Hari di sekolah yang membosankan. Apa yang diajar oleh cikgu didepan langsung tak manarik minatnya. Cara penyampaian cukup hambar. Bukanlah nak berlagak sebab dia dah belajar lebih 10 kali. Tapi jika penyampaiannya bagus, dia sendiri berminat mendengarnya biarpun 100 kali di ulang.
Kriiinngg!!! Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin mengejar ayam. Apa yang spesialnya ayam tu pun tak tahu. Dia berjalan menuju ke kios. Membeli air coke lalu beredar ke pondok cendawan tempat dia beristirahat, nak duduk kelas tak boleh. Waktu masih panjang, so tu jela yang dia boleh buat. Nak pergi library tutup pulak. Mana pergi PPS pun tak tau. Tak buat kerja ke ape. Lagi pun pusat sumber mana boleh awak air.
"Woi Zam! Macam sedap je air tu. Aku dahaga la mintak sikit..panas la" satu suara datang menyergah dari belakang. Suara yang biasa dia dengar dan dah lali. Siapa lagi kalau bukan Ungku Gibran. Pelajar hot, budak ragbi, kaki ampu dan kaki buli merangkap classmate, yang sering menjadikan dirinya sebagai mangsa. Tanpa menunggu jawapan atau kebenaran, air Muzamil dirampas, diteguk hingga habis sebotol tanpa tinggal sedikit pun.
"weh sedap la air kau. Aiseymen. Dah habis la.. Weh aku belanja kau esok erk.. Terhabiskan la pulak. Kau la ni kamal! Bukan nak ingatkan aku. Kan dah habis..! Hahahaha." katanya lagi tanpa rasa bersalah sedikitpun.
"Weh! Kau dengar tak ni? Aku tanya jawab la..! Pekak ke!?" soal Ungku Gibran sambil tolak-tolak kepala Muzamil. Dia just diam je tak melawan.
"wei Zam! Gibran tanya elok-elok tu.. Jawab je la.. Aku bagi karang.. Jawab la bodoh!" kata salah sorang anak buah Ungku Gibran a.k.a tali barut, kuli batak serta pencacai tukang jilat kasut kepada anak orang kaya sri bentan sorang ni."Haish! Aku dengar la..!" jawab Muzamil.
"Haa! Ade mulut.. Ingatkan bisu ataupun pekak.. Hahaha. Dah tu, tak reti nak cakap terima kasih!? Aku nak belanja esok! Cuba la jadi manusia tu bersyukur sikit! Macam tu la nak hormat orang!! Ha! Orang tolong, hormat, aku cakap, hormat.. Barula hidup, selamat!... Ade macam iklan tak..? Hahaha.." kata Ungku Gibran sambil ditolak-tolak kepala Muzamil lagi setiap kali menghabiskan ayat. Anak buahnya pun ikut ketawa.
"Hoi!! Korang buat apa tu haah!?" tiba-tiba ada suara mencelah di balik ketawa mereka.
"Tak habis-habis lagi nak buli orang.. Blah!!!""Well..well..well..En.Pengawas dah datang la.. Dah..dah korang. Jom.. Jom blah.. Gerak! Gerak!" arah Ungku Gibran kepada anak buahnya.
"Semak je lah kau ni Daniel." kata Ungku Gibran sejurus melanggar bahu Pengawas tu sebelum pergi. Daniel hanya memandang mereka sebelum hilang di balik bangunan. Dia menggeleng kepala dengan perangai mereka yang suka membuli pelajar-pelajar sekolah. Dia mengeluh sebentar."Kau ok tak. Ape je dia buat kat kau?" soal Daniel selaku Ketua Pengawas di sekolah itu.
"Takde apelah, dia just minum air aku jer... Don't worry. Takde ape-ape yang serius berlaku." kata Muzamil selamba.
"Kau ingat aku tak nampak? Dia main-main kepala kau, kau boleh biar jer. Takkan kau tak marah kot!? Dah lama aku perhatikan kau. Kau ni bagi muka sangat kat dia. Tu pasal la dia pijak kepala kau..!" kata Daniel lagi. Dia simpati dengan Muzamil kerana selalu dibuli oleh Ungku Gibran.
"Biarlah.. Bukan ape pon.. Buat ape aku nak layan perangai budak-budak rebena tu. Buang masa. Nama pun budak-budak." katanya dengan tenang.
"Ish kau ni... Takde perasaan ke? Dia buli kau kot. Takkan la kau tak marah!?" soal Daniel lagi.
"So.. Kau nak aku buat apa? Belasah dia? Boleh je, kacang. Tapi nanti nama aku pulak yang naikkan. Budak tu yang buli tapi aku pulak yang kena tindakan disiplin. So.. Perumpamaannya ibarat, takde bala cari bala.." terang Muzamil kepada Daniel.
"Bukan la aku suruh kau sampai tahap belasah sepupu aku tu. Tapi jadi tegas. Tegas dengan dia, so takde la dia asyik buli kau." terang Daniel lagi. "Selagi kau tak melawan selagi tu la dia pijak kepala kau. Aku kesian tengok kau hari-hati kena buli dengan dia. Tu yang aku nampak. Yang aku tak nampak?" kata Daniel memberi nasihat kepada Muzamil.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.