"Whattt!!!? A you serious!!?" soal Aiman..
"Yes... It's them.." kata Muzamil.
"So... Diorang la yang bunuh family Aiman.
"Maybe.. Aku tak pasti samada diorang terlibat secara langsung atau tidak. Tapi mastermind sebenar nenek kau.. Dan orang tua tu still masih hidup, sihat sejahtera. Dan kekal muda." kata Muzamil.
"Liat betul nak mati. Wait!? Kekal muda? Dia tu vampire ker?" soal Aiman.
"Bukan.. Dia masih seperti usia 50-60 tahun tapi hakikatnya sudah menjangkau 90-an. Tapi masih kuat bertenaga. Tak hairan kalau dia masih punya impian jahat." kata Muzamil.
"So.. Apa nak buat sekarang.." kata Aiman.
"Kau cuma perlu hati-hati. Aku rasa dia dah perasan sesuatu. Tapi dia masih tak tahu identiti sebenar kau. So.. Elakkan terserempak dengan dia. Itu memberi peluang untuk dia korek rahsia." kata Muzamil.
"Alamak orang ade cakap tempat keje tadi.. Aduh!!" kata Aiman sedikit panik.
"Don't worry.. Syarikat diorang tak bekerjasama dengan Syarikat Waris Cahaya. So tak perlu risau. Cuma perlu hati-hati. Buat masa sekarang tak salah kalau nak anggap diorang tu musuh, hati-hati jika ada sesiapa cari kau.. Sebab aku dengar mereka sedang cari kau." kata Muzamil.
"Don't worry. Kalau dorang berniat jahat tau la Aiman nak hadap." jawab Aiman...
"Ceh.. Ilmu baru setengah cawan. Nak belagak. Atasi kelemahan kau tu dulu. Jangan orang yang ditumbuk berdarah hidung kau pulak yang pengsan. Weeeekk!!" perli Muzamil.
"Ye la.." balas Aiman.
* * *
Sebuah Ferrari hitam mendesup laju membelah jalan raya pagi itu. Segala kenderaan yang menghalang laluan dicilok dengan penuh skill. Pemandu-pemandu lain tercengang di dengan cara pemanduan kenderaan luar negara dan idaman anak muda serta sebahagian orang tua. Bunyi yang ngaring sesiapa saja memberi laluan padanya.
"Semua salah kau.. Salah kau.. Salah kau.. Salah kau..!! Tengok pukul berapa dah ni. Lambat siot. Kan aku dah pesan bangun awal. Aku dah kejut boleh kau sambung tido!!! Ni kalau tertinggal macam mana!?" Marah Olaf sebab Ed bangun lambat.
"Bisinglah kau.. Tak nampak ke aku tengah cepat ni. Kau ni risau sangat.. Sempat punya... Ni Ed la.. Pemandu terulung di dunia..." kata Ed..
"Blah la pemandu terulung konon.. Nape tak masuk F1..!?" kata Olaf.
"Aku tak abis cakap lagi.. Terulung di dunia Lycans. Ade kau dengar puak-puak kita yang punya skill lebih hebat dari aku?" kata Ed.
"Tau la kau sorang je warewolf yang bawak kereta.." kata Olaf.
"Hello.. Cara kau cakap tu macam merendah martabat kaum Lycans. Kau fikir warewolf sekarang macam dulu ke.. Hidup barbarian. Puak kita dah maju tau. Kau sendiri duduk dalam kemewahan. Tak kan tak perasan. Hidup sebagai warewolf cuma tradisi puak kita. So.. Takde masalah untuk seorang warewolf untuk berjaya. Ramai je dari puak kita yang menempa nama di mata dunia.. Memonopoli syarikat besar. Satu kebanggaan puak kita capai kejayaan besar yang mana dulunya, dikuasai puak Vampire, menurut cerita orang tua-tua la. Memang pon, puak kita dulu hidup dalam hutan. Diorang duduk istana. Siap ada kerajaan lagi. Sekarang mereka sudah jatuh miskin akibat ketamakan, hidup papa kedana, ada yang menyamar jadi nurse semata nak curi darah. Paling teruk sanggup jilat darah haid sebab lapar sangat.. So.. Beruntunglah kita puak Lycans." cerita Ed. Olaf dah kerut dahi dengan cerita Ed.
"Macam ada unsur penipuan jer.. Bukan yang jilat darah haid tu kerja penanggal ker?" kata Olaf.
"Penanggal? Apa tu? Adakah ianya spesis sabun?" kata Ed.
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
