BAB 23: Farh'ien Muzamil - III

90 4 0
                                    

"Assalamualaikum," ucap Muzamil yang baru tiba dari kebun.

"Haa! Azam. Dah besar pun kamu.. Mari sini." ujar Pak Long Salim melihat anak buahnya dah besar. Lama di tidak berjumpa. Hampir 2 tahun beliau berkelana di tanah seberang.

"Eh Pak Long, bila sampai.." tanya Muzamil teruja.

"Barusan saja. Wah.. Lihat kamu sekarang. Dah besar panjang. Tampan dan segak. Jadi, bagaimana sekarang.. Takkan masih tiada suri peneman di hati.." kata Pak Long Salim bergurau.

"Ah.. Rupa buruk.. Siapa yang mahu dijadikan peneman." kata Muzamil malu.

"Ah.. Kamu itu yang jual mahal, lihat saja kamu ini. Kekar lagi tampan. Masakan tidak ada yang mahu menjadi ratu sang pangeran agung kayaknya. Loh ganteng banget sih. Hahaha.." puji Pak Long Salim.

"PakLong terlalu lama di negeri orang.. Azam cuma sang pungguk sekadar di pinggiran. Lagipun belum masanya mahu berpacaran seperti orang berkasih. Makan minum masih bertanggung, ada hati mahu tanggung anak orang.." kata Azam mencebik.

"Hahahaha.. Merajuk pula.." kata Pak Long Salim

"Sudah-sudah la tu. Cari duit dulu baru nak berumah tangga. Umur baru setahun jagung sudah fikir nak berbini. Kebulur anak bini dapur tak berasap." kata ayahnya pula. Mereka pun ketawa kecuali Muzamil.

"Sudah-sudah la tu main-mainkan budak tu. Ni ha minum kopinya. Azam, pergi mandi, nanti kita makan bersama." arah ibunya seraya dia pun turun ke perigi.

"Lama merantau ke tempat orang. Sudah ada ke bunga idaman. Bila lagi nak berbini. Umur tu dah kian lanjut. Sudah-sudahlah tu merantau. Tak cukup lagikah apa yang dicari...!?" kata Mak Melur pada Abangnya itu.

"Ahh.. Itu yang engkau risaukan. Apa sudahku katakan dulu. Aku memang suka merantau. Bagiku hidupku tak bererti jika aku tidak menjelajah ke tempat baru. Sudah aku katakan pada arwah ayah dulu, aku pergi bukan kerana menolak tradisi leluhur, tapi aku mengembangkannya. Tahukah dikau sepanjang aku merantau, berapa banyak ilmu yang berjaya ku timba.. Ada banyak lagi ilmu yang masih belum terungkai. Banyak cara pengobatan baru yang aku pelajari. Jika aku ceritakan pasti kalian tidak terhitung. " kata Salim.

"Tapi perlukah belayar sehingga ke benua asing. Dinda dengar mereka ganas dan tak punya belas. Mereka jahat dan hanya mahukan kekayaan negeri kita. Lihatlah apa yang terjadi pada Melaka dan Singapura. " kata Mak Melur.

"Ah.. Usah di khuatirkan. Aku merantau bukan untuk kuasa. Aku cuma dahagakan ilmu. Itu saja. Aku tidak lupa akan asal usulku. Darah yang mengalir dalam tubuh ini adalah darah yang sama dengan Farahin Satin, dukun diraja yang termasyhur. Aku ke sana bukan apa-apa. Lagi pun bukan aku seorang bangsa melayu yang sudah ke benua itu. Ramai lagi bangsa melayu yang telah sampai ke sana. Ingin sekali aku jejakkan kaki ke Mekah. Tapi, apakan daya.. Belum ada rezeki. Jika aku mampu waktu itu, alangkah bangga nya dapat juga aku mengerjakan umrah." kata Salim lagi.

"Jadi kau ke negeri mana waktu itu..?" Soal Dukun Ammar.

"Ke Turki, empayar uthmaniah yang masyhur. Engkau tahu.. Di sana ada pakar perubatan yang melakukan pembedahan pada orang sakit." kata Salim. Dukun Ammar mengangkat muka. Gulungan sirih yang diadunnya juga terhenti.
"Pembedahan? Apa itu.." tanya Dukun Ammar.

"Pembedahan.. Maksudnya rawatan dengan cara membelah tubuh tanpa rasa sakit.." kata Salim. Perkara itu menarik minat Dukun Ammar.

"Tak matikah. Ilmu apa yang dia gunakan..?" soal Dukun Ammar teruja.

"Tidak.. Aaa.. Itulah hebatnya perubatan di sana.. Mereka gunakan ramuan ubat...." maka Salim pun menceritakan pengalamannya sepanjang berada di rantau orang. Segala ilmu dikongsikan bersama. Mak Melur dah lama ke dapur bila mereka membuka cerita tentang pengalaman Salim bersama suaminya. Dia tidak berminat.. Hal orang laki-laki.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now