1787, somewhere in Tanah Melayu.
Meaww!! Meeaaawww!! Meawww!! Terhencot-hencot kucing tu cuba lari tapi tak terdaya kerana kakinya patah di baling kayu oleh Samat dengan kawan-kawannya.
Hahahahahaha ketawa Samat melihat kucing terjingkit-jingkit kakinya. Dia baling batu sekali lagi dan kena pada kucing tu hingga jatuh ke parit.
Meaw!! Meaw..!! Meaw!!!
Kucing tu mengiau sambil cuba tahan dengan kaki depannya supaya tak jatuh dalam air.
"Hahahahha.. Samat.. Pukul dia samat pukul dia.. Hahaha" jerit kawan-kawan Samat.
Samat datang dengan kayu lalu di kuis-kuis kaki kucing supaya jatuh ke dalam air. Tapi kucing tu tetap cuba bertahan. Samat berang lalu dia pukul kaki kucing tu dan akhirnya jatuh ke tebing parit tu. Kawan - kawan Samat bersorak seolah meraikan kejayaan besar. Kucing tu mengiau dari tebing kerana terselamat dari jatuh ke dalam air. Samat masih tak puas hati. Dia mahu kucing tu jatuh ke dalam air. Dia baling batu tapi tak kena.
"AH.. Tak kenalah." kata Samat marah..
"Oi.. Apa kau buat tu?" pekik Jalak yang baru tiba. Jalak tua 2 tahun dari Samat. Dia tengok ke dalam parit ada kucing.
"Kenapa dengan kucing tu?" kata Jalak.
"Kucing tu cughi ikan aku. Penat aku pancing. Sesedap je dia cughi." kata Samat dengan geram.
"Ooo.. Ko curi ikan ye.. Sini kau. Dia ambil batu baling kat kucing tu, tapi kucing menyorok bawah tebing.
"eh mana dia menyorok..?" kata Jalak.
"Tu ha!! Kat bawah tu.." jerit kawan Samat sambil tunjuk di nama kucing tu berada.
"Ooo.. Nak menyorok yer.. Nah.. Hahahahhahaha.." Kata Jalak sambil terlompat-lompat supaya tebing tu runtuh. Tiba-tiba..
"Hoi.. Kesian la kucing tu..!!" marah sorang budak kepada kumpulan budak nakal kat situ.
"Hoi Azam! Menyibuk saja kau di sini!! Baliklah.. Jangan kacau!!" arah Samat kepada budak tu.
"Jangan la bunuh kucing tu!! Dia pun nak hidup jugak!!" kata budak tu.
"Ahh.. Kau siapa nak marah aku!! Hahh! Mak bapak aku tak marah pon!" jawab Samat.
"Ala kucing saja kot. Ada banyak lagi kucing. Pergi la ambik sana." kata Jalak.
"Dah berambus sana" kata Samat kasar.
"Ah.. Aku tak peduli, aku nak selamatkan kucing tu. Ke tepi.." kata Budak tu lalu pergi ke tebing parit tapi tetiba bajunya di tarik Jalak. Lalu jatuh kerana Jalak lebih besar darinya. Hahhahahha ketawa Jalak. Budak tu bangun semula menepuk seluarnya yang kotor. Dia tak pedulikan sesiapa dia ke tebing tu semula. Tapi di halang oleh Jalak. Sekali lagi dia ditolak jatuh. Dia bangun semula dan pergi semula ke tebing parit. Tiap kali tu lah Jalak tolak jatuh. Kawan-kawan Samat semua ketawakan budak tu. Kali dia bangun dan tolak Jalak dengan kuat. Tapi Jalak lebih kuat. Dia tak putus asa. Dengan sekuat tenaga dia tolak tubuh Jalak hingga Jalak terundur ke tepi tebing parit. Namun Jalak menahannya lebih kuat. Budak tu cuba tolak kuat lagi tapi gagal hingga mukanya pandang ke tanah. Dan dia nampak tanah dia bawah kaki Jalak merekah. Tiba-tiba dia dapat akal.
"Hahaha.. Lembik la kau ni Azam. Macam perempuan. Hahahahahahahaha!!!" ketawa Samat bersama kawan-kawannya.
Budak tu berang lalu terlompat-lompat depan Jalak seperti main lompat siapa paling tinggi. Jalak ketawakan budak tu.. Sebelum dia juga ikut lompat sama nak lawan siapa paling tinggi. Tapi itu bukanlah motif sebenar budak tu. Setelah melompat beberapa kali tetiba Jalak rasa tak stabil. Tanah mula merekah. Budak tu sepak rekahan tu lalu Jalak jatuh ke dalam parit. Budak tu ketawa dari atas tebing.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.