BAB 32: Farh'ien Muzamil Finale- Reborn

67 6 0
                                    



Awan mendung berarak dilangit menandakan mahu ribut dan hujan. Suasana muram dan suram menyelubungi kadiaman pusaka Dukun diraja. Hanya rengekan dan tangisan saja kedengaran.

"Mak mana ayah.. Kenapa ayah tak pulang lagi. Azam..azam sepertinya sudah tak tertahan lagi. Azam bangun sayang.. Bangun. Jangan mengalah bukalah mata.. Kalau Azam sayang kakak bukalah mata.." kata Munirah. Perlahan Azam buka mata. Tangannya digenggam kuat. Ibunya berdiri di beranda rumah menanti suami dan abangnya pulang. Tapi sejak maghrib tadi masih tidak kelihatan.

"Ke mana sajalah mereka pergi. Anak sudah begini masih belum pulang.." kata Mak Melur sambil sesekali melihat ke dalam.

"Kak..." kata Muzamil lemah sambil menutup matanya semula. Nafas seakan mula sesak. Keadaan itu membuat munirah makin panik.
"AYAH!!! LEKASLAH PULANG..!!" tangis Munirah.

"Salim, Ayuhlah kita pulang dengan segera. Hari pun sudah jauh malam. Tambah pula cuaca seperti mahu hujan." kata Dukun Ammar.

"Benar.. Belerang pun sudah kita dapatkan. Marilah kita pulang segera. Boleh kita segerakan tujuan kita.. Tambah pula, takut hujan belerang ini pula basah. Masalah pula.

"Ya.. Ayuhlah bergegas pulang.

"Di mana ayah kamu nie.. Azam sudah tak mampu bertahan lagi. Masih belum pulang-pulang. Ke mana saja dia pergi. Apa lupakah Azam bagaimana.." kata Mak Melur semakin risau.

"Kak.. Rr.. rasanya.. Su.. Sudah sampai masanya... Azam.. Pergi.. Kak. Kroohh.. Kohh.. Azam.. Tak dapat.. Tahan.. La.. Gi.." kata Muzamil tersekat-sekat.

"Tidak Azam tidak.. JANGAN TINGGAL KAKAK.. JANGAN TINGGAL KAMI.. AZAM AKAN SIHAT KEMBALI.. SIKIT SAJA LAGI.. SIKIT SAJA... MAK!!" Tangis Munirah.

"Mak apakah segalanya sudah siap..? Apa yang ditunggu lagi.." kata Munirah.

"Sememangnya segala bahan sudah siap, hanya perlu adunnya saja. Segala sukatan dan panduan sudah PakLongmu siapkan." kata Mak Melur.

"Jadi mengapa tak mulakan saja. Segalanya sudah di depan mata. Mak tahu cara membuatnya?" kata Munirah.

"Ya.. Segalanya sudah paklongmu sukatkan. Hanya perlu campurkan saja. Tapi.. Bahan terakhir masih tiada." kata Mak Melur.

"Jadi, apa ditunggu. Segeralah kita adunkannya. Saat ayah pulang segalanya sudah sedia. Nanti tidaklah buang masa, terus saja kita ubatkan." kata Munirah.

"Tapi.." kata Mak Melur ragu..

"Kita perlu segera mak.. Sebelum terlambat.." kata Munirah. Mak Melur perhati bahan-bahan yang telah tersedia. Dia tekat dan segera mengadun bahan-bahan tersebut.

"Azam... Sabar ya adikku.. Azam takkan mati. Sikit saja lagi. Kita tunggu ayah ya.. Sekejap saja lagi.. Bertahanlah.. Azam kena bertahan. Jangan kecewakan kakak. Kakak.. Sayang Azam.." kata Munirah sambil mengucup ubun-ubun adiknya. Di luar Mak Melur sibuk menyiapkan ramuan untuk anaknya.


Halilintar membelah bumi sesekali. Kilat mula sabung menyabung. Angin mula bertiup. Bagai isyarat ribut akan melanda.

"Salim, aku.. Aku rasa tak sedap hati.. Hati ku benar-benar berdebar. Firasatku seolah mengatakan perkara buruk bakal berlaku." kata Dukun Ammar.

"Aku juga.. Tapi.. Kita sudah dapatkan bahan terakhir ini. Kita akan teruskan rancangan kita. Bersabarlah." kata Salim.

"Tapi hatiku tak sabar. Firasatku seprti ada perkara buruk sedang berlaku di rumah. Azam!! Hah.. Azam anakku... Sepertinya ajalnya menjelang tiba.. Kita harus segera.. Salim ayuh lekas. Kita tak boleh berlengah. Aku rasakan petanda buruk. Aku takut Si Melur tu lakukan yang bukan-bukan.. Mari.. " kata Dukun Ammar. Mereka berlari segera biarpun mereka sudah hampir. Bahan terakhir menjadi taruhan. Matlamat semakin hampir.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now