"Kejap!" kata Muzamil. Diambil satu bekas dan dibahagi pada sembilan yang lain.
"Eh.. Zam..!?" kata Odie, lalu mendapat pengertian. Diambil satu bekas lagi dan dibahagi rata.
"Eh.. Yang aku bagi tu aku punya.. Lain untuk korang" kata Muzamil.
"Kau fikir kau sorang je jadi hero. Kita kan senior. Takkan nak biar anak buah lapar. Karang memberontak pulak." kata Odie.
"Hei aku korbankan aku punya je. Lagi pun aku dah suruh diorang kerja keras tetiba bagi makan ciput.. Tambah pulak aku dah marah diorang." kata Muzamil.
"Benda kau cakap tu betul. Memula aku pun tak faham. Tapi sebenarnya kau ambil beratkan. Aku dah dapat pengertian. Plan kau bersedia lebih awal. Lepas makan rehat, lepas tu riadah baru sediakan makan malam. So tak la kelam kabut.. Bijak jugak kau nie erk. Kalau lepas makan baru nak sediakan semua tu, memang tak la.." kata Odie.
"Herm.. bagus la kalau sedar." kata Muzamil.
"Korang cakap apa ni? Susah sangat biar aku explain dengan diorang." kata Daniel.
"Eh jangan!!!" kata mereka serentak.
* * *
Krooookk
Olaf yang sedang tidur terganggu dengan bunyi perut Odie. Apatah lagi dalam khemah yang serba sempit ni.
"Aduh susah betullah kalau telinga terlalu peka nie." kata Olaf dalam hati. Sesungguhnya selama ni dia jarang tidur dengan orang lain, semasa di Canada pun, walau dia juga pernah sertai kem seperti ini tapi biasanya dia akan lepak atau sekumpulan dengan puaknya. Jarang dia bersama manusia.
"Perh lapar sangat budak ni. Dah makan pun lapar lagi ker. Siot tak tahan aku." katanya dalam hati. Ikutkan hati nak jer dia bagi susu kat budak ni kalau dia still baby. Dia bangun.
"Wei Odie! Kau tak makan ker? Perut kau dari tadi asyik bunyi jer. Nak tido pun tak senang." kata Olaf pada Odie. Tapi dia tak berharap pun yang Odie akan jawab.
"Memangla.. Aku bagi aku punya kat korang. Makanan tak cukup kot. Memangla lapar.." kata Odie dalam keadaan mamai.
"Ish kau ni. Dah tau lapar still bagi kat orang lagi. Tengok kan sendiri dah kebulur." kata Olaf.
"Ala, bising la kau ni.. Bukan aku jer.. Cikgu, Zam, Daniel pun korbankan makanan dorang untuk korang.. Karang tak cukup. Memberontak! Mulalah provokasi. Tak mencerminkan demokrasi terpimpinlah, diktatorlah, korapsilah, lepastu lancar revolusi gulingkan pemimpin. Lewat sikit dari plan asal dah merungut. Lepas tu, cakaplah golongan atas menindas bawahan. Tak tunai janji manifesto, komplot ramai-ramai. Merusuh, buat konspirasi senyap, slogan ganyang ketua group.. Lepas tu.. " bebel Odie yang tengah mamai tidur.
"ARH!!? MENGARUTLAH KAU NIE!! PERGI LA TIDUR SANA!!" marah Olaf.
"Payah betul cakap dengan budak debat sekolah nie. Tidur pun still nak berdebat lagi.. Ni hutan.. Bukan dewan rakyat! Huh!!? Sehari tak cakap politik tak sah." kata Olaf lalu keluar.
"Uih penatnya." Khemah lain ade sorang jer tengah tidur. Lain semua takde. Jam hampir pukul 5. Dari atas dia tengok ramai yang dah berkubang kat sungai.
"Macam best je, nak mandilah. Oi Odie! Tak nak mandi ker?" kata Olaf."Eloklah tuuu.. Alang-alang mandi wajib sekali." kata Odie yang masih mamai.
"B**i"
* * *
Buurrr!!!
Daniel lompat gulung dari batu tinggi ke dalam sungai. Berbagai gaya dia buat. Dah macam budak-budak. Hilang segala stress sepanjang di sekolah.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.