Suasana petang yang damai diperkarangan rumah banglo Dato' Ridzuan, angin bertiup lembut membawa hawa nyaman. Kelihatan Datin Tengku Khaisarah membawa sedulang minuman ke meja berhampiran kolam. Dato' Ridzuan sedang membelek telefon pintarnya.
"Abang, jemputlah minum, ni ada jemput-jemput pisang. Panas lagi ni." kata Datin Tengku Khaisarah.
"Aah terima kasih. Senyap saja rumah ni. Izz mana?" kata Dato' Ridzuan.
"Izz tak balik sekolah lagi, tah manalah dia merayau. Risau saya." kata Datin Tengku Khaisarah.
"Kejab lagi baliklah tu, risau sangat awak." kata Dato' Ridzuan.
"Eh awak ni, cakap macam tak sayang anak je. Saya risau tau tak. Walau apa pun dia tetap anak saya." kata Datin Tengku Khaisarah.
"Saya tahulah, dia pun anak saya juga. Darah daging saya. Tapi... Walau apa pun kita kenalah percaya padanya. Lagipun, dia bukan budak kecil lagi. Dah besar. Lagi pun, tahulah dia jaga diri." kata Dato' Ridzuan.
"Abang ambil mudah saja. Anak kita tu dah tak normal. Tapi, bagaimana kalau... Kalau dia tak dapat kawal diri dia kat luar sana. Abang, upah orang untuk pantau dia. Saya risaulah..." kata Datin Tengku Khaisarah.
"Tak perlu!" kata Tengku Affie tetiba. Dia duduk di hadapan mereka.
"Eh.. Aff.. Affie.." kata Datin Tengku Khasarah yang agak tergagap.
"Tak perlu risau, dia ok. Dia takkan mengganas, dia still normal seperti biasa. Cuma, dah tak normal dari aspek lain. Tapi tak perlu risau. Itu seperti satu anugerah. Cumanya, ada satu yang aku sendiri tak tahu. Tumbesaran dia, kita tengoklah nanti." kata Tengku Affie.
"Maaf, bonda nak bertanya. Er.. Dia perlukan darah ker?" kata Datin Tengku Khaisarah.
"Yes. Tapi, nampaknya dia tak tertarik dengan darah. Sepertinya, human being dia lebih kuat. So there is nothing to worry about. He can live normal life as usual. There is nothing to fear. He is fine." kata Tengku Affie.
"Tapi, tak bolehkah Izzuan kembali seperti dulu.." kata Datin Tengku Khaisarah.
"Tak!" jawab Tengku Affie.
"Sudahlah. Jika Affie dah kata begitu. Kita berserah sajalah. Memang ini takdir kita. Setiap kebahangian pasti ada pengorbanan. Bersyukurlah kita masih punya anak." kata Dato' Ridzuan. Isterinya tunduk akur. Sejak peristiwa malam itu, isterinya kurang berbicara dengan Affie.
"Tapi, sudah petang begini masih belum pulang." kata Datin Tengku Khaisarah.
Tengku Affie tetiba berpaling ke arah pagar.
"Dia dah balik, oh, nanti Affie check laporan audit syarikat. Affie naik dulu." kata Tengku Affie menghabiskan secawan teh lalu beredar. Tak lama Tengku Izzuan yang lengkap berbaju sekolah, cuma tie dilonggarkan datang kepada mereka.
"Mama.. Papa.." kata Tengku Izzuan sambil peluk mereka berdua. Izzuan pergi pada mamanya.
"Mama, mama cari Izz ker. Dari pagar lagi Izz dah dengar. Hahaha.." kata Tengku Izzuan.
"Ha'ah. Memang tapi mama cari kamu. Tak boleh diam. Risau dengan kamu. Takutlah, macam-macam.." kata Dato' Ridzuan.
"Mana tak risaunya. Mama takut kalau-kalau kamu.." kata Mamanya sangkut.
"Takut apa mama?"soal Tengku Izzuan.
"Takut yang kamu mengganas, bunuh orang bagai. Maklumlah, kamu tu Vam.." kata Ayahnya..
"Kamu tu tak normal. Sebab tu la mama risau..." kata ibunya mencelah.
"Oh, pasal tu. Takde apa la mama. Izz ok je. See.. I can be in the sunshine. Not burned. And, Izz can eat cekodok. Nyam.. Nyam.. Lagi pun, Izz masih tak berubah. Sama macam dulu. Mama tak perlu risau. Anggap saja yang anak mama ni, Got a special gift. From Abang Affie." kata Tengku Izzuan.
"Lagi pun, mama tahukan, siapa Izz sebenarnya. Dan tugas keturunan kita." kata Tengku Izzuan lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
