""RAZIF! MUNDUR!" teriak Razak. Dengan pantas dia tarik Razif ke belakang.. Beberapa bilah shuriken jatuh tepat ke tempat Razif.
Pap..
Satu susuk tubuh mendarat di samping makhluk bersayap tu. Berhoodie dan bertopeng.
"Kau!" kata Razak. Razif yang perasan segera acukkan senjata.
"Jangan bergerak! Angkat tangan atas kepala dan jangan buat apa-apa! Angkat tangan!“ teriak Razif.
Tapi dia tak endah. Hanya perhati tubuh makhluk bersayap merah tu. Dia pijak dan cuba hendak cabut pedang yang terpacak di belakang makhluk tu.
Peng!!
Peluru melintas hampir ke muka bertopeng. Sangat hampir. Dia jeling pada Razak.
"Menyerah!" kata Razak.
Razif terkejut dengan tindakan Razak. Lalu kembali fokus.
Penjenayah beropeng tu cabut senjata pada tubuh makhluk tu.
"Letakkan senjata dan menyerah! Kalau tidak kami tembak! Letakkan senjata..!"kata Razif keras.
Penjenayah bertopeng hanya perhati saja.. Tiba-tiba..
Gaaaarr!!!
Makhluk tadi bangun. Dia kembangkan sayap yang dah serabai tu dan serang penjenayah tu..
Razif dan Razak tergamam.
Penjenayah tu lompat buat backflip dan berpaut pada rambut pelepah makhluk tu..
Oleh kerana terkejut dengan apa yang berlaku, Razif tembak secara rambang.
Peng! Peng! Peng!
Satu tembakan kena topi hoodie lalu terserlah identiti penjenayah. Dia lompat tanpa melepas rambut makhluk tu. Seperti ada suit perisai menyalut tubuh penjenayah tu. Sempat dia melepas shuriken tepat ke senjata Razif.
Cap!
Dengan ketangkasan mata Razak. Dia dapat menduga shuriken tu. Lalu terus kearah Razif dan sepak senjatanya ke udara.
Boom..
Pistol Razif berkecai.
Debuk!
Tubuh makhluk tu rebah tak berkepala. Penjenayah tu jinjing kepala makhluk tu..
Dia pandang tak puas hati pada mereka. Bawah alisnya tercalar berdarah. Cepat-cepat Razak acu senjata.
"Letakkan senjata dan angkat tangan." arah Razak.
"Lain kali sajalah.. Half vampire.." kata penjenayah tu.
Razif menghampiri.. Tapi..
Booomm...
Bom asap menghalang pandangan dan penjenayah tu hilang..
"Cis tak guna! Apasal kau tak tembak..!" marah Razif. Razak campak pistol pada razif.
"Rosak!" kata Razak lalu masuk ke kereta. Dia buat report.
Razif perhati tubuh tak berkepala tu.. Dia mengeluh panjang.
"Satu lagi Makhluk aneh.. Mereka ni apa..?" kata Razif.
"Itu Mulawin... Tak.. Ini Ravenas... Manusia burung.." kata Razak.
"Mana kau tahu?" soal Razif.
"Tengok pun dah tahu.. Kau cek la tu sayap asli atau kostum.." kata Razak.
"Yang pasti, identiti penjenayah tu.. Perempuan.." sambungnya lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
