Zup..
Deru angin bergerak laju merempuh semak samun di bawah sinar bulan mengambang penuh. Peranting dahan patah dengan tetiba seperti di langgar sesuatu yang tak terlihat.
Tetiba..
Sekujur tubuh tersembam ke tanah. Tubuh itu seakan lemah tak bermaya. Dengan segala kudrat yang ada, tubuh itu cuba bangkit. Perlahan tapi tetap mencuba hingga berjaya. Kini tubuh itu dapat menapak meskipun lemah.
Huh..!
Wajahnya berpaling ke belakang. Rambut panjangnya di sisip ke tepi..
Derianya mengesan sesuatu.. sesuatu yang tak menyenangkan.
"Tak guna..#$€¥%¢>.." sumpah seranah tanda kesal yang teramat.. pendengarannya peka dengan bunyi yang berditangkap.
"Anjing!" Guamnya seketika dengan riak wajah berubah lalu dengan segera beredar dari situ.
"Huh..huh.. aku. Aku dah dekat.. aku dah semakin hampir. Aku kena cepat. Arrhh!!!" Gumamnya dengan nada lemah dan terus berlari hingga tiba di tebing cerun bukit.
Kini tubuh itu berdiri di atas tebing cerun menghadap sinar kota yang bergemerlapan. Suatu pemandangan yang indah. Namun, ini bukanlah masa untuk kagum, kerana ..
Dibelakangnya ada bahaya besar yang menanti..
Tubuhnya berpaling ke belakang.. dia bersiap siaga. Wajahnya bertukar bengis. Anak mata bertukar merah, dan gigi Siong bertambah panjang. Dia menyeringai saat seekor anjing keluar dari semak samun. Di ikuti kawanan anjing yang lain keluar bersamaan.
"Menyerah sajalah. Budak.." muncul satu suara tetiba.
Seorang perempuan berambut merah pendek, bibir hitam dan berpakaian ala gothic keluar dari semak samun bersama seekor anjing besar disebelah sambil mengusap seperti haiwan peliharaan.
Grrrrr...
Anjing besar tu menderam garang pada makhluk yang tepat berada di hadapannya. Bersedia untuk menyerang.
"Jangan dulu sayang.. kita diarah untuk bawanya hidup-hidup." Kata perempuan berambut merah yang dikelilingi para anjing kecil seperti sedang berkawal.
"Ggrrh.. tapi.. " anjing besar tu pun tiba-tiba bersuara. Sambil menapak kehadapan perempuan rambut merah lalu memaling kepala ke arah perempuan di tebing.
"Dia Vampire bukan..? Walau pun tubuhnya ku cabik-cabik, tulangnya kupatah-patahkan.. dia tetap hidup.. benarkan.. Olivia.." sambung bicara anjing itu.Secara tak sengaja perempuan bernama Olivia tu tersenyum.
"Benar juga. Kau memang bijak sayangku.. hehe." Balasnya.Perempuan di tebing semakin bengis mendengar perbualan mereka.. tangannya bersiap siaga untuk mencakar.
"Grrrrr..." Perempuan di tebing menderam.
"Kau dah terjebak Nai Muang. Menyerah sajalah.. aku yakin Rudolf takkan apa-apakan kau.. hahahahaha" kata Olivia mula melangkah ke depan.
"Erm!?" Anjing besar mendongak ke langit, mencium aroma layaknya seekor anjing sebenar seolah mediteksi kehadiran sesuatu.
"Woof! Woof! "
Anjing-anjing lain menyalak ke arah yang sama.
"Ada yang datang.." kata anjing yang lebih besar..
Perempuan di tebing tu pun berpaling ke langit. Tepat dari arah bulan.. terdapat beberapa bayang kemunculan..
"Ada apa dia sayang..?" Soal Perempuan berambut merah juga menatap ke langit. Tapi dia tetap berwaspada pada sasarannya agar tak lekang dari pengamatan.
![](https://img.wattpad.com/cover/332279556-288-k48510.jpg)
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Ciencia FicciónAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.