"Dah-dah alih nasi tu ke tepi. Nanti hangit. Kau makan yang hangit. Elok aku punya. Hehe." kata budak Team Gamma.
"Oi banyak cantik! Mana dia yang hangit. Ingat kitorng tak pandai masak ke. Tengok ni, cantik dan gebu je." kata team beta.
"What ever.. Tepi biar kitorang masak sardin. Tak sia-sia abang masuk master chef dulu. Weh.. Mana pembuka sardin?" kata salah sorang team Gamma.
Semua- Krik.. Krik.. Krik..
"Dah stop. Mengaku jer tak pandai masak. Buka sardin pun tak reti. Rentung sardin tu nanti. Better kau pergi buat air. Takkan nak minum air sungai perisa sungai. Group A tu pun minum milo. Meh sini aku masak. Sardin ni biasa-biasa. Nak jadi luar biasa kena ada ini..!" kata Odie sambil tunjuk limau nipis.
"Eh.. Tu bukan limau group C ker..?" kata Olaf.
"Aah. Diorang tak nak. Aku ambil la. Diorang pun tak tahu nak buat apa.. Ish.. Ish.. Rugi.. Rugi." kata Odie. Dia buka tiga tin sardin, Olaf potong bawang, cili dan limau.
"Giler kedekut la sardin sekarang ni. Satu tin tiga ketul jer.. Tak patut-tak patut. Nasib mak aku suruh bawa cili giling ni. Berguna juga. Hahhaha.." kata Odie."Terbaik!!" kata Semua.
Tiba-tiba "Mak hantu!!" jerit perempuan.
"Sarjan, musuh berada arah pukul 2. Nampaknya mereka sedang berkumpul sekeliling api. Mereka tengah makan." kata sorang budak team gamma.
"Bagus kopral, kumpulkan maklumat lebih terperinci. Cuba kenal pasti apa mereka makan." arah seorang berpangkat Sarjan.
"Baik tuan. Ei perebet. Bagi teropong." arah kopral.
"Ish.. Askar apa kau ni, teropong pirate kau bawa!?" kata kopral."Oi mangkok! Korang buat apa tu.. Skodeng budak pompuan tukar baju erk? Meh sini makan. Sardin dah siap. Ikan dah masak. Tak nak aku makan. Ikan ni sedap, fresh lagi." kata Odie.
"Eee..pervert!" kata budak perempuan. Tiga orang team gamma datang berkumpul.
"Kitorang gi usha group lain tengah makan apa, apa diorang masak.." kata sorang team gamma.
"Haah diorang masak apa..?" kata Sorang perempuan.
"Team A sama dengan kita. Lauk sardin. Tapi diorang ada lauk spesial. Ikan besar. Team C lauk kari ayam" kata team gamma lagi.
"Eh.. Celah mana dia dapat ayam..?" Soal Odie.
"Ayam dalam tin" kata budak tu.
"Oooooo.." semua serentak.
"Team D, makan meggie jer.." kata budak tu.
"Kesian..." kata mereka serentak.
"Jadinya Group kita la yang paling spesialkan. Ada lauk ikan hahahaha." kata Olaf.
"Aah. Banding Group A kita ada ikan banyak. Diorang seekor je.. Kan.. Dah lama tak makan ikan bakar." kata Odie.
"Thanks dekat Muzamil. Dia yang tangkap ikan ni. Untung ada dia.. Kalau tak makan sardin kering."kata Olaf.
"Weh serius la.. Aku ingat dia beli...." kata sorang perempuan.
"Ish kau jangan macam-macam. Mana ada orang jual ikan tengah hutan ni.. Tapi betul jugak. Mana dia dapat ikan..?" kata sorang team gamma.
"Kau fikir Muzamil tu siapa? Dia tu lagend tau tak. Lau tak takkan orang gelar hero kelab kembara. Dia tu kalau campak dalam hutan sorang-sorang pun dia boleh hidup.." kata Odie.
"Mana kau tahu!?" Soal salah sorang perempuan.
"Daniel, ketua pengawas kita. Diorang pernah sesat masa ikut kem macam ni masa form 3. And then, diorang selamat, seminggu jugak la diorang sesat. Muzamil la yang bantu cari jalan keluar and bertahan hidup dalam hutan.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.