BAB 28: Farh'ien Muzamil - VIII

105 6 0
                                        


"So bagaimana hidangan tadi, enak..?" soal Tengku Affie. Muzamil hanya diam. Serba salah mahu menjawab. Sekarang dia bersama Tengku Affie di biliknya. PakLongnya tinggalkan bersama Tengku Juragan atas permintaan Tengku Affie sendiri. Memandangkan mereka adalah majikan PakLongnya maka dia menurut saja. Biarpun hatinya kurang selesa.

"Baiklah, tak mahu jawab tak mengapa. Aku mengerti. Ke marilah. Baring disebelahku." kata Tengku Affie.

"Er.. Tapi kitakan laki-laki.." kata Muzamil.

"sememangnya laki-lakilah aku mengajakmu baring bersama. Apa selama ini kau baring bersama perempuankah..?" kata Tengku Affie.

"Bu.. Bu.. Bukan.. Aku.. Aku se.. Sebenarnya malu. Aku tak biasa.." kata Muzamil gelabah.

"Haha.. Apa nak malu. Kita sama-sama lelaki. Kita baring-baring saja. Borak kosong.. Kemarilah.." kata Tengku Affie. Dengan beratnya dia baring di sebelah tengku affie. Sungguh janggal.

"Apa kau selama ini tak pernah tidur dengan lelaki? Adik-beradik?" kata Tengku Affie.

"Aku cuma ada kakakku. Masakan aku mahu tidur bersamanya. Gila.." kata Muzamil.

"Makanya, kau seoranglah anak lelaki dalam keluarga. Pasti kakakmu cantikkan.." Muzamil dah pandang semacam.

"Haha.. Aku bergurau saja...haha. Aa.. Azam. Apakah kau ini punya darah campuran?" soal Tengku Affie tiba-tiba.

"Erm..? Aku tak mengerti." kata Muzamil.

"Maksudku, adakah keluargamu punyai darah campuran. Kulitmu lebih cerah jika dibandingkan dengan anak melayu yang kebiasaannya. Apa kau berketurunan orang negeri di utara?" soal Tengku Affie.

"Emm.. Entahlah. Tapi dalam keluargaku ada ura-ura yang moyangku dari pattani. Entahlah. Mengapa? Adakah aku kelihatan berbeza?" kata Muzamil.

"Sedikit.." kata Tengku Affie.

"Oh.. Patutlah selama ini aku tidak punya kawan. Rupanya, aku berbeza dari mereka.." kata Muzamil sendiri.

"Hahaha.. Kau terlalu banyak berfikir sempit. Tak ada bezanya dirimu dengan orang lain. Kalau berbeza takkan ku ajak kita beradu bersama." kata Tengku Affie selamba. Muzamil terus pandang Tengku Affie di sebelahnya dengan pandangan penuh persoalan.

"Mengapa kau pandang ku sebegitu..? Kau sengajakan..?" kata Tengku Affie. Wajah Muzamil semakin mengerut.

"Haha.. Mengapa kau buat wajah imut seperti itu..? Apa kau minta dikucup.." kata Tengku Affie dan langsung mengucup ubun-ubun Muzamil tanpa segan situ. Muzamil terperanjat sangat bila dikucup orang yang tidak dikenali. Apatah lagi dikucup lelaki muda yang beza umurnya hanya 3-4 tahun saja. Dia seperti mahu menjauhkan diri tetapi pantas dipeluk erat Tengku Affie.

"Mahu ke mana.. Janganlah lari.." kata Tengku Affie.

"Mengapa kau pelukku..? Kitakan lelaki. Aku.. Tak selesa kau perlaku begini.." kata Muzamil.

"Janganlah begitu, biarlah aku memelukmu. Anggap saja seperti seorang adik." kata Tengku Affie.

"Tapi.. Ak.. Aku bukan adikmu.." balas Muzamil gugup.

"Jadilah Adikku. Aku anak tunggal. Aku tak punya adik-beradik. Mahukah kau menjadi adikku...? Aku.. Ingin sekali punya adik sepertimu." Kata Tengku Affie lalu mengeratkan lagi pelukannya.

"Tapi.. Kita.. Tak setaraf. Aku cuma anak orang biasa. Kau pula orang berada.. Nanti menjadi buah mulut.."

"Apakah kau masih peduli dengan kata orang sedangkan umurmu cuma tinggal sedetik dua..? Aku bukan lakukan ini sekadar suka-suka. Aku cuma mahu bahagiakan dirimu sebelum kau pergi untuk selamanya. Lagi pula, aku bukan mudah menerima orang berada disisiku. Mungkin kaulah yang pertama dan terakhir menjadi teman dalam hidupku. Kau tahukan keadaan diriku. Jika takdirmu masih panjang. Mungkin kita boleh berteman dan mengenal dengan lebih erat lagi. Tapi sayangnya pertemuan kita terlalu singkat. Jadi, biarlah masa yang terluang ini di manfaat sepenuhnya." kata Tengku Affie. Muzamil menyeka air mata. Tengku Affie membelai rambut Muzamil.

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang