Hari ini hari kem kembara bermula. Dan.. Hari ini juga hari yang tidak disukai oleh Muzamil. Pada awalnya hari ini memang dinanti-nantikan, walaupun hakikatnya dia dah biasa masuk hutan. Apatah lagi sekitar rumahnya juga dikelilingi hutan. Tapi lain hutan lain suasananya menghayati keindahan alam adalah satu cara dia dapat tenangkan diri. Namun, suasana itu bertukar dari suka kepada tidak, apabila hari dimana dia harus mengikuti program sekolah iaitu Kem Perkhemahan sekolah juga disertai oleh kaki buli sekolah, ungku Gibran. Dia pun tak pasti sejak bila Gibran menyertai progam sebegitu. Setahunya Gibran tak suka kem sebegini. Entah kenapa dia serabut bila mengetahui budak tu juga join program ni. Ikutkan hati mahu saja dia tarik diri dari program yang dirancang khas oleh badan kelab kembara sekolah kerana wujudnya makhluk tu tetapi dia terpaksa mengikuti program tersebut kerana dia sendiri ajk kelab kembara. Semua ahli kelab kembara wajib mengikuti kem ini. Niatnya untuk berseronok terus terbantut. Pasti akan ada saja kaki jubur ni nak buat hal. Dia mengeluh sendiri.
Flash Back.
🎶
Peruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutusan berdarah ku terima.
Kuntum-kuntum di tengah halaman.
Medan ini
Terasakan sepi...
Terpaku..pilu..🎵
Nyanyi Aiman semasa perjalanan ke sekolah menghantar Muzamil. Hari ini merupakan hari pertama kem perkhemahan bermula. Memandangkan hari ini Aiman cuti. Jadi dia akan temankan Atoknya di sekolah sebelum mereka bertolak. Sama seperti ibu bapa yang lain. Mereka juga akan datang menghantar anak-anak mereka yang turut serta dalam kem tersebut.
"Oi... Lagu apa kau nyanyi tu ha?? Panjang betul harkatnya. Tak tau pulak kau boleh tarik panjang macam tu...?" soal Muzamil.
"Hehe.. Mekacih.. Mekacih.." kata Aiman.
"Cis. Bila aku puji kau.. Kau ingat aku tak tau motif kau nyanyi lagu tu. Konon masuk hutan jumpa puteri bunian.." kata Muzamil.
"Eh mana ada. Orang saja je nyanyi." kata Aiman berdalih. Padahal dia sengaja nyanyi lagu tu memandangkan atoknya nak berkhemah dalam hutan. Saja nak timbulkan aura mistik. Ni semua gara-gara hantu kak Limah.
"Eleh.. Banyak lagi lagu lain kau boleh nyanyi. Ikan kekek mak iloy ker. Rasa sayang yeay ker.. Zapin datok temenggong ker.. Ost hantu kak limah jugak yang kau pilih. Saja nak membahan aku.. Puih!" kata Muzamil kerana dapat meneka motif sebenar Aiman. Tau la lagu tu ada unsur bunian. Dan tempat perkhemahan tu dalam hutan.
"Perrhh!! Gila old school punya lagu. Banyak-banyak lagu, lagu rakyat tah zaman bila juga yang atok cadangkan. Hahahahha." kata Aiman yang tergelak kerana atoknya mencadangkan lagu-lagu lama.
"Ceh.. Kau ingat lagu baru aku tak tau ke hah!? Kau ingat aku tak tahu apa motif kau.. Apa yang kau harap? Aku jumpa puteri bunian mandi bogel dalam hutan tu?" soal Muzamil pada Aiman yang tak habis-habis membahan.
"Emm.. Ok gak tu, mana tahu terjumpa puteri bunian mandi. Atok pun dah lama membujang. Kawin la cepat, sekurangnya Aiman boleh juga merasa dapat nenek cun. Wish... Bangga siot. Boleh buat cerita kat wattpad. 'Nenek ku awek bunian'. Hahahhahahahaha" kata Aiman sambil ketawa.
"Cis kalau cun pada rupa tapi umur dah tua kerepot buat apa...? Macam la aku tak pernah jumpa bunian. Ratu bunian lagi tau. Ratu Dewata. Kalau kau tengok muka memang persis Vanida Imran. Sekali rupa sebenar.. Punoh.." kata Muzamil bantah.
"Perh! Memilih.. Tak sedar diri sendiri tu pun dah tua kerepot. Tinggal tulang tongkeng jer patutnya. Muka je still muda remaja. Konon 17 tahun la. Perasan masih anak remaja la tu. Aiman pun sedar diri tau, Aiman dah dewasa. Tua tak sedar diri. Uuuikk!" kata Aiman membahasakan Muzamil yang tak sedar diri.
"Amboi... Sedapnya mulut. Eeii, walaupun umur aku dah beratus tahun, tapi muka aku still sama tau. This is my true face, real face, original, muka sebenar, no magic spell, no plastic sugery, no fake, bukan topeng, tapi wajah asli.. Not like her..huh." kata Muzamil pertahankan diri.
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
FantascienzaAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
