"Cakap la lagi, aku tak dengar la.. Maklumlah, akukan dah tua..." kata Muzamil sambil mencangkung atas bumbung. Asap hitam bersambung dari belakang badannya membelit Daniel.
"Ap... Apa kau bu.. Buat ni Zam!? Ja.. Ngan zam.. Ampun! Ampun..!" kata Daniel yang ketakutan. Dia sebenarnya terkejut dengan perbuatan Muzamil yang tidak disangka-sangkanya tu. Betul-betul dia rasakan perubahan drastik pada budak tu. Dulu dia tak macam ni. Diam, beku, payah nak ajak bergurau dan dia tak pernah buat sesuatu yang gila.. Contoh macam sekarang. Sejak dia tahu identiti sebenar dia, budak yang dia kenal sebelum ni jadi makin terserlah perangai sebenarnya.
Muzamil dulu, takkan sakitkan kawannya. Tapi kali ni dia... Dia rasa macam lebih agresif dari biasanya. Rasanya dia patut jaga percakapannya. Mungkin dulu kerana rahsianya belum terbongkar..
"Cuba kau cakap lagi sekali.. Aku nak dengar.." kata Muzamil. Daniel tetap dengan ampunnya.
"Aku kira satu sampai sepuluh.. Satu, dua.. Sepuluh..!" kata Muzamil lalu lepas budak tu jatuh.."Aaaaaa...!!!" teriak Daniel.
"Woi! Dah bangun.." kata Muzamil. Daniel seakan tersedar. Dia sekarang terbaring dekat lantai..
"Daniel? Apa perangai macam tu.. Tetiba teriak.. Yang kamu baring kat lantai ni apahal? Buang tebiat? Malu la dengan tetamu.. Haish budak bertuah ni.." bebel maknya. Muzamil hanya perhati je budak tu terpinga-pinga. Tak mengerti apa terjadi. Dia pandang keliling, kiri kanan, atas bawah.. Huh.. Masih bengong.
"Kamu kenapa Daniel, macam lepas kena sampuk. Haish dah bangun. Jangan nak macam-macam.. Perangai tu.." kata Maknya lagi. Muzamil tersenyum sinis. Daniel pandang dengan seribu persoalan.
"Aa jemput la ye.. Siapa ke ni kawan Daniel ye.. Makcik nak siapkan sikit lagi. Jap lagi kita makan malam sama-sama. Makcik masak spesial tau. Rasanya Makcik tak pernah tengok kamu, kawan baru Daniel ye?" kata Maknya sambil pandang atas bawah. Sesungguhnya dia tak pernah jumpa lagi. Sebelum ni daniel pernah bawa kawan pulang tapi, berbeza kali ni.
"Tu Muzamil la mama..." kata Daniel.
"Muzamil? Muzamil yang...." soal maknya.. Daniel hanya angguk. Tiba-tiba maknya tarik Muzamil ke dalam dakapannya. Muzamil dah tercengang. Tetiba je kena peluk macam orang tak jumpa bertahun.
Muzamil pandang Daniel dengan persoalan.. Dipeluk tanpa sebab.. Dan macam anak dia pula.. Daniel pun terkelu. Tetiba terdengar suara esakan tangis..
"Mama..." soal Daniel perlahan. Maknya longgarkan pelukan.. Terus cium kedua pipi dan dahi budak tu.. Lepas tu kembali peluk budak tu erat-erat.. Muzamil dah keras membatu. Tak tahu nak buat apa.. Sesungguhnya dia tak melawan sebab..
Dia dapat rasa satu aura.. Rasa hangat. Seolah menyatu dengannya. Dia rasa kembang panas, rasa nyaman, tenang.. Dia... Dia pernah rasa perasaan ni dulu... Lama dulu..
Dakapan seorang ibu..
Dia biarkan je.. Rasa macam tak nak lepas.. Aura ni terlalu kuat membuat dirinya hanyut.. Dan..
"Mama.. Er... Mama.." tegur Daniel. Serta merta dia lepaskan Muzamil.
"Maaf. Maafkan makcik, sebenarnya makcik dah lama teringin sangat nak jumpa kamu, makcik nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab selamatkan anak makcik. Makcik terhutang budi sangat-sangat. Walaupun abang daniel dah takda, tapi makcik sangat bersyukur, kamu selamatkan kedua anak makcik. Makcik dengar kamu banyak berkorban demi mereka, tanpa kamu tak tahulah apa jadi pada mereka. Mungkin hari ini, makcik sudah kehilangan Daniel." kata maknya. Sambil membelai lembut wajah penyelamat anaknya suatu ketika dahulu. Lalu peluk lagi seeratnya. Muzamil tetap dia membisu, tak berkata apa. Daniel tegur maknya yang masih tak sedar.. Dia bukan jealous sebab maknya peluk budak tu siap belai dengan belayan manja. Penuh kasih sayang mencurah-curah ke ladang hati, yang mana selama ni dia sendiri tak pernah dapat semua kasih sayang tu tapi, cuma nak bagi sedar yang maknya peluk tu makhluk purba berusia ratusan tahun.. Kiranya orang tua.. Seorang yang dewasa.. Terasa bagai melihat maknya berlaku curang dengan ayahnya. Apatah lagi adegan cium-mencium tu..
![](https://img.wattpad.com/cover/332279556-288-k48510.jpg)
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Bilim KurguAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.