BAB 60: Hunting Begin

103 8 0
                                        




Sebuah portal yang terhasil dari percikan api berputar menghubung ke dunia sebelah sana menghias suasana duka di rumah Tengku Azhar, tepatnya rumah warisan keluarga Tengku Juragan. Atau rumah Tengku Affie.

Beberapa orang pekerja Tengku Azhar sedang memindah harta dari rumah itu ke dunia sebelah sana. Yang lain hanya memerhati dengan penuh takjub.

"Tengku.. Itu yang terakhir. Semuanya sudah dipindahkan. Hanya perabut dan beberapa barang lain tak dapatvdi bawa.." kata Ayah Arief.

"Apa lagi.." kata Tengku Affie.

"Kereta telah dimusnah jepun. Dan lori yang mengangkut ke pelabuhan juga telah musnah. Hanya rumah ini saja yang tinggal" kata Ayah Arief.

"Baik.." kata Tengku Affie. Tiba-tiba ada angin menerpa ke wajah Tengku Affie.

"Nampaknya jepun sudah menghantar back up. Mereka akan tiba tak lama lagi." kata Tengku Affie sebelum bergerak ke arah keluarga Tengku Azhar. Mereka kelihatan ketakutan.

"Well.. Terima kasih kerana menjaga harta aku dengan baik dan bukti taat setia kepada legasi seri bulan. Warisan Tengku Juragan. Dan terima kasih juga kerana menuruti wasiat dari Almarhum ayah aku yang... Haish.. Maaf. Aku dan ayahku dulu tak sependapat. Baiklah, atas kesetiaan dan amanah. Aku beri kata dua. Terus berkhidmat dengan aku, Aku akan jaga kamu semua seperti mana amanah dari ibuku. Atau, Aku akan lepaskan kamu semua mengikut haluan masing-masing. Tapi keselamatan kamu diluar sana takkan terjamin. Dan jika mahu bersamaku, aku benarkan kamu hidup seperti biasa. Dengan syarat, jangan lupa asal usul. Itu tawaran aku." kata Tengku Affie.

"Apa bukti yang kau ni Tengku Affie." kata Tengku Zaleha.

"Hulur tanganmu.." dia capai tangan dan.. Tak semena Tengku Zaleha menjerit lalu pengsan.

"Mak!" sambut Tengku Zainal.

"Jangan risau. Aku cuma buktikan siapa aku. Dia akan pulih nanti. Jadi apa keputusan kalian.?" Soal Tengku Affie.

"Kami ikut." kata Tengku Azhar.

"Atok.." tegur Cucunya.

"Kita tak punya pilihan. Jika kita tolak kita mati. Lihat saja apa yang jepun lakukan tadi. Mereka bukan datang hendak bebaskan malaya. Tapi menjajah malaya. Tambah pula, sekarang atok dah tak mampu berbuat apa-apa.." kata Tengku Azhar.

Semua akur.

Tengku Affie angguk faham. Dia pandang ke arah rumah warisan. Tepatnya rumah yang pernah dihuninya dulu sejak Ayahnya masih hidup. Banyak kenangan di situ. Bilik Tengku Zaleha. Adalah biliknya dulu. Dan kenangan bersama adik angkat yang seketika pertemuan sebelum ajal. Semua tersimpan dalam memori.

"Maaf ayah. Affie tak dapat teruskan warisan ayah. Dan Affie tak sanggup biar mereka merampas kenangan dan mengotorkan rumah kita dengan najis noda mereka... Selamat tinggal. Ayah.." kata Tengku Affie. Dia petik jari dan bom. Api yang datang dari petikan jari menyambar rumah dan sekelip mata marak membakar. Mereka hanya merenung kemusnahan yang terpampang di depan mata.

"Mari pergi"

*************************

1942, Salah satu pusat pentadbiran negeri.

"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tuan kurugawa kata, hanya orang asia saja yang tahu apa orang asia perlukan. Tanah asia hanya untuk orang asia. Jepun datang malaya untuk majukan orang melayu. Dan ajar bangsa melayu supaya boleh perintah negara sendiri. Bukan orang putih, atau jepun. Hanya orang melayu. Supaya kita bebas merdeka. Ini janji jepun tuan puan.. Sebab itulah kita kena sokong..." kedengaran dari pentas himpunan...

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang