"Ho.. Ho.. Ho.. kat sini rupanya jembalang tu.." kata Samat merujuk kepada Muzamil yang terbaring dirantai..
Dia sepak Muzamil yang sedang tidur!
Dukun Ammar naik ke rumah bersama penghulu...
"Apa ni!? Hah! Naik kerumah tanpa izin." kata Dukun Ammar.
"Samat! Jangan berkelakuan biadap! Kamu ni memang dah melampau Samat..!" teriak tok Penghulu mahu menampar Samat. Sebaliknya Samat tolak Tok Penghulu jatuh. Dukun Ammar membantunya.
Samat ke tepi tingkap.
"Woi kawan-kawan! Mari!" panggil Samat.
"Hahaha.. Apa yang kau nak sembunyikan hah? Takde apa yang boleh kau sembunyikan dukun Setan. Lihat! Apa ni?" kata Samat tunjuk pada Muzamil.
"Kerana kau lah dia jadi macam ni!" kata Dukun Ammar geram.
"Ya Samat. Kerana kau! Kerana kau la adik aku jadi gila! Ya.. Semua kerana kau! Dan kamu semua!" teriak Munirah yang muncul entah dari mana.. Dia tuding jari kearah Samat dan rakan dengan perasaan benci.
"Oh..kerana aku? Semuanya salah aku? Baik.. Semua salah kita weh.." kata Samat pada kawan-kawannya.. Dia pandang Muzamil lepas tu kawan-kawannya.
"Kalian mahu lihat aku buat pasal..? Hah? Kau! Kau! Buka rantai tu.. Yang lain.. Pecahkan dinding ni!!" arah Samat lalu menyepak dinding kayu rumah Dukun Ammar..
"Hoi orang kampung! Kalian mahu melihat akan kebenaran kata-kata ku? Ke mari, biar aku perlihatkan.." Kata Samat mengheret Muzamil menghadap orang kampung.. Masing - masing menunjuk berbagai reaksi.."Lihat! Lihatlah akan kebenaran kata-kata ku..! Selama ini, kita di tipu oleh tok penghulu, kita di tipu dukun durjana ini.. Sekarang! Aku.. Samat, penegak kebenaran! Pembela keadilan, pemusnah kejahatan.. Ayuh kalian! Apakah kalian masih tidak percaya kata-kataku? Selama ini aku berjuang menentang kebaculan dan kebatilan bangsaku. Lihatlah! Bukalah mata kalian.. Penghulu kita tidak boleh dipercayai. Beliau bersubahat dengan dukun setan ini!" Samat tarik rantai yang melilit leher Muzamil.
"Arhh!" rintih Muzamil yang sebelumnya dibelasah oleh rakan Samat.
"Perhatikan.. Kalian kenalkan..? Ya.. Bila kali terakhir kalian lihat si Azam ni!? Hah? Sudah lama bukan? Lihat.. Perhati betul-betul.. Kelihatan seperti anak remaja.. Muda.. Sedangkan aku! Aku sudah dewasa.. Ya.. Sudah dewasa.. Tapi dia..!" kata Samat lalu tarik rantai ke atas menyebabkan budak tu tercekik.
"Samat Jangan!" teriak Munirah sambil peluk maknya.
" Mengapa!? Kalian tidak mahu kehilangan jembalang berharga ini? Malangnya ia tidak kelihatan berharga..pada kami!!!!" kata Samat dan menyepak kepala Muzamil.
"Jangan Samat! Hentikan.. Ini bukan urusanmu, aku sudah bincang akan hal ini.. Jangan kau suka-suka mahu membunuh dia. Dia seorang manusia!" kata Tok penghulu.
"Diam! Kau fikir aku akan percaya? Hah! Sudah.. Mulai hari ini, kau bukan penghulu kami lagi.. Wahai orang kampung! Jika kalian tidak setuju aku menjadi penghulu.. Tak mengapa.. Tapi sokonglah aku membenteras kejahilan ini.. Biar aku bunuh jembalang ini. Kita selamatkan kampung kita daripada petaka yang menimpa kita kelak.. Kedamaian hari ini, kedamaian selamanya!!" kata Samat terus jerut leher Muzamil sekuatnya.. Terkapai-kapai budak tu tak bernafas..
"Biar aku hapuskan jembalang ni" kata Samat
"Jangan Samat!! Hentikan!!!" rayu Munirah dan Ibunya.
"Hentikan!! Kau nak bunuh orang ke Samat!! Sudah hentikan! Hentikan aku kata..!" teriak Penghulu cuba hentikan Samat tapi dihalang rakan-rakannya. Muzamil semakin nazak.. Matanya dah terbeliak.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Ciencia FicciónAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.