"Aaarrhhh.. Shite kudasai!! Shinaide! Ayakashi waru! Konaide!" kata dari seorang lelaki yang berkulit cerah, dan umurnya dianggarkan seusia dengan tubuh muda Arief. Dan dia dalam keadaan berbogel.
Dan Arief masih berdiri dalam keadaan tercengang.
"Apa yang dia buat ni.. Pasal apa dia bogel dalam semak. Buat onar lah ni. Lepas tu kena pelupuh dengan orang kampung. Tapi, orang kampung mana berani sentuh askar jepun. Takkan gerila Force 136..? Dan dia ni dah macam kena sampuk hantu apahal?" kata Arief dalam hati.
Arief cuba mendekat askar jepun tu. Oh.. Ho.. Berani.. Hahaha.. Setakat sorang je nak takut apa bossku..
"Kau.. Kenapa..?" kata Arief. Langkahnya terhenti.
"Yameru!!! hanarete!" kata askar jepun tu sambil merangkak ke belakang. Seolah takut dan cuba jauhi Arief.
"Shinpaishinaide kudasai. Itami.. Yamete....Shitakunai.. Yamete.. Yamete." kata askar jepun tu maracau-racau.
"Gila ke apa dia ni.. Hurm.. Tulah, datang tempat orang buat onar. Padan muka. Ni kes rosakkan anak oranglah ni. Sekarang terima bahana, main-main lagi dengan orang melayu. Kan dah kena sihir dengan ilmu hitam. Gila dah.. Hahahahaha.." kata Arief lalu melangkah pergi meninggalkan askar jepun yang gila.. Askar jepun tu menangis sendiri.
Dalam pada itu, kelihatan cebisan pakaian askar jepun yang koyak rabak bersepah merata.
"Macam kena rogol.. Haha.. Eh? Nanti.." kata Arief, tiba-tiba dia teringat yang belatinya ada bergetar tadi. Langsung dia berpaling ke belakang.
Lelaki jepun tu masih peluk lutut sambil meracau dan menangis. Macam perempuan.
Arief datang dekat. Lelaki tu seakan ketakutan.
"Hahahaha.. Pertama kali aku tengok jepun takut. Sebelum ni bukan main berani lagi.. Ramai beranilah kau.. Sorang terkencing sampai bogel. Meracau racau macam kena sampuk jembalang hutan.." kata Arief. Dia tersedar. Dia pegang hulu belatinya. Toada getaran. Bermaksud tiada jembalang dekat situ. Dan dia perasan yang lelaki jepun ni macam ketakutan. Macam terlihat sesuatu yang menakutkan sampai trauma.
Dia fikir sejenak. Mungkin juga lelaki ni terserempak jembalang. Tapi apasal sampai bogel. Nak kata diserang jembalang elok je.
"Rasanya aku tak perlu buang masa kat sini. HOI jepun! Dah.. Pergi balik kepada kempetai kau tu.. Berambos! Aku malas nak bunuh orang tak bersenjata ni. Biar pun kau musuh aku..dan bangsa melayu. huh." kata Arief. Lelaki tu ditinggalkan.
Tak semena lelaki jepun tu terkam Arief dan cuba rampas belati miliknya..
"Hoi!" teriak Arief lalu sepak lelaki jepun tu. Lantas disepak tergolek. Terus saja Arief hunus senjata. Dia bangun semula lalu capai tangan yang ada pelati tu hala ke lehernya.
"Koroshite! Watashi o koroshite kudasai! Koroshite!!!" katanya mengacukan bilah belati ke leher.
"Gila! Nak mati sangat terjun sungai sana. Tak pun terjun pokok. Tak pun telan racun. Bodoh!“ kata Arief. Lepas tu kena lempang dengan Arief.
"Bebal" kata Arief berlalu pergi. Diarasa bodoh layan jepun tu. Walaupun sebenarnya agak kesian. Sebab, atoknya pernah pesan dulu. Belas kasihan tu perlu ada tak kira kawan atau musuh. Lagi-lagi jika musuh tak bersenjata. Tapi bukan kita tunduk tapi hormat. Hormatkan akan maruahnya. Barangkali dalam fikirannya ada rasa penyesalan atau malu dengan diri sendiri. Berlaku konflik dalam diri siapa tahu. Seorang pahlawan takkan malukan musuhnya yang kalah. Menghormati musuh adalah martabat yang tinggi. Tanpa musuh kita takkan tahu tahap mana ukuran musuh kita. Beri dia masa disamping berwaspada. Tak semua musuh perlu dilayan kasar. Seorang pahlawan perlu ada harga diri. Membunuh musuh yang bukan lawan atau tak berdaya adalah suatu yang memalukan..
![](https://img.wattpad.com/cover/332279556-288-k48510.jpg)
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.