BAB 13: Lycans

182 5 0
                                        

Di suatu kawasan hutan belantara.

Dari jauh kedengaran bunyi serigala menyalak, bersahut-sahutan. Diikuti kawasan lain, dan juga kawasan lainnya.

Auuu... Auuu... Auuu..

Bunyi nyalakkan kawanan serigala memecah kesunyian hutan belantara yang gelap, biapun bulan cerah pada malam itu. Bersahut-sahutan seakan pesta menyalak, semakin lama semakin banyak dan semakin kuat. Bunyi-bunyian itu juga mengejutkan haiwan-haiwan lain yang sedang beradu, mereka juga bertempiaran lari.

Auuu.. Auuu.. Auu.. Auu.. Auu.. Auu..

Bunyi itu makin kuat dan dekat. Begitu juga kawasan lain, saling bersahutan dan seperti sedang menuju ke satu arah.

Prak! Buk!

Kedengaran bunyi ranting patah, dan juga sesuatu jatuh.

Sik.. Sik.. Buk.. Buk.. Buk.. Buk.. Buk..

Bunyi sesuatu yang sedang meredah dan cuba keluar dari semak, diikuti bunyi sesuatu berlari. Seakan lari dari  sesuatu. Bunyi salakan, juga bunyi seakan mengaum semakin jelas. Derapan kaki juga jelas seperti kawanan haiwan yang sedang berkejaran. Seekor serigala melompat keluar dari semak lalu mendarat pada batang pokok tumbang yang agak tinggi.

Auu.. AUUuu...!

Ia menyalak dan memandang ke belakang. Beberapa ekor lagi juga melompat keluar sari semak dan hanya melewati yang seekor ini pergi meninggalkannya, diikuti kawanan-kawanan lain maju ke hadapan dengan pantas.  Bunyi salakan bersahut dan derapan kaki mereka seperti pemangsa yang mengejar musuh. Serigala yang seekor ini pandang semula kedepan dan menyalak lagi seperti memberi arahan, lagak seperti ketua turut serta bersama kawanan lain mengejar mangsa.

Di hadapan, seorang lelaki berlari pantas meredah hutan belukar yang gelap, serta bahaya. Tapi itu bukan halangan bagi dirinya. Dengan segala skill dan stamina yang kuat, dengan mudah dia mengelak, menyusur, melompat, dan merempuh segala halangan yang mengganggunya. Tidak mudah bagi orang biasa tapi tidak bagi dirinya. Kini di hadapannya ada sebatang pokok tumbang yang besar menghalang laluannya. Dia berlari pantas lalu melompat tinggi ke udara. Dalam pada itu, sempat di toleh ke belakang. Dia tersenyum sendiri.

"Hahaha... Lambatnya korang ni.. Marilah kejar aku. Hahahaha.. " kata lelaki tu.

Kawanan-kawanan serigala tu sudah mula bersatu dan semakin dekat menghampiri. Salakan mereka bergema. Mereka dah berkumpul mengejar lelaki itu.

"C'mon! Faster!" kata lelaki itu mencabar. Seekor daripadanya berwarna hitam melompat pantas melayang keatas lelaki itu. Tapi lelaki tu perasan dan sempat mengelak. Peluang itu dia ambil dan menamparnya jatuh.

"Nice try.. Come on, try to get me! Dog!" kata lelaki itu mengejek kawanan serigala yang mengejarnya. Serigala-serigala tu seakan faham lelaki tu sedang mengejek mereka. Dia ketawa sambil berlari. Ada batang kayu melintang di hadapan.

"Ok guys.. LET'S JUMP!!!! HAHAHAHA!" laung lelaki itu. Tiba-tiba..

Prek!!

"ALAMAK!" kata lelaki itu terkejut. Dia bercadang mahu gunakan batang kayu itu sebagai batu loncatan. Tapi malangnya kayu tu dah reput. Hampir saja dia jatuh tapi berjaya kembalikan momentum tubuhnya.
Malangnya, kelajuannya dah berkurangan. Kesempatan tu membuka peluang serigala-serigala tersebut menerkam lelaki itu. Tapi dia bukanlah orang sembarang. Sambil berlari di berjaya elak serangan- serangan kuku dan gigi tajam yang menyasar padanya.

"Urhh! Erhh!" Dia mengelak setiap serangan. Tak semena satu daripada kuku haiwan tersebut mencalar lengannya.

"This is not good! This is bad. Very-very bad!" kata lelaki itu yang menyedari dirinya dalam bahaya. Serigala-serigala itu semakin ganas. Lelaki itu melompat lalu bergayut pada dahan pokok. Hampir saja kakinya di baham. Menyedari mangsanya akan sesuatu, mereka seakan terhidu bau secebis ketakutan di dalam diri mangsanya, dan mula mengatur langkah. Mereka melompat-lompat cuba membaham kakinya.

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang