BAB 9: King Vs Kiva

147 9 1
                                    

"Munirah! Mak nak ke hujung kampung sebelah. Anak Mak Senah tu nak bersalin. Jangan lupa angkat kain ampaian kalau hujan."pekik Mak Melur.

"Baik mak!" jawab Munirah dari dapur sebelum naik ke bilik adiknya. Adiknya terbaring kaku seakan tak bernyawa. Terus terlepas segala yang dipegangnya.

"AZAM! AZAM! BANGUN AZAM BANGUN.." teriak Munirah sambil menggoncang tubuh adiknya. Air matanya dah berjurai.

"Arrrrhh!!" pekik Muzamil seraya bangun dari lena.
"Apa ni kak. Sakitla.." kata Muzamil sambil mengomel sebab sakit seluruh badan.

"Akak ingat kamu dah mati.." kata Munirah dalam tangis. Lalu matanya diseka Muzamil. Munirah terus peluk Muzamil. Menggeletar tubuhnya menahan sakit tapi dia cuba tahan. Tak sampai hati mahu membiarkan  pelukan kakaknya terlerai.
"Jangan takutkan kakak lagi.. Kakak tak sanggup kehilangan kamu. Kenapa tak bergerak bagai orang mati. Kakat takut." kata Munirah risau.

"Azam.. Memang dah mati kak.." kata Muzamil perlahan.

Pang!

“Aduh! Apa ni kak!" kata Muzamil seraya ditampar kakanya.

"Kenapa kata begitu? Adik kakak masih hidup. Jantung adik masih berdenyut. Adik masih ada depan kakak. Adik masih boleh makan masakan kakak! Kenapa cakap macam tu!" marah kakaknya.

"Tapi masa Azam dah terhenti. Azam nampak hidup, hakikatnya mati. Azam dah mati kak. Azam dah mati! Azam bukan lagi adik kakak yang dulu. Azam sepatutnya mati tujuh tahun dulu. Azam patut mati sebab penyakit Azam. Azam mati sebab sakit!...... Ni bukan Azam! Ini... Ini jembalang! Ini.. Ini hantu! Azam bukan manusia! Ini bukan Azam.. Ini bukan Azam.." kata Muzamil bagai orang meracau. Dia jauhkan diri dia ke bucu bilik dan memeluk lutut sambil menangis.

"Azam! Tidak kisah Azam ni apa? Azam masih bernyawa, Azam hidup! Itu sudah cukup untuk kakak. Kakak, ibu dan ayah tak sanggup kehilangan kamu lagi. Cukuplah kami menderita, kami tak nak kehilangan kamu lagi." kata Munirah sambil peluk Muzamil. Keduanya sama-sama menangis.

"Kakak, rasanya Azam takkan lama lagi tinggal dekat kampung ni. Satu hari Azam kena pergi juga. Pergi jauh, Azam akan bahayakan keluarga kita." kata Muzamil pada kakaknya.

"Azam mahu ke mana? Jangan pergi mana-mana, Azam dah tak sayang kakakkah? Dah tak sayang ibu? Tak sayang Ayah? Sanggupkah adik pergi tinggalkan keluarga. Ayah dah tua kemana adik mahu pergi. Adik harus bantu ayah. Adikkan mahu jadi ketua keluarga."kata Munirah cuba memujuk adiknya.

"Tidak kakak, semakin lama adik disini, hidup kita semakin bahaya. Adik tidak mahu keluarga kita ditimpa musibah. Keluarga kita akan mendapat susah. Orang kampung tak buta kakak. Lihatlah Azam. Sepatutnya Azam sudah seumuran dengan pemuda-pemuda kampung. Tetapi Azam masih terlihat muda, seumuran anak belia. Lebih-lebih lagi si Samat. Dia tidak suka dengan Azam. Cuba kakak fikir, bukankah si Samat itu seumuran dulu dengan Azam. Kini dia sudah membesar menjadi pemuda kampung. Sudah tentu dia perasan, malah sudah mulai curiga dengan kita. Lihatlah semalam, beria benar mahu menghalau kita keluar dari kampung. Dia tidak bodoh kakak, dia seakan sudah curiga akan keanehan Azam. Lagipun kakak, sudah banyak kali dia cuba membongkar rahsia kita. Hanya menunggu peluang agar rancangannya berjaya." terang Muzamil.

"Tapi kalau Adik tidak menonjol diri, tidak akan mendatangkan syakwasangka. Rahsia kita akan selamat. Mereka tidak punya bukti  untuk menyatakan kebenarannya. Pandai makan pandailah simpan. Hanya kita yang tahu. Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut." kata Munirah lagi.

"Tetapi sampai bila! Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kita ini ibarat telur hujung tanduk. Telur busuk, dibiar lama pasti berbau. Mahukah kakak keluarga kita hidup ibarat kambing di dalam biduk. Ditambah pula, adik bukan lagi diri Azam. Siang Azam adalah Azam. Waktu malam, Azam bukan adik, Azam jadi orang lain. Azam tak boleh ikut kehendak Azam. Tubuh ini bukan milik Azam." kata Muzamil.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now