BAB 85: The True Identity

132 5 0
                                        


"OLAF! BAWA DANIEL LARI!!!! CEPAT!!!" Teriak Edward..

Dia tengok lantai berasap, dia cepat bawa Daniel lari..

"Ke.. Kenapa nie...?" soal Daniel terkejut. Tak mengerti apa yang berlaku..

ED perhati dua kelibat diatas bahagian bangunan yang lebih tinggi.

"Cis.. Tersasar.." kata Natasya.

"Tangan kau ketar ker? Sasaran dekat macam tu pun boleh tersasar.. Ke kau rabun sebenarnya.." kata Dosi.

"Sasaran aku tepat.. Cuma mangkok tu sempat elak.. Dia tahu kot.. Nampaknya, sasaran yang kau bagi ni memang leceh.." kata Natasya.

"Biasa je aku tengok.. Meh aku try.." kata Dosi lalu pergelangan tangannya keluar cerusuk seperti copstik.. Ed undur beberapa langkah ke belakang, dan besi tu terpacak berhampiran kaki Ed.

"Leceh.. Aku serang dia.. Tembak bila ada peluang.." kata Dosi langsung melompat dan terus bertarung dengan Ed. Dosi keluar besi cerucuk ala volverine dan serang Ed bertingkah-tingkah.

Zas...

Tiga kelaran kena dada Ed.

"Kena pun." kata Dosi..

Dosi lepaskan panah dari lengannya, tapi satu pun tak kena. Malah Gerakan Ed semakin lincah.. Seperti gerakan serigala.. Peluang terbuka.. Baru je nak tembak, beberapa batang cerucuk hampir sipi kena Natasya.. Sebenarnya Ed ambil peluang kutip cerucuk Dosi dan serang Natasya.

"Aku dah kata Alpha ni ada otak!" kata Natasya..

"Mari kita tengok samada dia ada otak tak nak berubah.." kata Dosi, lengannya berubah dan keluar pisau..

"Marilah.. Arrrrhhh!!" kata Dosi.

Grrrrrrrr... Mata Ed berubah biru.. Dia pun serang dengan tangan yang dah berubah cakar..

* * *

Olaf dan Daniel lari turun bangunan..

"Arhhh.. Aduh!"

Daniel tersadung lalu jatuh.. Cepat-cepat Olaf bantu Daniel.

"Argh! Kaki aku..!" teriak Daniel.. Olaf terbau darah. Matanya bertukar hazel membolehkan dia melihat dalam gelap.

"Kaki kau cedera..." kata Olaf.
"Naik belakang aku.. Aku dukung..!" sambungnya lagi.

Walaupun Daniel lebih besar sikit dari Olaf tapi dia mampu angkat dengan mudah kerana energy separa serigala.

"Olaf siapa diorang tu..?" soal Daniel. Olaf diam.. Hanya khusyuk turun tangga meredah gelap.

"Olaf! Jawab la.. Siapa diorang.. Kenapa serang Ed?" soal Daniel lagi..

"Answer me!" paksa Daniel.

"Aku tak tahu!" jawab Olaf tetiba berhenti..
"Aku tak tahu siapa diorang.. Dan apa diorang nak..!" kata Olaf bersungguh.

Boom!

Kedengaran letupan dari tingkat atas.. Debu serpihan jatuh..

Mereka pandang keatas.. Olaf lebih risau.. Dadanya berombak kencang..

"Apa yang jadi.. Mana Ed? Bunyi apa tu!?" kata Daniel cemas.. Dia tak pernah berada situasi begini dan tambah pula diserang oleh mereka yang tak dikenali serta bersenjata. Tiba-tiba..

Aaaoooouuuuuuuuuuuu...!!!!! Aou!! Aouuuuu!!!!!

"Hah.. Dari mana bunyi tu Olaf! Kita pergi dari sini!!! Aku.. Aku takut!!" kata Daniel yang cemas dan ketakutan. Apatah lagi berada dalam gelap.

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang