Tit.. Tit.. Tit.. Tit..
Bunyi alarm dari handphone menandakan waktu subuh. Matanya berat sekali untuk dibuka.. Semalaman dia buat research pasal vampire.. Banyak la juga maklumat yang dia dapat walau sebahagiannya seperti tak sahih. Kebanyakkannya sama seperti maklumat dalam filem. Akibatnya dia lewat tidur. Rasanya baru dua jam lebih.. Walau bagaimana pun dia bangun juga untuk tunaikan solat subuh. Lepas mandi dia siap pakai baju melayu warna gold lalu tunaikan solat subuh seperti biasa. Selesai saja di lompat atas katil baring semula.. Tapi tak tidur. Hanya pejam mata..
Huh! Dia mengeluh panjang. Kepalanya ligat berputar peristiwa yang berlaku semalam. Masih cuba hadam untuk mempercayainya. Dari mula saat dia rasa macam dah hilang kawan, sampai dia sendiri rasa macam nak buang kawan. Who is not surprised to know that your friend is not normal. Bukan biasa-biasa tak normal.. Setakat Autisme tu boleh terima lagi, atau kena gigit labah-labah radioaktif dan dapat super power, atau pun dia seorang Mutan ada kuku adamentium like wolverine.. Tapi, ini luar biasa tak normal.. Sesuatu yang dia langsung tak terfikir dan masuk akal akan kewujudannya. Wujud sebagai sesuatu yang ditakuti. Bukan diminati.
"Haha.. Hahaha.. Hahahaha.. Hahahahahahahahaha!!! Gila.. Gila.. Dunia ni betul-betul dah gila.. Selama ni.. Aku kawan dengan vampire..!? Vampire penghisap darah.. Vampire yang dah berumur 239 tahun.." kata Daniel sendiri sebab dia dah tanya budak tu tentang umur. Dia kata 17 tahun. Arief cakap dia bohong. Lepas kena tampar sebab tak cakap jujur baru la dia mengaku. Tu pun tergagap nak jawab. Memang dia tak boleh nak brain.. Selama ni dia kawan dengan orang tua. Sangat tua.. Dalam sejarah manusia.. Dia tak menyangka budak tu selama ni nampak normal. Rupanya ada rahsia besar yang dia simpan.
Tetiba dia rasa seram. Dia teringat balik satu moment dulu saat dia terserempak Muzamil minum air merah. Sangkaannya masa tu ternyata benar walau hanya dalam gurauan. Air merah yang dia bawa hari-hari tu.. Tapi dia pernah rasa juga..
"Patut la perangai kau aneh selama ni.. Tak sangka makhluk macam kau wujud dan hidup bersama aku.. Kau ni sebenarnya jahat atau tak.. Kalau baik sekali pun tetap ada kejahatan dalam diri. Biasa dalam filem macam tu la.. atau sebenarnya different." katanya sendiri. Tetiba dia rasa macam nak bawa bincang dengan sesiapa.. Dia jadi penasaran untuk mengetahui rahsia makhluk-makhluk ni. Tapi siapa..? Teringat pula apa yang Muzamil cakap semalam.
Flash back.
Muzamil bergayut dekat palang taman permainan tu. Si Arief pulak kena paksa beli Mcd, mula-mula beria budak tu tak nak sebab berkeras tak nak ikut cakap vampire.. Jadi hamba vampire la.. Last perut dia yang bunyi sebab lapar. Masa kat kafe dia tak nak makan. Minum kopi je. Tapi bila kat luar tau pulak lapar. So, terpaksa la dia pergi sebab malu.
Lepas si Arief pergi baru dia tersedar, yang dia sekarang ni tinggal berdua dengan vampire si penghisap darah. Hatinya mula gundah, risau, takut, tak tenteram.. Sedangkan selama ni.. Elok je dia tinggal berdua dengan budak tu.. Masa dalam hutan.. Elok lepak berdua.. Tapi sekarang.. Dia nampak budak tu.. Different.. Tetiba dia rasa seram sejuk.. Peluh dingin meleleh.. Gentar.. Apatah lagi bila Muzamil buat muka serius..
"Daniel.." tegur Muzamil yang masa ni tengah main bar. Tapi budak tu mengelamun..
"ehem!''"Ha.. Hah! Aaa.. Apa.. Apa dia..?" kata Daniel gagap. Muzamil dah jeling budak tu dengan pandangan yang padanya mungkin agak menakutkan..
Kedengaran seperti dia mendengus..
"Daniel, kau.. Takut aku erk?" kata Muzamil. Daniel macam tersedar sesuatu.
"Eh.. Er.. Ma.. Mana ade.. Aku biasa je.. Ok jer.. Haha..." jawab Daniel pura-pura berani. Muzamil lompat turun.. Dia datang rapat dengan Daniel. Tanpa dia sedari automatik dia undur ke belakang sampai terlanggar kerusi.. Berderau darah budak tu.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.