1795, setahun kemudian.
Uhuuuk!!! Uhuuuk!!! Uhuuuukk!! Batuk Muzamil sambil terbering lemah. Ibunya menuam kain basah pada kepala Muzamil.
"Munirah! Mana ubatnya. Sudah siapkah belum. Mengapa lambat sangat." kata Mak melur.
"Sebentar mak!!! Ubatnya mun sedang siapkan.." Balas Munirah.
Uhuuukk uhuukk!! Buuurrr!! Tersembur darah dari mulut.
"Azam.. Bertahan nak. Munirah!!!" pekik ibunya.
"Ini dia mak. Sudah Mun siapkan." kata Munirah.
"Beri adik kamu minum, mak mahu ke perigi." kata maknya.
"Azam bangun, minum ubat ini.. Akak sudah sediakan, ubat ini dapat kurangkan sakit kamu. Minumlah." kata Munirah. Azam bangun minum ubat, tersembur kerana ubat itu terlalu pahit.
"Minum pelan-pelan, ubat ini pahit dari biasa. Ayah dapatkannya dari puak Asli di hutan sana. Harap penyakit kamu sembuh." kata Munirah.
"Tiada gunanya Kak. Jika takdir sudah begini, tiada lagi harapan kak. Hanya menunggu ajal menjemput. Penyakit ini tiada ubatnya." kata Muzamil lemah..
"Jangan kata begitu. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Jangan berputus asa. Ayah sedang berusaha mencari penawar untukmu. PakLong juga sedang belayar ke benua eropah mencari cara pengobatan untuk penyakit kamu ini. Jadi jangan putus asa, berjuanglah. Jangan sia-siakan pengorbanan mereka. Kakak sayangkan kamu. Kami semua sayangkan kamu." kata Munirah memeluk adiknya sambil menangis.
Dukun Ammar sedang meneguk kopi sambil menggulung rokok di beranda rumahnya. Baru saja pulang dari daerah sebelah mendapatkan bekalan ubat bermutu. Dan nampaknya usahanya itu sedikit membuahkan hasil. Mujur semua bekalan ada kena pada waktunya. Sejak Muzamil jatuh sakit kerja mencari ubat banyak bertangguh, hanya keluar ke hutan semata mendapatkan ubat untuk anaknya. Sejak setahun yang lalu, penyakit anaknya bertambah teruk dari semasa ke semasa. Penyakit misteri yang tidak diketahui asal usulnya. Sudah habis ikhtiar untuk bawa berubat merata tapi semuanya hampa. Tiada sebarang perubahan. Semua gagal. Sekarang dia hanya memberi anaknya ubat untuk bertahan saja bukan penyembuh. Dengan itu, dia berharap kurang sedikit penderitaan anak lelakinya itu. Sayu hatinya melihat anak lelakinya lemah tak berdaya. Pucat, dan kurus berbanding dulu. Tiada lagi senyuman di wajahnya. Luluh hati mengenang nasib yang menimpa. Nama saja seorang dukun, tapi anak sendiri tak mampu diubat.
"Melur.. Bagaimana keadaannya hari ini..?" kata Dukun Ammar.
"Begitulah dia seperti selalu, sekarang dia sedang tidur. Nampaknya kesan ubat tu mula berkesan." kata Mak Melur.
"Baguslah, tapi hanya untuk sementara waktu. Selepas kesan ubat itu hilang pasti sakitnya kembali. Ahh.. Buntu sudah untuk dapatkan cara, segala ubat yang diberi hanya sia-sia. Apakah penyakit misteri ini tiada penawarnya..?" kata dukun Ammar.
"Abang tahukah akan sakitnya Azam ini." soal Mak Melur.
"Entahlah, abang pun tidak pernah mendengar sebelum ini. Tapi, menurut kata Salim, Azam mengidap sejenis penyakit yang panggil barah. Katanya lagi, penyakit ini sudah ada di benua timur. Dan khabarnya penyakit ini sangat bahaya, boleh membawa maut. Dan penawarnya masih belum ditemukan." kata Dukun Ammar.
"Apakah Azam akan mati!!? ANAK KITA AKAN MATI? TIDAK.. SAYA TAK MAMPU TERIMA. AZAM MASIH MUDA... ABANG! IKHTIARKAN SESUATU.. APA SAJA UNTUK UBATKAN DIA.. APA SAJA..USAHA YANG ADA.." kata Mak Melur sambil teresak-esak.
"Abang sudah habis Ikhtiar, tiada cara lain. Jika ada, sekarang juga abang usahakan, waktu ini juga abang keluar mencari di mana saja adanya penawar. Abang akan dapatkan.." kata Dukun Ammar.
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Fiksi IlmiahAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
