BAB 5: Bara

180 9 0
                                    

"Yo.. Yo.. Yo.. Zam Whatsapp.. Kerja semalam dah siap? Pinjam kejap. Nanti rehat aku belanja sirap.." kata Ungku Gibran sebaik saja terlihat muka Muzamil yang baru tiba.

"Oi.. Apalah kau ni Gibran. Asal nampak muka dia je nak tiru. Usaha la sendiri. Senang hidup." kata sorang pelajar yang kurang senang dengan perangai Ungku Gibran yang berlagak tu.

"Lu pahal cakap serupa mintak kena tibai, ini budak manyak diam lu bikin sohai apa hai!!?" kata Gibran tak puas hati. Kecik besar kecik besar dia tengok budak tu.
"Kau ni kan pagi-pagi dan buat aku hilang mood. Apa masalah kau hah! Apa kau tak puas hati dengan aku. Hah!! Lu cakap sekarang..!?" marah Ungku Gibran sambil tolak-tolak tubuh budak tu.

"Woi.. Ka.. Kau apa hal to..tolak-tolak aku..!?" kata budak tu dengan nada antara berani dengan tidak. Pada mulanya dia ingat, dia hanya nak tegur si Gibran tu, dan budak tu akan marah sekadar soal seakan tak puas hati jer. Tapi sangkaan dia salah, tak sangka yang budak tu touching, betul-betul tak puas hati dengan dia sampai nak bawak gaduh. Menyesal pulak dia tegur tadi. Dalam hati dah cuak gila. Bibran tarik baju budak tu.

"Lu dah lama hidup ka!? Hah! Lu cakap apa tadi!? Ulang balik!!" soal Ungku Gibran dengan nada geram.

"Wei Gibran sudah la tu.." kata sorang pelajar perempuan. Ramai antara mereka dah mula cuak dengan perlakuan Gibran yang tiba-tiba naik angin.

"DIAMLAH KAU!" Jerit Ungku Gibran menyebabkan satu kelas terdiam. Terkejut dengan teriakannya.

"Wei Gib.. Nah, Math dengan Eko. Salin la cepat. Nanti aku nak hantar je terus..." kata Muzamil mencelah sambil menyerahkan dua buku latihan kepada Gibran. Ungku Gibran lepaskan baju budak tu, pandangan di alih pada Muzamil.

"Ni lagi sorang! Mata kau buta ke hah!? Tak nampak aku tengah buat apa!!? Hah!?" herdik Ungku Gibran pada Muzamil sebelum merampas kedua buku latihan dari tangannya. Lalu menghempas pada muka Muzamil.

"Dah kau yang mintak tadi. Nak salin ke tak nak?" kata Muzamil

"Sukahati aku la! Yang kau nak menyemak kat sini apahal!! HAH? KAU NI BODOH KE APA!!? " pekik Ungku Gibran cuba tolak badan Muzamil dengan kuat. Tapi entah macam mana Muzamil sempat elak dan Ungku Gibran hilang imbangan lalu jatuh. Hampir saja mukanya tersembam ke lantai, namun dengan pantas Muzamil berjaya tangkap tangannya.

"AKKHH!! TANGAN AKU!" erang Ungku Gibran seolah tangannya di kepit besi. Muzamil tarik Ungku Gibran bangun dan lepaskan tangannya. Dengan pantas, Ungku Gibran tarik tangan dan memegang tangannya yang sakit. Dia kerutkan dahinya kerana tangannya rasa seperti terseliuh.

"KAU PAHAL HAH BODOH! KAU SENGAJA NAK PATAHKAN TANGAN AKU KAN!? KAU SUKAKAN TANGAN AKU PATAH!? TAK BOLEH MAIN RAGBI LAGI, KAN!?" marah Ungku Gibran.

"Ap.. Apa kau merepek ni.. Aku tolo.." kata-kata Muzamil terhenti.

"KAU GENGGAM SAKIT TAU TAK!!" pekik Ungku Gibran dan tolak Muzamil dengan kuat, dia terdorong ke belakang dan kena pada meja pelajar lain. Dia jatuh hingga ada meja yang turut tumbang bersamanya.

"MUZAMIL!!!" hampir semua pelajar memanggilnya serentak. Ungku Gibran pandang saja sambil pegang tangannya. Langsung tak kesian, apatah lagi nak tolong.

"Kamarul! Jom pergi bilik rawatan." arah Ungku Gibran pada tali barutnya. Dia yang dari tadi saksikan perkara tu hanya ikut saja. Mereka pun meninggalkan kelas.

"Weh Zam, kau ok tak ni..?" soal budak yang hampir di belasah Gibran tadi. Dia bantu angkat Muzamil bersama rakan lain.

"Kau tu ok tak...? Ade cedera mana-mana ke. Ada gagaran otak ke ape. Kuat Gibran tolak kau tadi." soal Muzamil.

"Ish kau ni..tanya aku pulak ok ke tak.. Dia yang kena teruk. Patut aku tanya kau.." kata budak tu lagi.

"Entah kau Zam. Kau yang kena sampai tergolek. Macam takde pape plak. Ke kepala kau yang ada gegaran otak. Risau pulak kitorang." kata ketua kelas.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now