BAB 22: Farh'ien Muzamil - II

128 6 0
                                        

1793, still somewhere in tanah melayu.

"Farh'ien Muzamil! Baca betul-betul!!" pekik guru yang mengajarnya mengaji sambil memukul rotannya ke lantai.

Hahahahaha... Ketawa rakannya yang lain.. Sejak semalam lagi dia baca asyik salah je.

"Diam semua..!! Muzamil. Mula balik." kata guru tersebut.

Muzamil masuk ke biliknya selepas pulang dari mengaji. Terus saja dia tutup pintu tak mahu keluar. Dia baring di tempat tidurnya sambil memegang bibir.

"Ssst.. Aduh.." keluh Muzamil sendiri. Dia ambil satu pecahan cermin di sudut bilik. Dibawa berhampiran pelita. Dia nampak sedikit bengkak. Dia malas mahu keluar. Takut ada saja yang menyibuk. Dia baring semula lalu teringat kejadian tadi.

Flash back

"Baiklah murid-murid. Kalian semua boleh pulang." Kata guru mengaji.

"Terima Kasih ustaz." ucap semua. Masing-masing turun dari surau untuk pulang ke rumah. Ada yang berani terus berlari di dalam gelap. Beberapa orang yang lebih tua bertindak sebagai ketua memegang jamung api dan pulang bersama. Tak ketinggalan juga Muzamil. Dia menyalakan jamung lalu bersiap untuk pulang kerana rumahnyalah yang paling jauh di antara semua. Baru saja sepuluh langkah namanya dipanggil dari belakang.

"Muzamil!!..."

"Muzamil.. Tunggu.." panggil seorang perempuan dari belakang.

"Tunggulah dulu. Mahu ke mana lekas-lekas. Takkan lari rumahmu di hulu sana.." kata Salwa anak gadis orang kaya seri timah.

"Ah.. Kamu yang terpekik terlolong bagai pontianak mengilai mati beranak batu. Masakan mahuku tunggu dicekik daripada ku hayun kaki langkah seribu.." jawab Muzamil berseloroh. Sengaja mahu menakutkan gadis sunti itu.

"Ah.. Kamu ini Muzamil. Sengaja mahu menakut-nakutkan aku. Mulut mu memang celupar. Berbicara mengikut suka. Nanti betul-betul jumpa mahu kau papah aku ke rumah." kata Salwa marahkan Muzamil.

"Tidak.. Jika terjumpa akan ku atur seribu langkah, ku tinggal kamu di sini dari jadi mangsa amukan pontianak.. Hahaha.." kata Muzamil sambil ketawa.

"Lihat! Sengaja mulutmu memang celupar..." marah Salwa. Dia pukul perlahan bahu Muzamil kerana keceluparan mulutnya..

"Sudah kau tahu mulutku celupar. Mengapa masih mahu mengikut ku. Apa budak lain tiada jamung?" soal Muzamil pada Salwa.

"Bukan begitu, aku sengaja mahu berteman denganmu. Bukan apa-apa. Lagi pun engkau jalan seorang di malam begini. Tak takutkah..?" soal Salwa lagi seraya menjawab. Muzamil pandang Salwa dengan wajah hairan.

"Mengapa kau tanyakan aku sebegitu..? Atau engkau tujukan pertanyaan itu pada dirimu sebenarnya..? Aaa.. Engkau sebenarnya yang takutkan?" soal balas Muzamil.

"Ah.. Mana ada.." jawabnya pantas.

"Oh.. Iakah.. Hehe.. Eh? Apa itu?" kata Muzamil sambil menunjukkan jarinya ke arak pokok besar di hadapan.

"HAH! APA..? MANA? Eeee.. Jangan bergurau la.." marah Salwa sambil peluk lengan Muzamil tanpa dia sedar.

Hahahahahahaha... Ketawa Muzamil kerana perangkapnya mengena. Tapi ketawanya terhenti bila dia perasan yang Salwa peluk lengannya tanpa sedar.

"Err..aa.. Er.." Muzamil terkedu, dia rasa sangat janggal bila ada perempuan yang bukan muhrimnya sentuh dia.. Tubuhnya seakan mengeras. Dia gagahkan juga. Dia goyang-goyangkan bahunya cuba sedarkan Salwa. Salwa tersedar cepat-cepat dia lepaskan lengan Muzamil. Suasana jadi janggal.

"Ma.. Maafkan aku.. Aku tidak sengaja. Maafkan aku.." kata Salwa menahan malu serta kesal. Namun, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut Muzamil. Mereka teruskan perjalanan.

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang