1805, Somewhere in Tanah Melayu.
Malam yang dingin, cahaya purnama menerangi suasana malam yang syahdu. Burung belatuk mematuk pokok mengisi suasana kesunyian malam. Disulami bunyi cengkerik di sekitar rumah kayu tradisional, peninggalan pusaka cucu kepada pewaris Farahin Satin, Dukun Diraja suatu ketika dulu. Kelihatan Munirah sedang mengemas pinggan mangkuk yang baru dicucinya tadi pada rak disudut dapur. Ibunya ke perigi mengambil air untuk diisi ke dalam tempayan. Bapanya pula duduk di beranda. Dengan bertemankan cahaya pelita, sedang membelek akar-akar kayu yang dikutip di hutan siang tadi untuk di buat bekalan ubat-ubatannya. Memandangkan beliau adalah seorang dukun, sudah tentu dia pastikan yang bekalannya mencukupi. Dia tak perlu susah payah mencari sekiranya ada orang yang ingin berubat atau ingin membelinya. Dari dapur Munirah membawa secawan kopi di tangannya.
"Ayah. Ini kopinya." kata Munirah sambil meletakkan secawan kopi di sebelah ayahnya.
"erm.." Jawab ayahnya.
"Ayah, akar apa yang besar ini?" Soal Munirah, matanya tak lekang dari memandang sepotong akar kayu yang agak besar berbanding lainnya. Sejujurnya dia tak pernah jumpa akar kayu sebesar itu melainkan akar pokok kayu hutan, tapi ianya akar pokok biasa. Yang pasti ianya adalah akar kayu yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi, dia boleh agak kerana dia juga belajar tentang ilmu alam.
"Ini akar jinseng, ubat yang selalu di guna oleh orang cina." kata ayahnya.
"Oh, dari mana ayah dapat Jinseng ini?" soal Munirah lagi.
"Dari seorang saudagar cina di pekan. Dia mahukan herba dan akar kayu, dan kebetulan ayah bawa semua akar kayu bermutu tinggi, jadi dia beli kesemuanya, dan dia hadiahkan akar Jinseng ni, lagi pun dia benar-benar mahukannya. Jadi ayah setuju" kata ayahnya lagi.
"Pasti mahal.." teka Munirah.
"Ya Mun.. Mahal harganya. Kamu bijak meneka." kata Ayahnya bangga.
"Herm.. Mana adik kamu..? Tak balik lagi?" soal Ayahnya pada Munirah.
"Entahlah ayah. Sejak senja dia menghilang, dan masih belum pulang." kata Munirah.
"Ke mana saja budak ini pergi.." kata Ayahnya dengan nada kesal. Tiba-tiba mereka di kejutkan dengan jeritan ibunya dari belakang rumah. Mereka terkejut dan bergegas ke sana.
"Kenapa Melur! Apa yang terjadi!?" tanya Dukun Ammar sambil memegang parang.
"Cuba abang lihat reban kita ini." kata Mak Melur sambil tunjuk ke arah reban. Dukun Ammar pun periksa.
"Siapa yang lakukan ini! Habis semuanya mati..!" kata Dukun Ammar dengan nada marah.
"Siapa lagi kalau bukan Azam. Pasti dia..!" kata Mak Melur.
"Azam lagi! Tak habis-habis dia buat perangai. Makin lama makin menjadi. Abang tak tahu dah nak buat apa!?
"Mustahil! Tak mungkin Azam. Mun yakin bukan Azam yang buat." kata Munirah mempertahankan adiknya.
"Sudah! Tak perlu nak bela dia! Balik nanti tahulah apa Ayah nak buat!" marah ayahnya.
"Ayah! Mak! Mun yakin ni bukan berbuatan Azam. Percayalah.." kata Munirah bersungguh-sungguh. Tapi belum sempat dia yakinkan kedua orang tuanya. Kedengaran suara orang ramai terpekik di halaman rumah.
"Pak Dukun! Pak Dukun!" pekik Tok penghulu.
"Ya Tok penghulu! Ada apa datang ramai-ramai ni!
"Begini Pak Dukun, saya menerima aduan seorang penduduk kampung yang ayam mereke mati dibunuh. Dan hari ini saya dimaklumkan yang mereka berjaya menangkap pelakunya." kata Tok Penghulu. Lalu dari celahan orang ramai, dua orang keluar membawa seorang remaja dengan tangan terikat.
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
