Terkejut Tengku Zaleha kerana sangkakan ayahnya berada disitu. Rupanya sebuah potret besar. Dia ingat lagi dulu gambar datuknya di situ. Sekarang ayahnya pula. Semua ketua keluarga akan menghiasi bingkai besar tu.
Lampu didekatkan.
Maka teranglah segala di dalamnya. Gambar salah silah keturunan yang di lukis sehinggalah gambar foto hitam putih. Selama ini dia tak ambil kesah pun biarpun dulu sering ditunjuk oleh ayahnya.
Siasatan dimulakan. Tak sangka gambarnya juga berada di urutan terakhir. Dia menyusur akar, namun berakhir sehingga Haji Karim. Tiada gelaran Tengku.
"Sudah ku duga. Pastinya..." tiba-tiba dia agak hairan. Gambar- gambar diatas tidak bersambung dengan Haji Karim. Malah semuanya berpangkal Tengku. Dan gambar mereka pudar, gambar lukisan. Salasilah diatasnya semuanya berketurunan Tengku. Hinggalah tiada gambar dan cuma nama saja. Sepertinya kerabat diraja.
"Eh.. Siapa Haji Karim ni. Dan mengapa dia tidak bersambung dengan sebelumnya. Seperti sengaja dipisah.
Dan orang terakhir sebelum haji Karim adalah..
تڠکو اففي
Gambarnya juga jelas, namun cuma dia seorang saja. Dan rupanya masih muda berbanding yang lain.
Selepas Haji Karim barulah semua tidak bergelar Tengku. Hairan. Apakah Haji Karim bukan berketurunan Tengku. Dan, jika dilihat, seperti salasilah berakhir pada Tengku Affie.
Dan sepertinya Haji Karim memulakan salasilah yang baru. Hairan. Ditenungnya lama lama gambar Tengku Affie. Gambar itu seperti sengaja bertukar jelas. Dan agak terkejutnya gambar tu. Seperti pernah dilihat sebelum ini. Direnungnya betul-betul.
"Mustahil" kata Tengku Zaleha.
*********************
Perang dingin antara Tengku Zaleha dan Arief masih berlarutan. Sudah sebulan mereka tak bertegur. Semuanya kerana perkara yang berlaku malam tu..
Sebulan yang lalu.
Arief sedang memeriksa bunga, mencari kumbang. Tiba-tiba disergah Tengku Zaleha. Tapi tak dilayan.
"Abang.. Leha ada benda nak cakap. Tahu tak yang Leha bukan berdarah Tengku. Makanya, kita boleh bersama.. Ayah perlu terima. Dia tiada hak untuk menghalang. Kerana dia juga bukan berdarah Tengku. Betul tak?" kata Tengku Zaleha.
"Miskipun bukan Tengku sekali pun, ayahmu masih punya hak. Sudah. Lupakan. Sudah ku pesan jangan dibahas lagi. Aku menganggapmu seperti adikku sendiri. Apa kau tidak mengerti aku raksasa. Aku bukan manusia biasa." kata Arief.
"Seperti mana kata ayahmu waktu itu..? Sudahlah. Leha tahu abang ada masalah dengan ayah abang. Takkan abang percaya." kata Tengku Zaleha.
"Semestinya. Orang tua tu tak pernah berbohong. Apa yang ingin dikatakan, cuma perlu lepas tanpa ada yang perlu selindung. Dia akan berkata tanpa tapis. Aku tak hairan. Bersungguh-sungguh dia masa tu.." kata Arief.
"Mengapa abang selalu berbicara seperti itu..? Apa abang tidak rasa cintakah pada dinda. Apa selama ini hanya dinda saja yang bertepuk sebelah tangan. Hari ini.. Dinda mahu kata putus. Apakah abang cintakan dinda..?" kata Tengku Zaleha.
"Tidak!" pantas jawapan diberikan.
"Mengapa!? Sampai hati abang.. Abang jahat. Sanggup lukakan hati dinda. Abang kejam. Dinda takkan lawin dengan sesiapa pun. Dinda akan tunggu abang. Jika abang tak mahu tak mengapa. Dinda akan membujang sampai ke tua."
Pang!
Pipi mulus Tengku Zaleha merah. Dia tergamam.
"Apa yang ku katakan benar belaka. Apa kau tak mengerti? Aku tidak mencintaimu langsung. Tiada secebispun rasa cinta. Ingat! Kau dan aku hanya antara majikan dan pekerja. Bukan pasangan kekasih. Jaga pantangmu. Jangan anggap pekerjamu bagai sampah. Kami juga punya maruah. Ini aturan kami sebagai orang bawahan. Kami juga punya peraturan. Jangan ganggu kami bekerja. Dan lagi satu. Aku tak punya masa bercintaan seperti pasangan kekasih. Hidupku punya satu tujuan. Balas dendam. Demdam ku pada lelaki tu takkan pernah padam. Sudah..! Pergi masuk.. Sekarang!" bentak Arief. Tengku Zaleha berlari sambil menangis. Tak sangka Arief yang periang akan memarahinya.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.