BAB 31: Farh'ien Muzammil - XI

78 6 0
                                        


1796, Tanah Melayu.

Sudah seminggu Salim tiba di tanah melayu. Sekembalinya membawa khazanah yang dijanjikan. Sebaik saja kapal berlabuh, segera bergegas pulang ke kampung dengan harapan yang dia masih belum terlambat. Alangkah leganya bila Azam masih hidup.

"Kau pastikah mahu lakukan ini. Lain benar cara pengubatannya." kata Dukun Ammar.

"Jika kau punya cara lain.. Katakan pada ku sekarang. Kau tahukan berapa lama aku belayar demi senaskah buku ini. Meredah samudera, merentas gunung-ganang, menempuh salju membeku. Aku boleh mati jika azamku tidak sepertinya. Siang malam aku tekun belajar terjemah buku ini. Bila pulang kau membantah. Katakan jika kau punya cadangan yang bijak. Akan aku lakukan sekarang.." bentak Salim.

"Sudahlah.. Mengapa perkara ini dibawa bertengkar. Jika ini jalannya lakukan saja." kata Mak Melur.

"Tapi.. Kita tidak tahu intisari buku ini. Entah baik atau tidak." kata Dukun Ammar.

"Baik! Biar aku berterus terang. Penyakit ini tidak ada ubatnya. Aku bukan bersenang lenang disana. Ramai ilmuan dan pakar perubatan cuba mengubati penyakit ini. Tapi semuanya gagal. Semasa di Istambul mereka masih mengkaji penyakit ini. Tapi semuanya berakhir dengan kematian. Khabarnya setakat ini, ada pakar mengatakan cara pengubatan dengan menebuk tubuh. Sanggupkah kalian melihat Azam ditebuk tubuhnya. Rata-rata penerintahnya melarang keras. Lagi pula keselamatannya tak terjamin. Ada penyakitnya di kepala. Apakah kepala dibelah orang itu masih hidup." kata Salim geram.

"Jadi! Apa korban yang di mintanya.. Kambing, ayam putih.. Beras basah? Jika bahasanya pelik dan aneh, sukar difahami, tentu saja ianya sihir. Apa kau tidak mengerti" soal Dukun Ammar yang masih mahu bertikam lidah.

"Apakah kau faham dengan ayat di dalam buku ini..? Bacanya sekarang. Tiada langsung mentera sihir. Cuma penyediaan ramuan. Tiada korban persembahan. Tiada sebarang perjanjian. Aku sudah mengkajinya sepanjang pelayaranku. Apa kalian masih ragu." kata Salim.

"Jika benar mengapa tiada orang yang lakukan apa yang terkandung di dalam buku ini. Mengapa!?" kata Dukun Ammar.

"Kerana mereka tidak bertamadun. Mereka nampak maju tapi hakikatnya mereka masih ditakuk lama. Tiada kesepakatan, hidup berpaksikan kepercayaan lama. Tahukah bahawa mereka percaya bahawa demam itu berpunca daripada syaitan..maka diberi minum air suci. Mereka lebih percayakan air suci dari pakar perubatan. Hanya di kota besar saja yang tidak percaya akan semua itu. Lagi pula, saya sudah menyaksikan sendiri akan kebenarannya. Orang mati dihidupkan kembali.." kata Salim.

"Apa mungkin itu berlaku..?"kata Dukun Ammar.

"Benar saja. Di dalam buku ini ada seribu satu rahsia kehidupan. Apa yang saya kaji cuma satu. Ada seribu lagi rahsia yang belum dirungkai. Tapi saya akui apa yang kau cuba sampaikan. Buku ini bukan sempurna. Bergantung pada niat si pengamalnya. Sama seperti pengubatan, jika salah mengubat boleh menjadi racun. Sama seperti pengamal sihir. Jika benar mereka punya ilmu tinggi. Mengapa tidak diguna menentang musuh durjana. Bukankah bagus jika dimanfaat bersama. Jika disalah guna kelak membawa bencana. Kerana kejahilan mereka ilmu itu menjadi terlarang. Tapi, ilmu ini bukan percuma. Atau dilakukan sembarangan. Ianya perlu mengikut adunan dan panduan yang ditetapkan, segala ramuannya, bahannya perlu betul dan ikut sukatan. Jika tidak berhati-hati kelak membawa bencana. Kita tak tahu apa yang terjadi." kata Salim.

"Jika begitu masih mahu teruskan?" kata Dukun Ammar.

"Iya! Saya sudah lama mengkajinya, bukan itu saja. Saya sudah kaji sejarahnya. Kebanyakan kejadian yang bertukar bencana kerana sifat tamak dan inginkan kuasa. Maka, segala yang dititik berat tidak diambil kira. Mereka tidak mengikut panduan yang betul. Di dalam buku ini ada banyak pelerai sumpahan tapi. Kerana ilmu yang salah.."

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang