BAB 67: If You Know Me

73 8 0
                                    





"Ya.. Saya Daniel.." kata Daniel bila wajah disuluh lampu..

"Ohh.. Ha.. Haha.. Hahahaha.. Sorry atok ni eh.. Muzamil ni tak cakap pun nak bawak kawan.." kata Aiman.

"Eh.. Tak la saya tolong hantarkan jer." kata Daniel.

"Oh ye ke.. Terima kasih. Susah-susah jer. Sorry la lampu takde malam ni.. Oklah, abang nak cari pelita kat belakang sana.. Atok.. Er.. Muzamil. Jemput la masuk.." kata Aiman sebelum ke belakang rumah.

"Ceh nak jemput konon. Lampu tak tinggal. Ade ke ajak tetamu duduk dalam gelap.." kata Muzamil.

"Eh takpa la.. Aku balik dulu. Nanti jumpa lagi. Oh.. Er.. Sebenarnya aku ade benda nak cakap. Minggu depan birthday aku. So, aku nak jemput kau join.. Aku harap kau dapat datang. Aku berbesar hati kau kau dapat join..." kata Daniel.

"Aku tak janji. Tapi mungkin aku akan datang.. Siapa tahu.." kata Muzamil.

"Zam.. Please.. Ni tahun akhir kita. Maybe lepas ni kita tak jumpa dah. Dua tahun kau tak pernah datang. Aku harap kali ni kau.." kata Daniel.

"Ok.. Kau nak hadiah apa.." kata Muzamil.

"Aku nak kau... Kau la hadiah aku.. Okla.. Aku balik dulu. Datang tau.." kata Daniel sambil masuk ke perut kereta. Kereta meluncur meredah pekat malam hutan.

Sebalik cahaya lampu hilang..

"Kuasa elemen.. Api melingkar.." keluar api dari telapak tangan. Dia buat gaya fire bender nyalakan lampu pelita kaca pada dinding dan tiang sekitar rumah.

"Wow.. Tak tahu pun atok boleh buat macam tu." kata Aiman dari belakang.

"Baru tahu ker.. Lightning style aku boleh buat kenapa tak api..? Hah.. Kau masak apa?" kata Muzamil.

"Masak? Lampu takda camne nak masak.." kata Aiman.

"Hampeh.." kata Muzamil.

"Err.. Atok tak merajuk lagikan?" kata Aiman..

"Oh terima kasih sebab ingatkan.. Aku nak tidur.. Huh.." kata Muzamil buat muka beku..

**********************

Negaraku.. Tanah tumpahnya darahku.. Rakyat hidup..

To the end..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini bermulanya tournament basket ball peringkat kebangsaan di MSN. Jadi, Ketua pelajar iaitu Mohd. Daniel Ozoora tiada disekolah sepanjang minggu ini kerana mengikuti tournament. So, segala permasalahan boleh ajukan kepada penolong ketua pelajar Nurul Danila. Atau boleh lapur terus kepada saya jika ada masalah penting saja. Faham." kata cikgu dari stage perhimpunan.

"Ala.. Daniel takde la minggu ni..
Bosannya.. Kenapa kau pergi tinggalkanku sendiri.. Aku rindu padamu.. Tak dapat ku bermanja..." kata Olaf yang berdiri belakang Muzamil.

"Shut up! Pengetua nak berucap.. " kata Muzamil memberi amaran pada Olaf.

"Ala.. Orang tua banyak mulut ni naik pulak.. Lambatla nak masuk kelas.. Aku dah la malas nak dengar dia membebel ni.." kata Olaf yang mula kebosanan..

" Salam sejahtera. Baiklah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pihak sekolah akan mengadakan program sempena bulan kemerdekaan yang akan kita sambut pada 31 ogos nanti. Banyak aktiviti yang akan dianjurkan pada minggu ini dan minggu hadapan. Antara aktiviti yang diajurkan pertandiangan mewarna, melukis, pakaian beragam, pentas lakonan. Dan berbagai lagi. Malah, sempena minggu keselamatan juga, pihak sekolah dan Ibu pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur akan bekerjasama menjalankan aktiviti anjuran PDRM untuk memupuk kesedaran kamu semua yang masih tak sedar dan leka dengan dunia imaginasi tanpa memikirkan masa depan kamu. Oleh itu, saya bersama cikgu disiplin bersetuju membawa penceramah jemputan. Jadi saya ingatkan. Sesiapa yang didapati terlibat dengan gejala sosial yang melampau akan diambil tindakan serius. Jadi, yang naik motor atau kereta.. kalau kantoi tu pepandailah jawab sendiri. Dan lagi satu...!!!! Kedatangan adalah WAJIB!!! "kata pengetua.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now