BAB 15: Gagal

125 5 0
                                    

PANG!! PANG!! PANG!! PANG!! PANG!!

Serangan orang tu terhenti apabila dia ditembak secara tiba-tiba. Namun, tembakan tu tak memberi kesan apa-apa padanya. Dia pandang kearah lelaki yang cuba tembak dia dan saat mehu mengerang, dia ditendang curi oleh Razak. Orang tu terdorong ke belakang.

Razak bingkas bangun, dan ingin menyerang tetapi dibatalkan bila nampak Chief Inspektor Razif tembak semula orang itu.

"AARRRRHHH" Jerit Chief Inspektor Razif diikuti bunyi beberapa das tembakan. Orang itu seakan terbatas pergerakan. Dia lari ke tepi tembok dan melompat keluar dari bangunan parking, mereka berdua mengejar. Yang mereka nampak orang tu bergayut seperti spiderman lalu hilang di udara.

"Cis.. Tak guna!!" bentak hati Razak.

"APA BENDA TU RAZAK!!? DIA TU... DIA TU.. APA!!? PELURU TAK BER KESAN, DIA PAKAI BAJU KALIS PELURU KER!!?" soal Chief Inspektor Razif yang terkejut dengan kejadian itu. Sepanjang beliau berkhidmat dalam pasukan polis, ini adalah kali pertama dia berhadapan dengan situasi ini. Dalam hatinya masih tertanya-tanya siapakah gerangan orang tu. Kenapa dia serang Inspektor Razak. Adakah orang tu mempunyai kaitan dengan kes yang mereka siasat. Dan.. Adakah juga misi under cover yang mereka jalankan sudah terbongkar?.. Macam-macam persoalan bermain di mindanya.

"Aku rasa... YER..!" jawab Inspektor Razak.

"First time aku jumpa penjenayah macam tu. Suits kalis peluru dia tu canggih. Kau... Pernah jumpa apa-apa macam tu?" soal Chief Inspektor Razif.

"Tak.. Aku pun sama. Terima kasih Razif, kau dah selamatkan aku. Btw kau macam mana boleh jumpa kat sini?" soal Inspektor Razak.

"Aku kan kena jaga kau. Kau jalankan misi bahaya. Lagi pun aku memang nak jumpa kau, nak tahu pasal maklumat baru tapi lain pulak yang aku dapat. Masa aku naik tadi, aku terdengar orang mengerang. Aku sampai jer dia dah nak bunuh kau, aku tembak. Tapi tak berkesan. Macam kebal. Pertama kali aku berdepan situasi ni." kata Chief Inspektor Razif.

"Nampaknya penjenayah ni hebat. Kes kita makin berat." kata Inspektor Razak.

"Ye.. Kau ok Razak!? Siapa orang tu.. Kenapa dia serang kau..!?" soal Chief Inspector Razif.

"Entahlah Razif. Mungkin dia ada kaitan dengan penjenayah yang kita siasat.. Mungkin seorang pembunuh upahan.." Kata Inspektor Razif yang cuba berdalih. Dia tak mahu rahsianya terbongkar. Walaupun dia tahu siapa orang tu, biarpun dia tak mengenalinya, tapi dia tahu motif dan tujuan orang itu, seorang hunter. Motifnya hanya satu. Menghapus kaum sepertinya. Apapun, belum masanya lagi rakan baiknya tu mengetahui rahsia tentang dunia underworld.

"Maksud kau.. Rahsia misi kita dah terbongkar..!?" kata Chief Inspektor Razif.

"Mungkin juga, atau langsung tiada kaitan dengan kes yang kita siasat." kata Inspektor Razif.

"Maksud kau..!?" soal Chief Inspektor Razif kehairanan. Bagaimana pula Razak boleh katakan ia tak berkaitan langsung dengan kes yang mereka siasat. Kemudian dia mengekori inspektor Razak ke keretanya. Dia perhati ada banyak lubang dan dia perasan ada sesuatu terbenam pada dinding kereta. Dia pandang Inspektor Razak.

"Tengok ni... Ini bukan kerja penjenayah biasa. Ini kerja orang profesional. Dan.. Ilmu kombat dia sangat tinggi." kata Inspektor Razak. Chief Inspektor Razif dah terkejut dengan keterangan rakannya. Di pakai sarung tangan lalu mengambil bahan bukti yang terlekat pada dinding kereta.

"Kau betul.. Nampaknya dia bukan penjenayah biasa. Macam pembunuh upahan profesional." kata Chief Inspektor Razif sambil membelek benda seperti Shuriken tu.
"Macam cerita Assassin." katanya lagi.

"Pasal kejadian malam ni.. Kita kena laporkan pada Tuan Fattah. Apa pun masih terlalu awal kita nak buat andaian sama ada penjenayah yang kita siasat terlibat atau tidak." kata Inspektor Razak.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now