BAB 37: Ikan

116 6 0
                                        



"OMG! What a fish!!!!!" teriak Daniel penuh teruja.. Terbuntang matanya bila nampak ikan salai, dan burung panggang. Kecur liur tengok semua lauk-lauk tu. Sangat menyelerakan. Apatah lagi dia juga belum makan.

"Oi giler!! Tengok tu pun stim ker?" kata Muzamil.

"Siot makan sorang-sorang. Zam, sumpah aku benci kau. Aku benci.. Benci.. Benci.. Benci.. Benciiiii kau tau tak! Aku benci kau! Kenapa kau tak satu kumpulan dengan aku? Huhuhu.." 😭kata Daniel.

"Kalau satu kumpulan dengan kau pun aku tak nak. Aku sanggup berkhemah dangan si nopal anaknya bahanol. Daripada berkhemah dengan korang sebab ada Gibran" kata Muzamil.

"Huh.. Serius aku benci Gibran. Semak la dia tu kat sini. Apa motif dia ikut pun aku tak tahu. Bukan ade function pon. Menyusahkan aku adalah. Dah la satu kerja pun tak buat, harap kuli batak dia jer. Yang bapak dia pun sama, suruh aku jaga dia. Ingat aku pengasuh ker? Frust aku, nak je aku lemaskan kat sungai ni." kata Daniel.

"Nak aku tolong ker... kau setuju aku on. Dah lama aku nak buat... Hehehehe" kata Muzamil.😈

"Gila nak bunuh orang. Apa aku nak jawab dengan bapak dia..?" kata Daniel.

"Cakapla dia lemas masa berenang. Dah larang tapi degil. Settle!" kata Muzamil.

"Kau fikir bapak dia macam mana. Senang-senang nak terima semua tu. Ayah aku sendiri pun pening. Dia takkan terima sebarang bentuk alasan. Bagi dia, tiada apa pun yang mustahil di dalam dunia ini. Segalanya di dalam kawalan. Hanya kecekapan yang menjadi ukuran. Walau si Gibran tu terjun dari ISS sekali pun, adalah tugas aku untuk sambutnya tak kira apa sekali pun. Ada ke patut macam tu..?" luah Daniel.

"Aku tak heran pon kalau keluarga korang bodoh macam tu..?" kata Muzamil selamba.

"Apa!?" soal Daniel tetiba..

"Aku cakap keluarga bodoh memang macam tu.. Kalau dah bodoh tu, segala apa pun dalam kehidupan dia, semuanya dianggap bodoh!" kata Muzamil.

"HEI.. KAU CAKAP TU KELUARGA AKU LA!?" kata Daniel

"Perlu ke kau nak anggap diorang tu keluarga kau. Kalau kau sendiri terasa beban, kau siapa pada mereka. Kau takda hak nak jaga dia atau sesiapa. Itu tugas diorang. Lagi pun dia bukan budak kecik. Sebaya kau." kata Muzamil. Baru nak membidas dipotong Muzamil.

"Utamakan Family kau. Siapa family sebenar kau. Mak kau, ayah kau, adik beradik kau. Itu family kau. Tanggungjawab kau pada mereka. Orang yang kau jaga, hatta dengan nyawa kau sekali pun belum tentu dia akan hargai. Berbaloi ke semua tu? Daniel, orang yang kita sayang sepenuh hati, itulah family kita. Family ni bukan setakat hubungan darah. Tapi hubungan kasih sayang. Kasih sayang yang kuat akan menghasilkan ikatan kekeluargaan. Percayalah. Ianya sangat berbaloi untuk dipertahankan. Pedulikan apa yang mereka nak kata. Mereka tak punya hak. Ini masa kau. Hargainya, this is your life. Aku faham ianya amanah tapi, kemampuan kau cuma sebatas itu. Kalau kau tanya aku. Orang berfikiran sebegitu aku anggap gila. Cuma wang saja yang buat orang bersetuju dengan mereka. Selebihnya tiada apa. Aku cuma nak cakap sayangi orang yang kau sayang. Sayangi kehidupan kau. Ini life kau..! Pertahankannya." kata Muzamil. Tetiba Daniel pegang bahu Muzamil.

"Kau.. Rindukan family kau!?" kata Daniel.

"Setiap masa.. Dah tak payah nak pancing emosi aku. Aku masih tak puas hati lagi dengan kau. Pasal kau aku terlepas ikan besar tadi. " kata Muzamil lalu kembali ke tebing batu mengacu anak panahnya.

"Ala jangan la marah. Tak sengaja." Kata Daniel. Muzamil yang sedang tumpukan perhatian tiba-tiba tak jadi memanah disebabkan ada orang datang di bawah. Dihempas kebatu. Dia baring atas batu hampar tu. Senyap dan sunyi.

VAMPIRE KUNYITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang