"Arh.." Tengku Zainal tersedar, mukanya kebasahan.
"Pak.. Pakcik Arief" kata Tengku Zainal apabila ternampak wajah Arief.
"Apa yang kau buat dalam gelap malam-malam buta ha..? Mengendap siti yer.." kata Arief.
"Apa pula... Zainal nak masuk bilik ni la..." kata Tengku Zainal.
"Oh, kenapa tak buka lampu.. Yang terhendap-hendap tu kenapa?" soal ARIEF.
"Tentang tu.. Sebab.."
Flash back.
2 minggu lalu.
"Ibu, kenapa kita tak tinggal saja di pulau pinang. Pemandangan lebih cantik dan nyaman. Kita bawalah atok sekali." kata Tengku Zainal.
"Tak boleh, ini amanah keturunan kita. Kita tak boleh tinggalkan tempat ini. Seseorang mesti jaga tempat ini. Ini warisan kita." kata Ibunya.
"Tapi, mengapa ibu tinggalkan adik Arman di sana.. Kasihan dia" kata Zainal.
"Bukankah dia tidak mahu ikut, lagi pun bukankah ada orang jaga." kata Ibunya..
"Pindahkanlah semua ini ke sana. Kan mudah begitu. Semuanya milik kita bukan.." balas Tengku Zainal.
"Itu mustahil Zainal. Ini bukan hak kita, dengar sini. Ibu pun pernah berfikir begitu tapi.. Setelah tahu akan perkara sebenar, kita ini sama saja dengan perkerja kita. Jadi, jamgan sombong. Ini semua bukan hak kita. Zainal perlu tahu, sebenarnya ibu tak patut ceritakan rahsia ini, tapi biarlah kamu tahu, ini untuk kepentingan kamu. Ingat Zainal, harta ini bukan milik kita. Kita cuma keluarga yang menjaga amanah yang di turunkan kepada generasi kita. Suatu masa nanti bila pemilik sebenar kembali, kita takkan milikinya lagi. Dan lagi satu. Bila kamu dah besar, jangan salah guna kuasa, dan ingat siapa diri kamu yang sebenar. Kita cuma penjaga, kita cuma pinjam saja. Andai kamu ingkar padah menimpa. Seperti mana Tengku Mahmud yang gilakan harta, dan sanggup membunuh kekanda sulungnya. Dan satu hari, dia dijumpai mati dalam keadaan ngeri. Kering tak berdarah. Maka tahulah akan kebenaran yang keluarga kita disumpah pemilik warisan ini. Ingat tak apa yang selalu ibu cerita pada kamu masa kecil dulu..?" soal ibunya.
"Ermm.. Harta Bulan Berdarah.." kata Tengku Zainal.
"Ya.. Sumpah Harta Bulan Berdarah, sempena kisah Tengku Mahmud yang mati di malam bulan gerhana. Jadi, menjelaskan yang pemilik sebenar sentiasa memerhatikan kita. Jadi, jangan mendatangkan marahnya."kata Ibunya.
"Siapa pemilik yang sebenarnya ibu?" kata Tengku Zainal. Ibunya menggeleng.
"Ibu tak tahu, tapi.. Ada kemungkinan salah seorang waris yang tercatat dalam bilik tu.." kata ibunya dengan wajah yang aneh.
"Sudahlah, ibu mahu keluar."Suatu petang.
Zainal mahu ke bilik bacaan, tapi kedengaran sedikit pertengkaran antara ibunya dan atuk.
"Ayah, Zainal dah besar. Dia patut tahu perkara sebenar." kata Tengku Zaleha.
"Tapi, dia baru lima belas tahun, bukankah sudah rasmi perkara itu, akan di ceritakan ketika usia dua puluh satu. Masih terlalu awal. Mungkin dia tidak mengerti. Bukankah dia masih anak-anak" kata Tengku Azhar.
"Anak-anak? Zaman dah berubah ayah. Ayah yang masih menganggap Zainal itu masih kecil. Fikirannya dah matang ayah. Leha rasa dia perlu tahu sekarang supaya, dimasa depan dia lebih mengerti. Ini tugas kita ayah. Ayah nak harapkan siapa lagi. Ayah dah lupa cita-cita Zainal mahu jadi askar. Siapa yang akan menjaga warisan ini, sedangkan semua ini perlu diwaris. Kita kena fikir masa depan. Adiknya si Arman, tak patut menjaga warisan ini. Dia takkan mengerti. Sebab tulah Leha hantarnya ke pulau pinang. Leha tak mahu dia jadi seperti Tengku Mahmud kerana melanggar sumpah. Pada Leha, Zainallah yang layak sebagai pewaris. Seperti mana ayah tahu, yang warisan ini hanya perlukan seorang saja pewaris. Dari masa inilah perlu dipupuk." kata Tengku Zaleha.

YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Ciencia FicciónAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.