"Ahh.. Sampai pun.. Ha.. Inilah rumah baru kita.." kata ayah Arief. Arief angkat barang ke dalam rumah.
"Tak habis-habis dengan lembingnya tu. Ingat! Sini bandar. Jangan kau bawa keluar senjata itu jika tak mahu ditangkap mata-mata. Jika ditangkap, aku takkan jamin. Duduklah dalam lokap sana.." pesan Ayahnya.
Sebaik masuk bilik, dia rebahkan diri atas katil. Dia capai surat yang diberi oleh Adnan..
Kehadapan Far'd Arief Irham.
Maafkan aku, bukan niatku menghalau kau, cuma memang itulah yang terbaik untukmu. Aku doakan semoga kau bahagia di sana.
Sesungguhnya aku, tak sanggup berpisah kerasa kita sudah berkenalan sejak kecil. Kenal hati budi. Dan aku sudah menganggapmu seperti adikku sendiri. Dan itu juga pesan amanah datukmu, supaya aku menjagamu. Tapi, aku sedar, aku tak mampu teruskan amanah ini. Selama Ini, aku dan Tok Jalak yang membelamu dari cemuhan orang kampung. Hatiku sakit bila orang yang aku sayang dicemuh orang tanpa mengetahui apa yang ditanggungnya. Aku amat menyayangimu. Adik..
Sesungguhnya, ini jalan terbaik, jika kau tinggalkan kampung. Tiada lagi orang yang akan mencemuhmu. Lagi pula, aku seorang pejuang kemerdekaan. Penentang penjajah. Bila-bila masa aku boleh ditangkap pihak british. Maka, siapa yang akan menjagamu nanti. Tok Jalak sudah tua..
Akhir kata, janganlah kau membenci diriku. Kerna, anggap saja ini satu permulaan perjalananmu untuk melaksana cita-cita.. Bukankah kau mahu membalas dendam. Peluang telah terbuka. Semoga cita-citamu tercapai..
Salam sayang dari abangmu..,
Adnan.
Air mata Arief berjujuran.
----------------------------------
"Arief, lekas bersiap. Ayah mahu berangkat. Nanti lambat." kata Ibunya. Ayahnya sedang minum kopi.
Arief keluar bilik berbaju melayu dan seluar serta songkok.(bayangkan zaman sebelum wwII).
Dia duduk sama bersarapan.
"Hari ini, kamu akan bertemu dengan Orang kaya Tengku Azhar. Dia akan beri kamu kerja. Jaga perangai. Dan ikut apa yang diarahkan. Jangan bantah." kata Ayahnya..
"Huh.. Nama saja ayah tapi anak sendiri pun tak kenal.. Huh!“ katanya dalam hati.
"Sudah mari pergi." kata ayahnya.
Sebuah beca berbenti di hadapan pintu pagar.
"Berapa tambangnya..?" Soal ayahnya.
"3 sen" jawab pengayuh beca.
"Nah 5 sen. Simpan bakinya." kata ayahnya.
Mereka pun masuk ke perkarangan rumah orang kaya Tengku Azhar. Sebenarnya agak terpegun juga, tapi Arief buat-buat biasa.
"Tuan, ini anak saya. Namanya Arief. Dia ingin bekerja di sini." kata ayahnya.
"Erm.. Saya tidak tahu pun yang kamu punya anak.." kata Tengku Azhar sambil pusing keliling Arief. Dia capai tangan, kekar. Mukanya diperiksa. Dia angguk puas hati. Tubuhnya pula diraba-raba hingga ke bawah..
"Bagus. Otot yang kuat, muda dan bertenaga." puji Tengku Azhar bersahaja. Tanpa mengetahui, Arief berdebar bagai nak pecah jantung bila seorang lelaki meraba batang tubuhnya, malah bahagian sulit pun dirabanya..
Sedang dalam hatinya menyumpah seranah. Belum pernah seumur hidupnya diraba bagai perempuan oleh seorang lelaki. Adnan pun tak pernah.
"Baiklah, saya izinkan dia bekerja disini. Kamu akan bantu Pak Tam sebagai tukang kebun, dan bantu Mak Tam kemas rumah. Setuju.." kata Tengku Azhar..
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Fiksyen SainsAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
