Huh....
Arief melepas keluhan berat sambil berehat atas kerusi rotan. Ditangannya membelek-belek belati hikmat pemberian Tengku Zaleha. Apa khabar dia sekarang? Apakah dia selamat..
"Apa.. Yang kau fikirkan? Aku sudah siap masak.." kata Ji-hon.
Siapa Ji-hon? Dia adalah askar jepun yang Arief jumpa lama dulu. Kini mereka berkawan. Walau Ji-hon kelihatan lebih tua sikit berbanding Arief. Tapi Ji-hon tetap hormat sebagai orang yang lebih tua. Sekali gus orang yang menyelamatkannya. Tiada siapa pun tahu dia adalah dari askar jepun. Ji-hon bukanlah rakyat negara jepun tapi adalah askar kerahan jepun dari korea. Korea merupakan wilayah jajahan jepun. Secara tak langsung dia mangsa jepun.
Atas kerana itu, Arief bertolak ansur.
"Apa kau masak hari ni..?" kata Arief.
"Ubi kayu rebus. Dengan ikan bakar dan sup sayur." kata Ji-hon.
"Huh.. Sampai bila la kita nak makan ubi... Nama saja perang dah tamat.." kata Arief.
"Apa boleh buat. Sekarang orang putih sedang bangunkan semula negara. Bekas kancah perang masih tebal. Lagi pula, kau tahukan makanan, beras pun dicatu sebab kekurangan bekalan. Waktu jepun perintah hasil tani dirampas. Jadi sementara pulih, makan ubi lagi."kata Ji-hon.
"Apa-apa je lah." kata Arief malas dengar Ji-hon membebel.
"Kau... Masih ke hutan tu?" soal Ji-hon tiba-tiba.
"Hermm... Sememangnya.." jawab Arief. Dia malas nak jawab sebab rasanya tak perlu kot nak jawab. Sejak pertempuran tu. Dia akan kerap ke hutan tu, memburu Muzamil yang menjadi idamannya sejak bertahun-tahun dulu.
"Kau tak bosankah kejar dia.. Sedangkan kau tahu yang dia tak keluar dari situ.. Atau sebenarnya dia dah keluar ke tempat lain." kata Ji-hon.
"Dia masih disitu, aku tahu. Kau kalau kenal belati ini, pasti kau tahu. Aku akan buru dia. Aku akan tunggu sampai dia keluar.!!" kata Arief dengan nada geram. Dendamnya pada dia masih menebal.
"Berbaloi ke kau nak tunggu. Mungkin dia tidur untuk seratus tahun. Seperti lagenda kami. Bukankah sia-sia kau tunggu.." kata Ji-hon.
"Berbaloi.. Kau tu je yang tak berbaloi tunggu. Sampai bila kau nak duduk dengan aku? Sampai tua? Aku tak nak jaga orang tua... Payah.. Eeewwww..." kata Arief.
"Hahahahahaha... Kita dah sama-sama tua masa tu.." kata Ji-hon.
"Kau saja.. Aku tidak. Walau umur aku dah tua tapi aku masih sama macam sekarang. Tangkas seperti biasa." kata Arief.
"Kau tak rasa, kau sama dengan makhluk tu?" kata Ji-hon.
"TAK!!" jawab Arief keras sambil hentak meja.
"Aku perlu cuci nama keluarga aku, matinya dia. Tiada lagi nama keluarga aku yang disumpah. Supahan akan terlerai. Selagi dia ada. Aku takkan berhenti." kata Arief."Maaf aku cakap, kalau aku, tunggu dia keluar tak memberi apa-apa makna. Berdasarkan pertarungan lepas. Aku dah tembak dia banyak kali, cara biasa tak berkesan. Seperti dalam lagenda jepun. Jika tak mampu kalahkan ayakashi dengan cara biasa dia akan mohon pada ommyoji. Kerana ayakashi dan yokai adalah roh. Jadi, cara hapuskan juga cara luar biasa. Jika gagal mereka akan tingkatkan keupayaan diri dan senjata. Contohnya: lagenda Inuyasha. Pedang yang digunakan untuk hapuskan ayakashi terhasil dari taring ayahnya. Jadi, dari semasa ke semasa ianya sentiasa dipertingkatkan. Sebab inuyasha bukan sepenuhnya ayakashi, tapi separuh manusia. Dia tak boleh hapuskan sendiri. Dan berusaha jadi lebih kuat. Pedang tu besar tau.. Makanya, pada pandangan aku. Kau sama saja dengan inuyasha." kata Ji-hon.

ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Ficção CientíficaAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.