Bab 102: Langkawi

292 6 4
                                    


KLIA 2

Balai ketibaan sesak dengan penumpang yang baru tiba. Seorang lelaki dengan rambut pacak-pacak seret bagasi menuju te ruang menunggu. Terlihat seorang lelaki lengkap bersuit serba hitam, segak dan kemas sedang menanti.. lelaki berambut pacak tanggalkan spek hitam yang di pakai..

"Yo whats up! Pakai kemas-kemas ni nak gi mane?" Kata lelaki berambut pacak tu dengan nada kerek.

"Shut up Gibran, perangai tetap tak berubah.. c'mon la. Kau bukannya lapan belas tahun lagi.. cubalah belajar jadi orang.. jangan bebankan ayah aku lagi untuk urus Syarikat ayah kau tu. Sudah tiba masanya kau ambil alih syarikat Uncle Farhan dan kembangkannya.. jangan fikir nak enjoy jer.." kata lelaki bersuit hitam kemas, mengeluarkan spek mata dari poket baju.

"Nerd.." ejek Gibran saat lelaki di hadapannya mengenakan cermin mata. Wajar saja dikatakan Nerd kerana berambut belah tepi. Tapi dia tak endahkan apa yang Gibran cakap. Bagasi yang berada sebelah kerusi di seret meninggalkan lelaki berambut pacak-pacak tu dengan laju. Lagi pula rasa macam bangang berada dekat dengan lelaki yang tak pandai sikat rambut tu.. apatah lagi dengan cara berpakaian yang tah apa-apa. Jaket dan seluar leather hitam ketat. Bersubang pulak tu, dah macam nak pergi konsert black metal, Skin Head or Slipknot. Lutut pun koyak. Camne la boleh lepas naik flight, kalau la dia yang jadi penyelia atau captain kapal terbang tu, dah lama dia humban dari ketinggian tiga puluh ribu kaki dari paras laut. Baru dia tau tingginya langit rendahnya tanah kubur Tok Adi di Astro Oasis.

"Woi! Woi! Nak gi mana tu? Tunggu la.." terhegeh-hegeh Gibran tarik bagasi yang bapak besar, tak termasuk troly lagi. Lelaki bersuit hitam tu cuba jalan lebih laju meninggalkan Gibran sendiri menuju Gateway. Tak menjadi masalah kerana lelaki bersuit hitam tu cuma bawa satu bagasi saja. Panggilan Gibran tak dihirau.

Buk..

Seorang wanita terjatuh akibat kegopohan Gibran. Semua yang dipegang dilepas langsung membantu wanita itu bangun..

"Ops.. sorry Puan sorry.. mari saya tolong.. puan tak apa-apa ker? Sorry puan.. saya tak perasan tadi." Kata Gibran bantu wanita tu bangun.

"Takpa-takpa. It's ok. My fauld.. Aunty melaram jalan tak tengok-tengok.." kata Wanita tu. Perlahan Gibran bantu wanita tu berdiri.

"Maaf, aunty tak sengaja. Aunty terlalu ralit tak pandang depan.." kata wanita tu lagi.

"Mak! Mak kenapa? What happen?" Tegur seseorang tetiba terjah mendapatkan wanita tu..

"Rasyad! Takde mak terlanggar orang muda ni haa.. mak ralit sangat tengok sana sini tak pandang kanan kiri.. memang salah mak." Kata Wanita tu cuba jelaskan perkara sebenar.

"Oh ini ibu encik ker. Sorry saya yang salah tolak bagasi...." Kata Gibran tapi pantas saja wanita tu pintas..

"Tidak nak.. ini salah aunty.. aunty minta maaf. Aunty jatuh sebab langgar kamu.. Aunty bayar ganti rugi.." kata wanita tu lalu buka handbag. Anaknya Rasyad terpinga-pinga sambil pandang Gibran atas bawah. Gibran agak terpegun juga dengan penampilan Rasyad, badan agak bidang dan rambut fade style.. membuat dirinya sikit goyang tapi serta merta dia cuba fikirkan wajah Amirul. Tapi nasib wanita tu keluarkan wang dapatlah dia beraleh arah.

"Eh mak, tak payah. Bro.. biar aku bayar ganti rugi.. Ni mak aku. Biar aku tanggungjawab" kata Rasyad dengan nada agak keras..

"Rasyad.. jangan macam tu.. sudah.. sudah ini salah mak.. anak muda ni pasti baru pulang.. pasti penat berjalan jauh. Mari ikut Aunty, kita minum dulu.." pelawa wanita itu.

"Eh.. takpe-takpe, saya kejar sepupu saya tadi.. err.. oklah puan.. eh aunty, maybe someday. Anggap je tak pernah berlaku. Saya tak kisah. Just kemalangan kecik je.. err.. sa..saya minta diri dulu.. mungkin sepupu saya tengah tunggu. Ni kad saya... " Kata Gibran menghulur kad nama pada Rasyad.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now