BAB 100: Dream

133 6 1
                                        

"Aerrhh.. Arrhh.. Lepaskan akulah!!" kata Munirah sambil berjalan dengan tak betul di heret Samat. Mengharung semak samun mana tah tanpa arah tuju..

"Lepaslah jantan tak guna.." kata Munirah lagi.

"Diam!" kata Samat.
"Dia akan dapat balasan.. Bangsat kau Azam! Jembalang tak guna..! Aku akan bunuh dia nanti!" kata Samat geram. Dari jauh nampak kepulan asap menjulang ke udara. Petir masih sabung menyabung.. Suasana amat kelam dan menakutkan, apatah lagi meredah hutan diwaktu sebegitu..

"Kau takkan mampu bunuh dia! Dia dah mati! Kau tahu?" kata Munirah..

"Aku akan bunuhnya lagi sekali.." kata Samat.

"Mustahil, orang dah mati, bagaimana mahu mati lagi?" kata Munirah, Samat tak jawab.

"Arh!" keluh Munirah bila jatuh dan kakinya terseliuh..

"Bangunlah setan betina! Cepat! Lembab!" arah Samat.

"Jika aku lembab, mengapa aku kau heret sekali?" soal Munirah..

"Huh? Dia takkan berani sentuh aku jika tak mahu kau.. Mati!" kata Samat.

"Kau yakin? Butakah matamu.. Huh? Apa kau tidak melihat, atau sebenarnya kau buta.. Ibuku pun dibunuhnya, ibunya sendiri.. Apatah lagi aku, kakaknya.. Semua ini salahmu, terimalah akibatnya.." kata Munirah.

"Salahku.. Persetan itu semua salahku, jangan fikir aku tak tahu apa dia lakukan..? Dia yang membunuh ternakan, dan.."

"Kami akan pergi dari kampung ini, dan mulakan hidup baru tapi kau yang membuat onar hingga keluargaku hancur. Ayahku mati, adikku jadi gila.. Sekarang aku tinggal yatim piatu." kata Munirah lagi mengenang kesedihan dengan apa yang telah perlaku.

"Kamu semua sememang layak mati saja.. Puih!" kata Samat.

"Jadi, apa lagi ditunggu! Ayuh lekas.. Bunuh saja aku.. Biar puas hatimu..!" kata Munirah.. Tiba-tiba Samat tolak jatuh perempuan tu ke tanah.

"Jangan ingat aku akan termakan hasutan kau! Kau fikir aku bodoh. Kalau aku membunuhmu, aku akan di buru si jembalang Azam tu! Oh, itu lah yang kau rencanakan. Usah bermimpilah.. Huh!" dia tolak kepala Munirah. Dia nangis sendiri.

* * *

Munirah kini duduk dengan tangan terikat. Kain selendangnya entah ke mana. Hanya meratapi ibu dan ayah yang sudah tiada. Adik kesayangan pula berubah raksasa, kini dia pula diseksa serupa hamba. Apalah nasib diri..

Samat berdiri pada batang pokok yang melintang ke sungai. Menanti resah gelisah, jiwanya tak tenteram, di perhati sekeliling berwaspada sambil mulut menyumpah seranah.

"Banjingan, ke manakah mereka ini, apa mereka sudah lari, meninggalkan aku sendiri di sini bersama perempuan iblis ini.. Bangsat!" ngomel samat menanti kawan-kawannya yang terselamat. Seperti apa yang telah mereka janjikan..

Flash back

Mak Melur rebah tak bernyawa.. Muzamil kini sudah berubah rupa, wajahnya menakutkan..

"Tok.. Tok penghulu? Apa yang kita perlu lakukan sekarang!?" soal salah seorang.. Tok penghulu hanya diam.. Dia cedera dipukul orang kampung yang termakan hasutan Samat.

"Pergi jahanam kalian.. Aku sudah tidak peduli lagi nasib kalian.. Kalian sendiri yang menempah maut sebelum ajal. Apa yang kalian perlu lakukan, pertahankan keluarga masing-masing itu saja pesan akhirku.. Aku bukan lagi penghulu kalian.." kata Tok penghulu lalu meninggalkan mereka.

"Samat.. Samat..? Apa yang perlu kami lakukan.. Samat..!? mmma.. Mana dia?" orang kampung sudah terpinga kehilangan samat.

"Samat sudah lari!" seseorang berkata pada semua.
"Pedulikan dia, cukuplah dia membongkarkan segalanya, ayuh kalian anak muda! Bangkirlah.. Bangkitlah bersamaku.. Kita anak jati kampung ini. Kita pertahan dari makhluk durjana ini...! alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi, biar sampai basah! Alang-alang berjuang, biar bermandikan darah.. Ayuh! Serang.. Desa kita perlu dijaga..!!" teriak orang tu..

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang