BAB 16: Outrageous

172 5 0
                                        

"To much pain..? Menyakitkan sangat ke life budak ni? Misteri betul. Sampai macam tu sekali kau nak rahsiakan tentang diri kau tu. Sikit pun kau tak nak kongsi. Haish.. C'mon bro orang nak kenal kau je bro. Kalau orang tak tau serba sedikit pasal kau, camne orang nak tolong kau kalau kau susah. Kau ada sakit kronik ke yang kau tanggung. Tapi kau kata takda. Ok je. Hermm.. Eh apsal aku nak jurge orang sesuka hati. Mana tau dia ada masalah family pincang ker, kena dera ke.. Eh dah form 5 tak kan kena dera lagi. Tapi hairan la.. Semalam budak kelas ni cakap dia dah lama sekolah sini, sejak form 1 lagi. Takkan takde langsung sorang yang tahu pasal life die. Nak kata dia samseng tak pon. Ok jer. Kena buli lagi ada la.. Kronik nie. Mesti kuatbpendam perasaan." kata Olaf dalam hati. Dia dari tadi pasang telinga curi dengar perbualan diorang.

"Ala jangan la macam tu. Kami semua kawan-kawan kau. Kecuali Gibran. Kita dah lama kenal, tapi bab hati budi kita tak kenal. Kalau kau ada masalah macam mana kitorang nak bantu. Memang la kau ada abang Aiman. Tapi tak kan kau nak harap dia jer. Lagi pun dia ada life sendiri, dan aku rasa kau banyak pendam sendiri. Tengok air muka pun dah tahu. Aku bukanlah nak menyibuk pasal life kau. Tapi aku cuma risau, yang lain sama risau sebab kau tak pernah cerita tentang masalah kau dekat kami. C'mon Zam. Jangan pendam sorang-sorang. Kongsi dengan kami. Itu lah fungsi kawan." kata Ketua kelas.

"Hemm... Entah la.. Aku sebenarnya tak nak susahkan korang. Lagi pun aku takde sebarang masalah pun. Masalah biasa je, biarlah aku tanggung masalah tu sendiri, jangan bimbang k. Aku tau kau prihatin. Tapi ini masalah pribadi aku. So.. Biarlah aku settlekan sendiri. Aku cuma stress je. Esok lusa ok la. Aku dah biasa hidup macam ni. Lagipun aku memang macam ni. Nampak macam ada masalah tapi sebenarnya tak. Pasal Gibran tu don't worry. Aku ok. Gua kuat punya olang maa.. Ok." kata Muzamil pada Ketua kelas.

"HRMM.. ok la kalau macam tu. Kau dah kata ok. Nak buat macam mana. Aku anggap kau ok je la. Tapi, kalau kau ade problem, or nak mintak tolong ke.. Share ke dengan kitorang. Tak pun share je direct dengan aku. Ingat! Kita kawan. Tau.." kata ketua kelas lalu ke tempat duduknya.

Muzamil just senyum je, kemudian wajahnya menghadap tingkap. Dia pandang luar tanpa hiraukan yang lain. Matanya tak berkelip. Seperti sedang fokus pada sesuatu. Olaf hairan dengan budak depan dia ni. Dari tadi dia pasang telinga dengar perbualan diorang. Maklumlah dia ni ada sedikit keistimewaan pendengarannya. Segala butir bicara dia dapat dengar dengan jelas.

"Kuat berahsialah budak ni. Ke kuat memendam rasa..." kata Olaf sendirian. Dia perhati je budak depan ni seketika. Budak tu diam tak bergerak pandang luar. Langsung tak berkelip. Dia agak hairan. Tah apa la yang budak tu menungkan. Dia curi-curi pandang mata Muzamil dari tempat duduk dia. Gerak matanya. Macam tengah fokus sesuatu. Dia pun pandang luar sama. Tah apalah yang budak tu tengok. Suasana makin bosan. Olaf pun turut sama pandang luar dari tingkat empat tu. Agak lama tiba-tiba dia perasan sesuatu. Nun di kejauhan, berhampiran pagar sekolah. Matanya tertumpu pada sebatang pokok.

"Eh.. Tu..." katanya sendiri sambil matanya memfokuskan pandangan. Dekat atas pokok tu, ada orang. Dan dia macam kenal orang tu. Walaupun jauh tapi bukan masalah baginya. Kerana dia dikurniakan kelebihan berbanding orang lain.

"Ed? Apa dia buat atas pokok tu..? Herm.. Nak perhati aku la tu." dia geleng kepala. Tetiba dia perasan sesuatu. Mata Muzamil. Kalau tengok betul-betul macam dia pun pandang arah yang sama. Dia pandangan Muzamil. Pandang tempat tu. Lepas tu pandang balik Muzamil balik.

"Eh.. Takkan lah.. Dia nampak ke apa yang aku nampak. Ah.. Kebetulan je kot." kata Olaf dalam hati. Namun dia tetap sangsi. Dia bangun ke sebelah Muzamil.

"Hai.. Layan apa sorang-sorang? Menung jauh.." sapa Olaf.

"layan perasaan jer.." balas Muzamil acuh tak acuh. Langsung tak pandang Olaf.

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang