia tolak kua. Gibran nampak marah. Dalam pada itu dia perasan di belakang Gibran, cikgu disiplin sedang menghampiri dan tidak disedari Gibran. Dia dapat satu idea jahat. Memandangkan dia pun menyampah dengan cikgu disiplin tu. Langsung dia tak percayakannya. Pasti dia pun akan diheret sama walhal dia tiba-tiba diserang Gibran. Sebaik saja cikgu tu pegang baju Gibran, dengan kelajuannya ditolak Gibran kuat tanpa disedari orang lain termasuk Gibran. Jika di lihat seperti cikgu disiplin tu yang tarik Gibran ke belakang hingga terpelanting. Akibatnya Gibran terpelanting ke belakang merempuh meja-meja pelajar lain. Gibran tergolek jatuh.
"Arhhh! Apa ni Cikgu..!?" kata Gibran yang kesakitan.
Cikgu Disiplin tu agak terkejut dengan apa yang berlaku. Pelajar lain terlopong melihat apa yang berlaku. Gibran bangun dengan susah payah. Dia pandang cikgu disiplin tu tak puas hati.
"Apa pasal kamu pandang saya macam tu?"soal cikgu Disiplin apabila Gibran pandangnya tak puas hati.
"Apa masalah cikgu sebenarnya!" marah Gibran.
"kamu sengaja nak kenakan saya? Saya nak lerai kamu berdua. Saya tak sempat tarik kamu dah jatuh macam tu. Kamu jangan nak bohong saya. Kamu sengaja buat macam tu." kata cikgu disiplin. Maka berlaku perbalahan kecil. Akhirnya perkara tu dibawa ke pengetua.
Muzamil tersenyum sendiri rancangannya berjaya. Sikit pun cikgu tu tak sentuh dia. Dia puas. Akhirnya aman kelas. Dia duduk di tempatnya. Apa yang rancang supaya tak memarik perhatian pada cikgu disiplin, hanya melibatkan Gibran dan bukan dirinya.
"Zam.. Kau ok tak!? Nasib Cikgu Disiplin tak tarik kau sekali. Dia tu dah la gila." kata sorang rakan sekelas.
"Haha.. You know better than me.." kata Muzamil. Perbualan mereka terhenti apabila guru kelas mereka masuk untuk memulakan sesi pembelajaran.
SELAMAT PAGI CIKGU..
"Selamat pagi, duduk. Ok kelas. Buka buku masing-masing. Sebelum tu hari ni cikgu ada surprise untuk kamu. Apa-apa pun kita start belajar dulu." kata guru kelas.
Muzamil hanya mendengar penerangan cikgu dihadapan, walaupun dia dah belajar tapi penerangannya menarik. 15 minit kemudian. Tiba-tiba derianya di ganggu bau aneh. Baunya bercampur. Sungguh dia tak sukakan bau tu. Membuat dia rasa loya. Muzamil mula tak selesa.
"Urrgghh.. Bau apa ni... Bau durian pun takda lah macam nie.. Lagi sedap. Ni.. Ni.." kata Muzamil dalam hati.
Tok.. Tok.. Pintu diketuk dari luar.
"Ha.. Kelas. Seperti yang cikgu janjikan, inilah dia. Surprise! Kamu semua dapat kawan baru.." kata guru kelas.
Krik.. Krik.. Krik..
Masing-masing pandang sesama sendiri. Kemudian pelajar baru tu tunjuk muka pada muka pintu. Berkulit cerah, wajahnya kelihatan comel, jelas terserlah kacukan inggeris tetapi masih nampak kemelayuannya. Dan yang menarik perhatian, matanya. Semua terpegun kecuali Muzamil. Keadaan dia sama seperti Aiman semalam.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.