"KAU!!!??" kata Arief spontan yang nyata mengenali wajah orang yang muncul tiba-tiba...
Lelaki tu tak pandang langsung pada Arief yang menegurnya. Sebalik hanya memandang orang minyak yang terkial-kial bangun cuba larikan diri. Arief geram, musuh yang dicarinya muncul tanpa di duga. Apatah lagi bersekongkol dengan orang minyak. Memang dasar jembalang..
"Kau! Berani kau muncul setelah sekian lama di hadapan aku. Dasar jembalang. Bagus juga, biar aku hapuskan kamu berdua dari muka bumi ini.
Bzzzzztt...
Arief serang dengan lembing sri bulan. Tepat kena pada lelaki. Menggelupur lelaki tu kena renjatan dari kuasa lembing sri bulan.
"Arrrrkkk!!!" lelaki tu menjerit. Semakin lama semakin lemah. Tubuhnya mula berasap seperti terbakar. Lalu rebah.
"Erh" rintih lelaki tu.
"Akhirnya, aku jumpa kau.. Hari ini, dendamku akan terbalas.
Arief tikam lelaki tu. Lalu dengan sepenuh tenaga dalaman.
Bzzzzttt...
"Aaaaakkkkkk!!!!" jerit lelaki tu lalu mati.
Orang minyak yang berada sambil menyaksikan lelaki yang cuba selamatkannya mati. Dengan ketakutan dia lari, pagar dilompat lalu ghaib.
"Hah! Orang minyak dah lari..." kata pekerja lain.
"tak mengapa. Akan ku buru sebentar lagi." kata Arief. Dia pandang tubuh lelaki yang tertiarap kaku. Dipijaknya dengan kepuasan..
"Matinya kau hari ini. Maka, dendamku padamu, atas kematian atok. Telah terbalas. Dengan ini, kau adalah mangsaku yang pertama. Tamatlah riwayatmu wahai jembalang durjana."kata Arief.
Tiba-tiba mayat lelaki tu berubah. Dan.. Boom
Bertukar menjadi bangkai seekor kelawar..
"Kelawar?" kata Tengku Azhar.
"Mungkin Jembalang kelaw.." katanya terhenti apabila entah dari mana suara jeritan datang nenghampiri.
AAAARRRRHHH!!!
GEDEBUK!
Sesuatu jatuh ke tanah. Sekujur tubuh hitam.
"Hah..! Orang minyak tadi?" kata semua.
Orang minyak itu, merangkak menghampiri Arief. Keadaannya seperti sangat ketakutan. Lembing di hunus pada orang minyak tapi, langsung tak takut. Malah dipeluknya kaki Arief. Dia pandang ke pagar..
Langit malam bertukar wajah. Awan mendung berarak, kilat sabung menyabung tanda mahu hujan. Amgin mula bertiup kencang. Namun, pandangan Arief tertancap pada satu sudut. Tidak kelihatan apa-apa. Namun, dia seakan merasakan sesuatu. Orang minyak yang sedang peluk kakinya langsung tak di hiraukan.
Terdapat satu aura aneh. Hatinya tak tenteram. Tiba-tiba...
⚡
Dalam pancaran cahaya kilat tu, muncul satu susuk, Arief yang perasan terkejut beruk. Matanya membulat. Jantungnya berdegup laju. Seakan tak percaya dengan apa yang dia lihat.
Lelaki tu..
Lelaki yang dia baru saja bunuh sebentar tadi. Tubuh yang bertukar menjadi kelawar. Kini, muncul kembali dihadapannya.
"Macam... Macam mana kau..." kata Arief dalam nada terketar. Lelaki tu terjun dari pagar lalu mendarat perlahan seperti terapung..
"Tak Guna!!!" Arief serang sekali lagi. Tapi tersasar. Lelaki tu ghaib tiba-tiba..
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Ciencia FicciónAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
