Atok. Aiman dah siap masak jom lah makan. Pekik Aiman dari dapur yang sedang membancuh air. Semua sudah dia siapkan. Malam ni dia masak simple je. Sama seperti selalu. Bukan ada orang lain pun, hanya mereka berdua. Malam ni dia masak ayam goreng kunyit dan sup sayur je. Lagi pun budak tu tak cerewet, apa yang dia masak semua dia telan, tak kisah sedap atau tak, budak tu akan bedal je. Untung la juga dapat orang tak cerewet. Tapi dia agak hairan. Dia sedar dan tahu akan ketidak normalan budak tu, bagaimana dia boleh makan ke semua tu, sedangkan apa yang dia tahu makhluk spesis tu cuma satu je makanan dia, darah. Tapi budak ni lain, banyak melanggar hukum fitrah diri dia. Contoh, tak cenderung dengan darah, boleh kena matahari, malam tidur siang berjaga, boleh makan nasi, bawang putih pun dia telan. Dan tak ganas langsung. Memang jauh api dari panggang jika nak disamakan dengan filem-filem horror barat, mengenai spesis budak tu. Tak sama langsung.
Macam biasa, dia akan buat kerja lain dulu, biasanya jika dah panggil, 15 ke 20 minit baru dia turun.Di bilik Muzamil sedang membelek fail yang di beri oleh lelaki misteri semasa di cafe petang tadi. Seorang penyiasat upahan. Sememangnya dia sudah berjanji akan berjumpa di cafe itu. Cafe tu memang sudah menjadi port dia melepak sejak bertahun-tahun dulu. Malah tempat tu sering menjadi tumpuan ahli-ahli perniagaan, diplomat asing, artis veteran serta orang sepertinya selain warga emas. Dari situ dia banyak mendapat maklumat-maklumat sahih tentang keadaan ekonomi semasa berbanding dengan laporan media. Yang mana semua itu datangnya dari mulut mereka sendiri, cerita santai di kedai kopi. Di tempat sebeginilah mereka saling bertukar maklumat dan info. Segalanya masuk ke telinga, Muzamil biarpun mereka berjauhan.
Dia perhatikan satu kertas laporan ditangannya. Laporan menunjukkan bursa saham Syarikat Hartanah X jatuh merudum. Jumlah kerugian sangat besar. Separuh Aset terpaksa dijual untuk menanggung kos kerugian. Di belek laporan yang lain. Pelabur-pelabur pula ramai yang tarik diri. Projek-projek banyak yang dibatalkan. Antara Syarikat yang membatalkan kerjasama, ialah Waris Bulan Merah Holding. Dia tersenyum mendengar nama tu. Dia ambil laporan terakhir. Tiga projek Syarikat tu yang hampir siap sepenuhnya terpaksa di tangguhkan kerana masalah teknikal yang agak serius. Projek perumahan mewah yang di jangka siap bulan depan terpaksa ditangguh akibat beberapa baris rumah retak tanpa diketahui puncanya. Projek kondo mewah yang dalam fasa akhir juga terpaksa ditangguh akibat berlaku tanah runtuh dilereng bukit berhampiran kondo tersebut. Dan proses pengambilan tanah di pinggir hutan antara selangor dan pahang juga tergendala apabila seorang petugas ditemui mati dalam keadaan ngeri seperti diserang binatang buas. Maka projek mereka terpaksa ditangguh. Muzamil tergelak kecik bila mengetahui lokasi kejadian itu.
"Hahahahaha.. Yang kau kacau tempat orang sape suruh. Aku pun tak berani nak kacau tempat tu.. Haha.." kata Muzamil sambil bersandar. "Tanggung lah korang haha..." ketawanya sedikit gembira dengan maklumat yang dia perolehi. Dia bangun lalu ke loteng di bumbung. Loteng tu gelap, dia menyalakan lampu sebelum ke penjuru, disitu terdapat sebuah peti ais kecil. Dia dalamnya terdapat 3 paket darah. Dia ambil satu dan meneguknya separuh. Terpejam matamya saat darah yang nikmat itu masuk ke tekaknya. Dia seakan mabuk seketika. Taringnya memanjang sedikit, dia ingin meneguk lagi, serta merta dia tersedar.
"Eh.. Takleh.. Takleh.. Sikit-sikit sudah.. Membazir. Membazir amalan syaitan." kata Muzamil sambil menjilat saki baki darah di bibirnya. Dia turun semula ke bilik untuk cuci mulut. Si Aiman tu fobia darah. Tapi yang peliknya elok pulak dia tengok cerita bunuh-bunuh tu. Dengan darah membuak-buak. Tak fobia pulak. Dia pulak yang fobia tengok darah membuak-buak tu.. Alahai membazirnya. Nasib bukan darah betul. Sebelum keluar dia perhati kertas yang bersepah atas katil.
"Gibran.. Gibran.. Bapak kau dah nak bankrup pun still nak berlagak lagi. Ada hati nak saman aku.. Hahaha.. Apalah kau ni.. Tak sedar diri. Takpe.. Aku bagi can dekat kau. Sebelum Kau melutut depan aku." kata Muzamil sebelum turun ke bawah dik kerana bau belacan yang amat kuat.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
FantascienzaAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.