BAB 27: Farh'ien Muzamil - VII

67 4 0
                                    


1794, Somewhere in tanah melayu.

Setahun kemudian.

"Azam! Nanti lekas pulang ya.. Malam ini paklongmu mahu bertandang bersama isterinya. Nanti berebut dengan ayah di perigi." pesan ibunya.

"Baik mak.." jawab Muzamil.

"Adik, kalau dapat udang galah bagi akak ya..." pesan kak Munirah.

"kalau tak dapat udang galah, ketam batu pun bolehlah ya...hahaha" kata Muzamil sambil ketawa. Kakaknya dah buat muka cemberut. Di tangannya membawa joran.
"Pergi dulu kak."

Muzamil berjalan menuju sungai. Dalam perjalanan dia terserempak dengan Salwa bersama Embun dan melati, temannya satu ketika dulu.

"Apa khabar Muzamil, lama menghilang tiada berita. Ke mana perginya..?" tegur Salwa. Namun, tidak dijawab Muzamil. Hanya melewatinya.

"Mengapa dikau begitu sombong. Bukankah aku sudah menegurmu. Senyum pun tidak. Bukankah ia sayu sedekah.." kata Salwa.

"Maaf, aku tidak mengenalimu. Selamat tinggal." kata Muzamil dan berlalu pergi.

"Dia masih marahkan aku.." kata Salwa.

"Sudahlah Salwa. Anggap saja kita tidak pernah mengenali dia. Lagipun Muzamil itu seorang pendendam. Sekali dia dendam dia takkan tegur orang itu sampai bila-bila." kata Embun.

"Bagaimana kau tahu?" soal Salwa.

"Adikku bercerita. Dulu Muzamil punya kawan dari kampung seberang. Mereka berkawan rapat. Satu hari Muzamil terjumpa burung cedera. Mahu dirawatnya burung itu. Tapi kawannya telah membakar burung itu lalu dimakan. Sejak itu mereka putus kawan. Sampai sekarang Muzamil tidak menegur biarpun sudah besar." kata Embun.

"ah itu cerita lama, mungkin dia sudah tidak kenal. Maklumlah sudah besar." kata Salwa menyangkal.

"Tidak, menurut Adikku, Muzamil mengenalinya. Dan mereka pernah bersua muka. Tapi berakhir dengan pergaduhan. Perkara itu masih segar pada Muzamil. Ada orang kata Muzamil itu pelik. Dia tidak mudah percayakan orang. Sekali hilang kepercayaan selamanya dia tidak percaya. Dia pun bukan berkawan dengan orang. Suka menyendiri." kata Embun.

"Sudahlah Salwa, lupakan. Mari kita pergi." kata melati..

Sudah sejam Muzamil memancing. Baru dua ekor umpan mengena. Selebihnya ikan lundu tapi di buang semula ke sungai. Dia mengeluh panjang.

"Jauh termenung. Jangan mengeluh, itu tanda orang tidak bersyukur.." kata seseorang menegur tiba-tiba.. Dia toleh ke belakang.

"Bang Deli!! Bila abang pulang.." kata Muzamil teruja. Terlakar senyuman di wajahnya. Dihulur tangan kanannya bersalam.

"Hahahaha.. Baru kelmarin. Hari ini baru keluar rumah. Maklumlah, penat merantau. Katanya Azam sudah keluar kota, mengapa masih di sini."kata Deli.

"Ah.. Itu cerita lama. Azam ikut paklong belayar ke terengganu. Sekali saja. Maklumlah, Azam orang darat.. Tidak serasi dengan lautan. Hahaha" balas Muzamil.

"Takut dilambung ombaklah tu..?" kata Deli.

"Sebab itu tidak berumah di tepi pantai, berumah di hulu.hahaha."kata Muzamil. Deli gosok kepala Muzamil.

"Kakakmu sihat?" soal Deli. Muzamil sudah buat muka hairan.

"Mengapa tanya tentang kakakku? Bukan aku..?" tiba-tiba Muzamil seolah dapat pengertian..
"Ooooh.. Patutlah suka benar dengan kuih mak.. Rupanya... Hehe.." kata Muzamil. Muka Deli dah merah.

"Ah.. Sudahlah. Usah dibahas lagi.. Mari duduk lama tak bercerita. Dah besar kamu Azam." kata Deli sambil menarik Muzamil duduk. Mereka pun bercerita pengalaman masing-masing.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now